Bab 4

436 46 3
                                    

Dulang berisi makanan untuk Puan Yasmin, aku letakkan di atas meja. Manakala Tuan Arkan sedang sibuk menyiapkan Puan Yasmin yang baru selesai mandi. Jika Tuan Arkan berada di rumah, dia yang memandikan dan memakaikan pakaian untuk Puan Yasmin. Selesai Tuan Arkan menyikat rambut Puan Yasmin, dia menyapu pula bedak ke muka wanita itu.

Sebelah pipi Puan Yasmin dikucup Tuan Arkan. "Wangi dah ibu An. Sekarang, An nak suap ibu makan. Ibu lapar tak?"

"A-apar..."jawab Puan Yasmin dengan sedikit payah. Sejak diserang strok, mulutnya menjadi herot dan tak mampu bercakap dengan jelas.

"Ok, jom." Tuan Arkan menolak kerusi roda ke arah meja yang telah terhidang makanan untuk Puan Yasmin. Aku sejak tadi hanya menanti di meja itu.

"Tuan nak saya suapkan Puan Yasmin atau..."

"Tak apa. Biar saya suapkan dia. Awak boleh tolong Mak Timah kat dapur."

"Baik. Kalau macam tu saya keluar dulu." Aku meminta diri untuk keluar dari bilik Puan Yasmin. Namun, belum sempat aku melangkah keluar, Tuan Arkan memanggilku semula.

"Arisya..."

Aku menoleh memandang Tuan Arkan di belakang. "Ya, tuan."

"Tengahari ni masak lauk lebih sikit sebab anak-anak saya nak datang hari ni. Jangan lupa suruh Mak Timah buatkan ayam goreng crispy."

"Baik Tuan." Aku mengangguk faham sebelum keluar. Ayam goreng crispy itu kegemaran Arjuna iaitu anak sulung Tuan Arkan.

.

Menu makan tengahari telah siap terhidang di atas meja. Hanya menunggu tetamu yang bakal tiba sahaja. Aku kembali ke dapur untuk mengemas dapur. Mak Timah pula entah menghilang ke mana. Mungkin dia ke tandas.

Aku mencapai mop untuk mengelap lantai yang sedikit kotor. Ada bahan yang tertumpah di lantai sewaktu memasak tadi. Sambil aku mengemop, aku bernyanyi kecil. Sudah menjadi tabiatku menyanyi sambil membuat kerja.

Hilangkan rasa-rasa curiga
Duka dan nestapa
Mari kita menyanyi
Lagu sha-na-na-na-na,

Sedang aku seronok menyanyi, tiba-tiba aku ditegur oleh satu suara garau. Pergerakanku terhenti dan nyanyianku mati.

"Sedap suara." Tuan Arkan memujiku sambil bersandar berpeluk tubuh di ambang pintu dapur. Dia tersenyum manis dan aku pula sudah tersipu malu di situ.

Alamak, ada Tuan Arkan pula kat sini.

"Err...Tuan nak apa? Nak air? Saya boleh ambilkan." Aku berpura-pura tak mendengar pujiannya tadi.

"Tak apa. Saya cuma nak pastikan aje makanan dah siap ke belum. Sebab anak-anak dah on the way ke sini."

"Dah siap dah Tuan. Saya dah hidang dah semua makanan. Tunggu dia orang sampai aje,"jawabku.

Ding dong! Kedengaran loceng di luar rumah berbunyi. Tuan Arkan terus bergerak ke pintu untuk menyambut tetamu yang hadir. Wajahnya kelihatan ceria saja hari ini. Mungkin tak sabar bertemu anak-anaknya kerana hampir dua bulan mereka tidak bertemu sejak dia pergi bertugas.

"Daddy!" Kedengaran riuh suara anak-anak Tuan Arkan memanggil daddy mereka. Dari dalam rumah, aku boleh mendengar suara kecil mereka.

Selesai aku mengemop lantai, aku menuju ke bilik tidur untuk melihat keadaan Alya. Masih tidurkah budak kecil itu? Tadi selepas sarapan, aku berjaya tidurkan Alya dan memberinya susu.

Ketika aku berjalan untuk menuju ke bilik, aku terserempak dengan Puan Tania. Dia menjeling sinis ke arahku. Namun, aku cuba ukirkan senyuman padanya.

Aku masih tak faham mengapa dia seperti tidak menyukaiku. Aku salah apa pada dia? Rasanya ini baru kali kedua kami bertemu. Kali pertama bertemu adalah dua bulan lepas iaitu sewaktu Tuan Arkan ingin pulang ke tempat kerja.

Kita Pernah TerlukaWhere stories live. Discover now