Bab 20

335 40 0
                                    

Tubuh Alya aku peluk erat agar dia tidak kesejukan dek hujan lebat. Kini tempat kami berteduh bukan lagi di bawah bumbung rumah tapi hanya beratapkan jejantas.

Aku tak tahu mahu ke mana selepas ini. Hutang King telah aku langsaikan semuanya. Selepas ini aku tak perlu risau diburu oleh sesiapa lagi. Cumanya aku tak dapat bertemu Arkan lagi.

Berdosanya aku meninggalkan dia dalam keadaan begitu. Isteri jenis apa aku ini? Tapi aku lakukan semua itu demi Alya.

"Abang, maafkan risya..." Air mataku mengalir sebagaimana lebatnya air hujan yang sedang membasahi bumi.

Pasti selepas ini Arkan akan membenciku dan dia akan menceraikan aku setelah dia sedar.

Aku terlelap di bawah jejantas itu bersama Alya sehinggalah aku tersedar apabila ada beberapa orang lelaki warga asing menghampiri kami.

"Hi pretty..."

Aku bingkas bangun berdiri dan cuba menjauhkan diri aku dari mereka. Keadaan di situ agak sunyi dan tak ramai orang pada waktu malam. Bulu romaku naik mencanak. Aku harap tiada kejadian yang buruk berlaku terhadap aku.

"Hey, come here... don't be scared. We're just want to be friends."

Aku menggeleng ketakutan. Tanganku menggeletar hebat. Lutut juga terasa lemah. Tiada daya untuk berlari meninggalkan empat orang lelaki warga asing itu.

"Jangan sentuh saya!" Aku menjerit kuat saat ada tangan yang mula menyentuh bahu aku. Di belakang aku ada dinding dan mereka sudah mengepung aku dari pelbagai arah. Alya pula masih nyenyak tidur di lantai beralaskan kotak.

"Relax darling..."

"Tolong jangan apa-apakan saya." Aku cuba meraih simpati mereka. Semoga mereka batalkan niat jahat mereka terhadap aku.

"Hoiii..." Sergahan seorang lelaki mengakibatkan keempat-empat lelaki warga asing itu berpaling.

Lelaki itu menghampiri ke arah kami dengan wajah garang.

"Let her go before I call the police." ugut lelaki itu.

Seorang lelaki warga asing itu menolak bahu lelaki tadi. Lantas lelaki itu menangkap pergelangan tangan lelaki warga asing itu lalu memulaskan ke belakang badan sehingga mengakibatkannya menjerit sakit.

"Okey, we will go. Sorry...sorry." lelaki warga asing itu mula mengalah.

Setelah semua lelaki warga asing itu pergi, lelaki tadi menghampiri aku.

"Awak okey?"

Aku mengangguk perlahan. Syukur ada yang datang membantu. Aku rasa aku perlu mencari tempat yang lebih selamat. Mungkin aku perlu bermalam di masjid. Nak mencari bilik hotel bajet aku tak tahu di mana.

"Terima kasih tolong saya."

"Sama-sama. Awak buat apa kat sini malam-malam. Bahaya tahu tak." Lelaki itu nampak risau. Pasti dia seorang yang baik.

"Saya... tak tahu nak pergi mana. Saya tak ada tempat tinggal. Tak apa lah...nanti saya cari tempat yang lebih selamat."

"Awak tak ada tempat tinggal? Sebelum ni awak tinggal di mana?" Dahi lelaki itu berkerut melihat keadaan aku yang memiliki seorang anak tapi hanya tinggal di tepi jalan.

"Sebelum ni saya kerja sebagai pembantu rumah di rumah orang. Tapi sekarang saya dah berhenti. Jadi, saya tak ada tempat tinggal lagi."

Lelaki itu terdiam dan seakan berfikir sesuatu.

"Apa kata awak jadi pembantu rumah di rumah ibu bapa saya. Awak akan disediakan tempat tinggal sekali." Pelawaan lelaki itu tak mungkin aku tolak. Aku memang memerlukan pekerjaan dan tempat tinggal buat masa ini.

Aku mengangguk setuju.

Tiba saja di rumah agam lelaki yang bernama  Adam itu, aku dan Alya dibawa masuk ke dalam rumah tersebut.

Seorang wanita yang agak berusia menghampiri aku. Wajahnya berkerut hairan melihat aku.

"Siapa ni Am?"

"Ini Arisya. Am jumpa dia kena ganggu dengan ramai lelaki kat luar tadi. Dia sekarang tak ada tempat tinggal. Jadi, boleh tak kita ambil dia bekerja di rumah ni?"

"Boleh. Apa salahnya. Lagipun Kak Ina dan Kak ida tak menang tangan kat dapur kadang-kadang. Mari lah... mama tunjukkan bilik untuk Arisya."

Tangan aku digamit oleh wanita itu. Wajahnya tampak manis dan ikhlas menyambut kedatangan aku. Syukur rasanya kerana Allah pertemukan aku dengan orang yang sangat baik.

Aku tak sangka secepat ini aku dapat pekerjaan. Baru sahaja siang tadi aku keluar dari rumah Arkan. Kini aku telah mendapat tempat tinggal yang baru.

"Ni bilik Arisya. Malam ni Arisya rehat dulu. Esok baru Arisya mula kerja ya."

Bilik ini agak luas. Tak seperti bilik orang gaji tapi seperti bilik tetamu.

"Terima kasih puan..."

"Puan Laila."

"Terima kasih Puan Laila sebab terima saya kerja si sini." Aku tersenyum bahagia.

"Sama-sama. Saya keluar dulu ya." Puan laila sempat mencubit pipi tembam Alya yang masih lagi mamai.

Terkebil-kebil Alya melihat keadaan tempat baru ini.

"Mama, tat mana ni?"soal Alya pelik.

"Mulai hari ni kita tinggal kat sini. Ini bilik baru kita." Aku mengusap kepala Alya.

"Daddy mana?"

Aku tersentak. Jika Alya tahu bahawa daddynya takkan muncul lagi, pasti dia sedih.

"Daddy pergi kerja. Nanti kalau daddy tak kerja, kita boleh jumpa daddy."

Alya mengangguk faham. Kasihan Alya. Dia baru nak merasakan kasih sayang seorang ayah. Tapi rupanya hanya sebentar saja dia dapat rasakan semua itu.

.

Pagi itu aku diperkenalkan pada dua orang pembantu rumah di dalam rumah itu iaitu Kak Ina dan Kak Ida. Wajah mereka kelihatan dingin dengan aku. Mungkin mereka tidak suka dengan kehadiran aku di sini. Atau aku yang berburuk sangka?

Sedang aku memotong sayur, Kak Ida berdiri di sisi aku sambil bercekak pinggang.

"Kalau macam ini cara kau potong sayur kangkung, sampai esok tak siap." Kak Ida merampas pisau di tangan aku lalu dia menunjukkan caranya memotong sayur. Tapi aku tak setuju dengan caranya.

"Tapi Kak...potong sayur kangkung ni kena belah bahagian batangnya."

"Tak payah...macam ni pun dah okey. Nanti kau basuh lah betul-betul." Kak Ida berlalu ke singki untuk membersihkan ayam.

Tak berapa lama kemudian datang Kak Ina pula. Kak Ina pandang aku atas bawah. Apa yang tak kena pada pakaian aku?

Kak Ina hanya senyap dan sempat menjeling aku. Apa salah aku sehingga mereka tidak menyukai kehadiran aku di sini?

"Huaaa..." Bunyi tangisan Alya di bilik membuat aku lebih susah hati. Awal pula budak kecil itu bangun pagi ini.

"Kak Ida, saya minta izin nak tengok anak saya sekejap."

"Hmm...pergi lah. Lepas tu datang sini balik. Jangan nak makan gaji buta pula,"perli Kak Ida.

Aku malas melayan kata-kata sarkastik kak Ida. Jika aku ingin bekerja lama di sini. Aku perlu bertahan dengan mulut mereka. Mungkin ini adalah ujian baru untuk aku. Aku harus kuat.

Kadangkala aku tertanya mengapa ramai yang bencikan aku? Tapi apabila difikirkan balik. Ramai juga Allah kirimkan orang yang baik di sisi aku. Jika tidak aku takkan dapat berada di sini.

Dalam hidup ini aku tak dapat puaskan hati semua orang. Aku tak dapat paksa orang untuk menyukai aku. Cukuplah Allah sahaja yang menyayangi aku. Itu sudah lebih dari cukup.

Kita Pernah TerlukaWhere stories live. Discover now