Tiba saja di perkarangan rumah, Tuan Arkan mematikan enjin kereta. Belum sempat aku membuka pintu kereta, tiba-tiba tanganku dipaut Tuan Arkan.
"Sekejap. Saya ada sesuatu untuk awak."
Aku pegun di tempat duduk manakala Tuan Arkan mencapai sesuatu di tempat duduk belakang. Setelah itu, dia menghulurkan aku sebungkus beg plastik yang di dalamnya ada sebuah kotak berisi telefon bimbit.
"Phone ni untuk awak."
"Tapi phone saya masih boleh guna."
"Phone awak tu awak boleh simpan. Guna aje phone baru ni. Nanti senang kalau nak whatsapp."
Aku mengangguk perlahan sambil merenung kotak telefon bimbit itu. Aku belum pernah memakai telefon canggih seperti ini walaupun zaman sudah serba canggih. Aku memang ketinggalan zaman. Sebelum ini aku tak mampu membeli telefon mahal-mahal. Hanya telefon Nokia lama aje yang aku mampu pakai. Zamir pun tak pernah membelikan aku telefon setelah berkahwin dengannya.
"Bila awak beli ni? Saya tak tahu pun."
"Saya beli waktu awak pergi tukar lampin Alya. Sorry tak ajak awak pilih phone ni. Awak suka tak warna ni? Saya beli warna rose gold sebab saya rasa semua perempuan suka warna ni."
Tuan Arkan mengeluarkan telefon bimbit itu daripada kotak. Warnanya memang cantik. Pasti mahal harganya.
"Suka. Cantik sangat. Terima kasih."
"Sama-sama. Awak tahu tak macam mana nak guna phone ni?"soalnya lagi.
Aku menggeleng.
"Nanti saya ajar. Jom masuk rumah dulu,"
.
Suara gelak tawa Alya bergema di ruang tamu apabila Tuan Arkan menggeletek perutnya. Hubungan Alya dan Tuan Arkan bertambah rapat hari demi hari. Selama ini Alya tak pernah mendapat kasih sayang dari ayah kandungnya. Tapi hari ini aku yakin Tuan Arkan akan menjadi seorang ayah yang baik buat Alya.
"Daddy... say daddy." Tuan Arkan mengajar Alya menyebutnya sebagai Ayah.
"Ma...ma..."jawab Alya.
"No! Not mama. This is your daddy," ujar Tuan Arkan lagi.
Aku hanya tergelak kecil melihat telatah mereka dari jauh sebelum aku meneruskan pekerjaan aku yang tergendala sebentar tadi. Mop di tepi dinding aku capai lalu aku menyental permukaan lantai di ruang tamu itu.
Hampir seluruh lantai ruang tamu itu aku lapkan. Sedang aku mengemop lantai, entah macam mana kakiku tersalah langkah dan aku tergelincir. Namun, tubuhku sempat berpaut pada tubuh seseorang yang kebetulan lalu di situ.
Mataku terpaku pada sepasang anak mata hitam pekat di depanku. Tubuhku yang hampir jatuh menyembah bumi tadi ditampan oleh seorang lelaki yang sangat rupawan. Masa bagaikan terhenti buat seketika. Wajahnya aku perhati lama. Lidahku kelu tanpa suara. Sehingga akhirnya aku tersedar dari lamunan apabila mendengar suara garaunya.
"Awak tak apa-apa?"soalnya prihatin. Raut wajahnya kelihatan risau.
"Oo...okey," ucapku gagap. Kemudian, aku perasan tanganku sejak tadi memaut lehernya. Kedudukan kami agak rapat ketika itu lalu aku cuba bangkit dan meleraikan pelukannya di pinggangku. Wajahku terasa berbahang.
"Hati-hati lain kali. Ni kebetulan saya ada tadi,"pesannya.
"Err...baik." Aku bergegas ke dapur dengan membawa batang mop. Entah mengapa jantung aku berdegup laju saat ini.
Masuk saja kawasan dapur, aku memegang bahagian dada. Laju betul jantung aku mengepam darah. Aku menarik nafas dalam-dalam untuk menenangkan diri. Tak lama kemudian, degupan jantung aku kembali normal.
YOU ARE READING
Kita Pernah Terluka
RomanceSeorang bergelar duda dan seorang lagi janda, sama-sama pernah terluka. Kerana luka itu, mereka jadi trauma dan takut untuk jatuh cinta buat sekali lagi. Start: 13 jun 2024 End: