Tuan Adam mengadakan majlis kesyukuran di atas kejayaannya tempoh hari. Perlumbaan itu telah melayakkan dia untuk ke sukan Olimpik pada tahun hadapan.
Majlis itu diadakan di sebuah hotel lima bintang yang dihadiri oleh kenalan rapat dan juga atlet-atlet permotoran. Terdapat juga beberapa orang wartawan yang turut hadir untuk menemu ramah Tuan Adam.
Aku hanya memerhati Tuan Adam dari jauh sambil menikmati makanan. Ketika itu Tuan Adam sedang bersama pengurusnya, Encik Tony yang sibuk memperkenalkan beberapa orang sponsor yang akan terlibat pada Olimpik tahun hadapan.
Sedang aku menikmati makanan, aku terpandang ke arah satu pasangan yang sedang berjalan beriringan ke arah sebuah meja. Si wanita memakai dress labuh berwarna merah hati. Manakala di lelaki memakai kemeja merah hati bersama seluar slack berwarna khakis.
Mereka mengambil tempat duduk yang membelakangi aku. Pasti mereka pasangan yang sama cantik dan sama padan.
"Fuhh, akhirnya dapat juga I duduk." Tuan Adam melabuhkan punggung di sebelahku lalu dia capai air putih yang telah tersedia di atas meja.
"Awak dah habis makan?"soal Tuan Adam apabila dia melihat pinggan aku sudahpun kosong.
"Dah. Tuan makan lah. Mesti Tuan lapar kan. Saya nak minta diri pergi tandas sekejap."
Tuan Adam hanya mengangguk. Aku tinggalkan dia bersama Kak Yanie dan Encik Tony.
Keluar saja dari tandas, aku terlanggar dengan wanita yang memakai dress merah hati tadi. Jantung aku bagai nak pecah apabila melihatkan Tania yang sedang berdiri terpacak di depan aku.
"Kau buat apa kat sini haa?" Tania menunjal bahu aku.
"Sa...saya..." Lidahku kelu tak berani menjawab.
"Aku dah suruh kau pergi jauh dari sini kan? Kenapa kau muncul lagi kat sini?" Garang mata itu menatap aku.
"Saya tak tahu. Saya cuma..."
"Kau sengaja kan munculkan diri kat sini. Kau tahu Arkan ada kat sini kan?" Nada suaranya semakin meninggi. Aku jadi takut untuk berlama-lama di situ dengannya.
Namun belum sempat aku ingin meloloskan diri, Tania menyambar pergelangan aku. Kemudian, tubuh aku ditarik dan ditolak ke dinding sehingga mengakibatkan belakang kepalaku terhantuk kecil pada dinding tandas.
"Kau tahu tak yang dia dah tak ingat kau lagi. Dia dah hilang ingatan sejak kemalangan tu. Dia langsung tak ingat kau bila dia dah sedar. Dia hanya ingat aku aje tau."
Arkan hilang ingatan? Patutlah....
"Hei perempuan, kau dengar sini. Aku takkan benarkan kau miliki Arkan lagi. Aku akan pastikan dia takkan ingat kau lagi. Kalau kau nak tahu aku dan Arkan dah pun berkahwin. Kami dah hidup bahagia macam dulu. Jadi, aku nak ingatkan kau jangan sesekali ganggu rumahtangga kami. Faham?"
Aku hanya mengangguk.
"Bagus..." Pipi aku ditampar kecil oleh Tania sebelum dia beredar bersama senyuman sinis di bibir.
Hatiku tiba-tiba berasa sakit apabila mendapat tahu bahawa mereka telah bernikah semula. Tapi layakkah untuk aku rasa semua itu? Aku sendiri yang pergi tinggalkan Arkan. Jadi Arkan berhak untuk bahagia dengan Tania.
Aku tak berani untuk munculkan diri di dalam ballroom itu lagi. Aku mengambil keputusan untuk segera pulang ke rumah.
Aku menghantar pesanan whatsapp pada Tuan Adam untuk segera pulang dengan alasan aku kurang sihat. Sedang leka aku menulis mesej, aku terlanggar seseorang yang sedang berjalan di depan. Tubuhku hampir jatuh menyembah bumi, mujur orang yang aku langgar tadi sempat memaut bahu aku.
YOU ARE READING
Kita Pernah Terluka
RomanceSeorang bergelar duda dan seorang lagi janda, sama-sama pernah terluka. Kerana luka itu, mereka jadi trauma dan takut untuk jatuh cinta buat sekali lagi. Start: 13 jun 2024 End: