Bab 9

373 46 0
                                    

Pipi tembam Alya dicubit geram. Comelnya anak aku ni. Mujur tak seiras muka papa dia. Cepat betul dia membesar. Aku tak sangka dapat membesarkan dia seorang diri tanpa ada seorang suami di sisi.

"Aku ceraikan kau!"

Perkataan itu memang aku nantikan dan akhirnya terpacul juga dari bibir Zamir. Aku bersyukur kerana berjaya keluar dari kemelut rumahtangga yang sangat menakutkan.

Zamir bukanlah seorang lelaki yang baik. Sebelum berkahwin dengan dia, aku sudah tahu perangai buruknya iaitu seorang kaki perempuan. Sudah banyak anak dara di dalam kampungku telah rosak disebabkan Zamir.

Dia anak orang senang di kampung itu. Namun, semuanya berubah apabila Zamir terlibat dengan najis dadah. Banyak harta orang tuanya yang tergadai disebabkan dia ingin membeli barangan terlarang itu. Mataku sering menjadi saksi saat dia khayal menikmati najis jenis ice. Selama tiga tahun aku cuba bertahan hidup bersamanya. Setelah kami berpisah, aku cuba melarikan diri ke bandar. Aku ingin mulakan hidup baru tapi tak sangka pula dia dapat menjejaki aku.

Aku tersentak apabila telefon bimbit nokia 3310 berdering. Ada panggilan dari nombor tak dikenali. Sejak semalam nombor itu menghubungi aku. Aku dapat rasakan nombor itu adalah tokan dadah yang cuba menculikku tempoh hari.

Aku beranikan diri untuk mengangkat panggilan tersebut. Aku lekapkan telefon pada telinga dan cuba mendengar suara di talian.

"Kau memang nak mampus ke? Apasal tak angkat call aku?" Suara itu kuat menjerkah dari corong telefon lalu aku menjauhkan telefon dari telinga.

"Maaf... ni siapa?"

"Kau tak ingat siapa aku? Aku King. Abang long kawasan ni. Kau fikir kau boleh cabar kesabaran aku ke? Kau dengar sini... aku call kau ni cuma nak ingatkan kau supaya jangan lupa bayar hutang aku. Aku nak RM 20 ribu tu dalam masa dua bulan dari sekarang."

"Hah? Dua bulan? Hari tu cakap tiga bulan." Terbeliak mataku saat ini. Macam mana aku nak cari RM 20 ribu dalam masa dua bulan?

"Aku nak pakai duit. Kau carilah duit 20 ribu tu cepat. Kalau tak boleh, kau serahkan diri kau pada aku. Kau boleh kerja dengan aku dan boleh kasi income pada aku.Ingat... dua bulan aje. Okey, bye. "

"Tapi..."

Tut...tut... Talian dimatikan oleh lelaki itu. Bibirku bergetar dan jari-jemari menjadi sejuk.

"Ya Allah... apa yang perlu aku buat ni? Berikan aku jalan keluar dari masalah ini. Bantu aku ya Allah." Air mataku mula bertakung di pelupuk mata. Perlahan-lahan butiran air mataku jatuh menyembah bumi.

Aku buntu dan pada masa yang sama aku takut. Aku tak dapat membayangkan nasib aku dan Alya selepas ini jika aku gagal membayar hutang pada King.

.

Rengekan Alya semakin membuat aku runsing. Petang tadi tiba-tiba sahaja badannya panas. Aku sudah memberinya makan ubat demam. Namun, demamnya masih belum kebah. Air rendaman bunga raya, aku jeramkan di kepala dan badannya. Tapi suhu badannya tetap sama.

Tok! Tok!

Bunyi ketukan pintu bilik menyentakkan aku. Siapa pula yang datang ketuk pintu malam-malam begini. Jam sudah hampir pukul 10 malam. Mak Timah belum masuk tidur lagi?

Tatkala aku menguak daun pintu, muncul wajah Tuan Arkan yang kelihatan bingung.

"Tuan ada perlukan apa-apa ke?"soalku.

"Saya dengar bunyi anak awak nangis dari luar. Dia okey ke?"soalnya sambil menjenguk ke dalam bilik tidurku untuk mencari kelibat Alya.

"Anak saya demam sejak petang tadi. Sampai sekarang badan dia masih panas. Saya tak tahu nak buat apa lagi. Saya dah bagi dia makan ubat tapi macam tak kebah pun demamnya." Susah hati aku dibuatnya. Harap Alya hanya demam biasa. Kalau esok dia masih demam, nampaknya aku kena bawa dia ke klinik.

"Kalau macam tu awak siap lah. Jom saya hantar ke klinik."

"Klinik? Malam ni?"

"Iya lah. Malam ni. Klinik ada yang buka 24 jam. Saya naik ke bilik sekejap ambil kunci kereta." Tuan Arkan bergegas menuju ke arah tangga setelah itu. Aku pula kalut bersiap untuk mengikutnya membawa Alya ke klinik.

Setibanya di klinik, doktor menyarankan untuk memberikan suntikan ubat pada Alya. Aku ragu-ragu untuk membenarkan kerana aku tak sampai hati melihat Alya disuntik. Sebelum ini Alya akan menangis setiap kali disuntik di tangan. Tambahan pula saat ini dia sedang demam.

"Bagi Alya pada saya," pinta Tuan Arkan.

Aku menggeleng kecil. Aku memeluk Alya lebih erat. Aku tak mahu anakku disuntik.

"Arisya...believe me. She will be fine." Tuan Arkan cuba memujukku. Akhirnya aku serahkan jua Alya kepada Tuan Arkan.

Tuan Arkan mengendong Alya tanpa rasa kekok. Lagipun dia sudah ada dua orang anak. Semestinya dia lebih berpengalaman dalam menghadapi situasi begini.

Tuan Arkan merenung muka Alya sambil mencuit-cuit hidung Alya. Sengaja memancing emosi Alya ketika itu. Wajah Alya kelihatan pucat dan langsung tak bersemangat. Tapi apabila Tuan Arkan cuba bergurau senda dengan Alya, Alya langsung tidak menangis tatkala jarum suntikan menikam masuk ke dalam kulit.

Perkara itu sangat menakjubkan bagiku. Mudah betul Tuan Arkan gula-gulakan Alya. Alya pula kelihatan semakin ceria berbanding tadi. Mungkin dia sudah lupa tentang sakitnya. Hilang terus rengekannya tadi.

Dalam perjalanan pulang, Alya sudah pun melelapkan mata dalam ribaanku. Jam di dashboard kereta menunjukkan angka 11.30 malam. Tuan Arkan di sebelah fokus memandu kereta.

"Terima kasih, Tuan." Perlahan aku tutur ayat itu tapi aku pasti dia mampu dengar.

"Sama-sama,"jawabnya pendek. Suasana jadi hening seketika. Tiada siaran radio yang dimainkan ketika itu. Hanya sunyi yang menemani perjalanan kami sejak tadi.

"Lain kali jangan segan nak minta tolong saya. Kalau lambat bawa dia ke klinik, nanti awak juga yang susah." Tuan Arkan membebel sedikit.

"Baik, Tuan. Saya cuma takut susahkan Tuan aje." Aku menggigit bibir. Rasa bersalah menghimpit jiwa.

"Tak ada yang susah pun. Bawa ke klinik aje."

"Tuan bukan bawa ke klinik aje. Tapi Tuan tolong bayarkan semua bil ubatan tadi. Tuan dah banyak tolong saya selama ni. Saya tak tahu nak balas macam mana jasa baik Tuan ni."

Tuan Arkan hanya diam. Jadi betul lah aku banyak susahkan dia. Hati aku jadi tak tenang semula.

"Tuan jangan risau. Nanti saya ganti semula kos perubatan tadi."

"Tak payah..." Tuan Arkan menoleh memandang aku. Aku turut memandangnya. Mata kami bertembung seketika sebelum aku menjatuhkan pandangan.

"Saya cuma nak minta awak buat satu perkara aje untuk saya. Tapi permintaan saya ni bukan sebab balasan untuk saya tolong awak tadi. Awak jangan salah faham."

"Apa tu Tuan? Permintaan apa?"soalku dengan dahi berkerut. Dengar macam serius aje.

Tuan Arkan menarik nafas panjang sebelum menghela nafas.

"Please marry me..."

Kita Pernah TerlukaWhere stories live. Discover now