Bab 8

346 40 0
                                    

Perutku berkeroncong menahan lapar. Sedaya upaya aku berusaha untuk melelapkan mata namun semuanya sia-sia. Aku bingkas bangun untuk ke dapur bagi mendapatkan sedikit makanan yang tersisa.

Perlahan-lahan aku menghampiri meja makan tanpa disedari penghuni rumah ini. Aku mengangkat tudung saji dan terlihat hanya ada tulang ikan goreng yang terdapat sedikit cebisan isi. Kemudian, periuk nasi aku intai. Periuk itu hampir licin namun masih ada beberapa butir nasi yang tersisa di dalamnya.

Aku kaut setiap butir nasi yang tersisa sehingga periuk itu menjadi licin. Kemudian aku menyuapkan nasi itu bersama cebisan isi ikan ke dalam mulut. Akhirnya dapat juga aku menjamah sedikit makanan hari ini.

Aku diharamkan makan hari ini sebagai hukuman kerana aku melawan kata ibu tiriku. Ayah lebih sayangkan isteri barunya berbanding anak sendiri. Aku tak tahu apa kesalahan aku sehingga ayah membenciku separuh mati.

"Kau bukan anak aku. Sepatutnya aku dah bunuh kau sejak dulu. Untuk apa lagi aku bela anak macam kau ni. Menyusahkan aku aje kerjanya."

Itu lah kata-kata ayah yang paling menyakitkan yang aku pernah dengar. Anak mana yang tak sedih bila ayah sendiri tak mengaku anak. Betul ke aku bukan anak ayah? Habis tu aku anak siapa?

Aku merenung pilu melihat pusara ayah. Biarpun aku tak pernah dianggap anaknya, tapi dia telah membesarkanku. Dia yang membiayai persekolahanku sehingga aku ke tingkatan tiga. Hanya dia manusia tempat aku bergantung selama ini sehinggalah dia serahkan aku kepada seorang lelaki bernama Zamir.

Hidup bersama Zamir, lebih membuatkan aku menderita. Mungkin aku tak layak untuk bahagia di dalam dunia ini. Mungkin aku diuji begini kerana Allah mahu berikan kebahagian untuk aku di syurga nanti. Jika itu ujianMu untuk aku, aku redha.

Tapi setelah aku dikurniakan seorang cahaya mata, aku merasakan hidupku tidak kesunyian lagi. Aku ada peneman dan dia adalah asbab untuk aku terus berjuang dalam hidup ini.

Tubuh Alya aku gendong setelah selesai membacakan yassin untuk arwah ayah. Semoga ayah tenang di alam sana. Walau buruk macam mana sekalipun layanan ayah terhadapku, dia tetap ayahku. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa ayah.

.

Aku menghidangkan air untuk Puan Tania yang datang menziarahi Puan Yasmin. Sejak tadi, Puan Tania membawa Puan Yasmin berjalan-jalan di sekitar halaman belakang rumah.

"Ibu, tolong pujuk An supaya dia kahwin dengan Nia. Nia masih sayangkan An, ibu." Puan Tania cuba mendapatkan pertolongan Puan Yasmin agar dia dapat dirujuk semula oleh Tuan Arkan.

"I...bu tak bo...leh pak...sa An. Ibu...dah cu...ba. An tak nak."

Puan Tania mengeluh kesal. Pasti dia sudah buntu mencari jalan untuk memikat semula hati Tuan Arkan. Apa kurangnya Puan Tania? Aku rasa dia sudah cukup cantik dan cukup bijak orangnya. Tapi mengapa Tuan Arkan lebih rela memilih aku untuk menjadi isteri. Sedangkan aku SPM pun tiada dan hanya bekerja sebagai kuli di rumahnya.

Aku meletakkan dulang air ke atas meja di luar sebelum aku berpatah balik untuk masuk ke dalam rumah semula. Namun, tanpa diduga aku terlanggar tubuh Tuan Arkan yang berada di belakangku. Sejak bila pula dia berdiri di belakang aku?

"Maaf Tuan, saya tak perasan tuan ada kat sini tadi." Aku menunduk memandang lantai apabila melihat wajah dingin Tuan Arkan.

Aku mengatur langkah untuk masuk ke dalam rumah, tapi tanganku tiba-tiba dilelar oleh Tuan Arkan. Dia menarik aku berjalan ke arah Puan Yasmin dan Puan Tania. Jantung aku semakin berdebar dengan perlakuannya yang tak dijangka itu.

"Tuan, kenapa ni?" Aku cuba menarik lenganku yang masih dalam pautan Tuan Arkan.

"Just shut up!" Dia memberi amaran secara perlahan bersama wajah dingin. Aku terdiam.

Aku dan dia berhenti di hadapan Puan Yasmin yang sedang duduk di atas kerusi roda manakala Puan Tania sedang berdiri di belakang Puan Yasmin. Dahi Puan Tania kelihatan berkerut seribu melihat lengan aku dipaut Tuan Arkan.

"I takkan terima you sebagai isteri I lagi, Nia. Sebab dalam hati I dah ada orang lain. I dah mula jatuh hati pada Arisya dan I akan berkahwin dengan dia tak lama lagi."

Terbuntang luas mataku mendengar pengakuan Tuan Arkan. Gila! Masa bila aku setuju nak kahwin dengan dia?

Aku menggeleng tapi gelenganku mati apabila Tuan Arkan memandang ke arahku dengan senyuman penuh makna. Air liurku ditelan kesat. Apa ni?

"What?? You nak kahwin dengan orang gaji you?" Wajah Puan Tania kelihatan terkejut.

"Wait...seriously An? You want to marry your maid? Did she really your standard?" Soal Puan Tania tak percaya. Dia pandang aku atas bawah.

"I don't care about that. I cintakan dia bukan kerana rupa atau kerjaya dia. I love her because she's so kind. I think she's better than any woman out there." Tuan Arkan berkata dengan wajah yang sangat yakin.

Dia cakap dia cintakan aku? Sejak bila dia bercinta dengan aku? Ini bukan sebab cinta tapi sebab dia terpaksa berlakon di depan Puan Tania.

Puan Tania tersenyum sinis melihat ke arahku. "I dah teka. Perempuan ni memang sengaja goda you selama ni. Tak sangka akhirnya you masuk dalam perangkap dia."

"Kalau I mengaku I memang terperangkap dengan godaan dia, you nak buat apa?"

Semakin nak pitam aku jadinya. Tuan Arkan merepek apa ni? Masa bila aku goda dia pula? Aku menggerutu geram dengan perangai Tuan Arkan saat ini. Sesuka hati dia aje fitnah aku.

"An, perempuan ni cuma nak harta you aje. Takkan you tak boleh fikir."

"Nope. I tetap dengan kata hati I. I nak kahwin dengan dia." Tuan Arkan memandang aku lalu dia kenyitkan sebelah mata. Automatik mata aku terkenyit sama akibat terkejut dengan perlakuannya itu. Haihh... jantung aku dah tak selamat. Aku cuba meleraikan pegangang Tuan Arkan pada lenganku tetapi gagal.

"So, sekarang you dah boleh balik. Jangan datang sini lagi semata-mata nak merayu untuk I terima you lagi. Jangan sampai I dapatkan hak jagaan anak-anak dan I tak benarkan you jejakkan kaki langsung ke rumah ni."

Puan Tania terdiam mendengar ugutan Tuan Arkan. Wajahnya kelihatan tegang. Matanya tajam memanah ke arah aku.

"Ughh!" Puan Tania mengepalkan penumbuk. Wajahnya jelas tak puas hati terhadapku. Sempat dia melanggar bahuku sebelum berlalu pergi.

"Aau..." Aku mengaduh sakit apabila bahuku dilanggar oleh Puan Tania.

"Awak okey?" Wajah Tuan Arkan bertukar bimbang. Bahu aku dipaut kejap. Aku lantas menepis tangannya yang sedang menyentuh bahu aku. Sangat tak selesa. Tak pernah dia menyentuh aku begini selama ini.

"Err... maaf. Awak tak apa-apa?"

Aku menggeleng. "Tuan cakap apa ni?Kenapa Tuan tipu Puan Tania? Kenapa Tuan cakap kita nak kahwin pula?" Aku masih tak faham dengan situasi yang terjadi sebentar tadi.

Tuan Arkan tersengih sebelum pandangannya beralih ke arah Puan Yasmin. Puan Yasmin pula nampak ceria sejak Tuan Arkan mengaku dia akan berkahwin dengan aku.

"Saya minta maaf. Saya terpaksa buat semua ni. Kalau tidak Tania takkan putus asa untuk minta saya kembali pada dia. Saya harap awak faham situasi saya sekarang ni. Saya sangat perlukan bantuan awak," tutur Tuan Arkan penuh nada lembut bersama muka meraih simpati.

Aku mengetap bibir kerana geram dengan tindakan Tuan Arkan yang sengaja melibatkan aku dalam masalah rumahtangganya. Kenapa aku? Kenapa bukan orang lain?

Aku ingin beredar dari situ supaya aku dapat tenangkan fikiran aku yang mula berserabut ini.

"Arisya..." Dalam terpaksa aku menoleh semula ke belakang apabila Tuan Arkan memanggil.

"Awak setuju tak kahwin dengan saya?"

Aku mengetap rahang lalu menjawab pertanyaannya penuh selamba.

"Tak!"

Aku bergegas masuk ke dalam rumah dengan perasaan tak tentu arah.

Kita Pernah TerlukaWhere stories live. Discover now