"Please marry me..."
Perasaan bersalah menyerbu hati. Bersungguh-sungguh Tuan Arkan ingin mengahwiniku demi mengelak dari diganggu Puan Tania. Bukan aku tak mahu membantu cuma aku rasa tak layak.
"Tapi tuan..."
"Arisya, saya rasa awak aje yang boleh bantu saya. Saya boleh jaga awak dan Alya. Segala keperluan awak dan Alya saya akan tanggung semua. Awak cakap aje awak nak apa. Saya akan tunaikan segala permintaan awak kalau awak setuju jadi isteri saya."
Boleh minta apa saja? Mungkin ini adalah satu-satunya peluang untuk aku keluar dari masalah yang aku hadapi.
"Arisya?" Tuan Arkan masih menunggu respon dariku.
Lama aku berfikir sebelum akhirnya aku ucapkan kata setuju.
"Okey, saya akan bantu tuan."
.
Aku dan Tuan Arkan dinikahkan di pejabat agama sahaja memandangkan ini adalah pernikahan kedua kami. Tiada kenduri besar-besaran diadakan. Selesai urusan pernikahan, kami terus pulang ke rumah.
Setibanya di rumah, masing-masing membawa haluan sendiri. Tuan Arkan menuju ke arah bilik tidurnya manakala aku berjalan ke arah bilik tidurku. Aku melabuhkan punggung di birai katil sambil menatap cincin pernikahan yang tersarung di jari manisku. Tak sangka aku telah menjadi seorang isteri buat kali kedua. Aku dapat rasakan perkahwinan ini juga takkan bertahan lama. Mungkin hanya sementara.
Tok! Tok!
Aku bingkas bangun untuk bukakan pintu.
"Risya, macam mana? Dah settle?"soal Mak Timah yang sedang mengendong Alya.
Aku mengangguk sambil tersenyum nipis. Kemudian, aku mengambil alih mendukung Alya. Sepanjang aku keluar tadi, Mak Timah bantu aku untuk jagakan Alya. Mak Timah tahu bahawa perkahwinanku dan Tuan Arkan hanya untuk mengelak Puan Tania dari terus datang mengganggu.
"Sekarang, Alya dah ada papa baru." Mak Timah mencubit manja pipi Alya. Anak kecilku tersenyum malu lalu melentokkan kepalanya di dadaku.
"Mak Timah nak cakap sikit ni. Sebenarnya Mak Timah tak berapa setuju kamu tinggal di bilik ni. Sepatutnya kamu tinggal di bilik Tuan Arkan."
"Saya okey Mak Timah. Lagipun saya dah selesa kat sini. Senang saya nak pergi dapur dan uruskan Puan Yasmin di tingkat bawah."
"Tapi suami isteri sepatutnya kena tidur sebilik. Berdosa tau macam ni."
"Mak Timah tahu kan perkahwinan kami ni macam mana. Saya dan Tuan Arkan kahwin bukan sebab cinta tapi demi kepentingan masing-masing."
"Kepentingan masing-masing? Maksud Risya?" Berkerut dahi Mak Timah.
"Erk... maksud saya... demi saling bantu-membantulah. Tuan Arkan dah banyak bantu saya, jadi saya pun patut bantu Tuan Arkan." Mujur aku tak terlepas kata. Mak Timah belum tahu niat sebenar aku berkahwin dengan Tuan Arkan.
.
Seperti biasa pagi ini aku menghidangkan sarapan pagi untuk Tuan Arkan. Dia mengambil tempat duduknya di meja makan. Aku pula menuangkan teh panas ke dalam cawan sebelum dihulurkan padanya.
Ketika aku ingin berlalu ke dapur, tiba-tiba tanganku dilelar Tuan Arkan.
"Awak dah makan?"
"Belum lagi. Nanti saya makan dengan Mak Timah. Tuan makan lah dulu."
"Makan sekali dengan saya,"pintanya.
Disebabkan dia suami aku, aku hanya akur arahannya. Perlahan-lahan aku mengangguk lalu menarik kerusi untuk duduk. Tiba-tiba Tuan Arkan menyenduk bihun goreng lalu dia letakkan ke atas pingganku. Siapa tuan rumah dan siapa pembantu ni?
YOU ARE READING
Kita Pernah Terluka
RomanceSeorang bergelar duda dan seorang lagi janda, sama-sama pernah terluka. Kerana luka itu, mereka jadi trauma dan takut untuk jatuh cinta buat sekali lagi. Start: 13 jun 2024 End: