Tuan Adam membawa aku ke Litar Sepang. Tempat ini pernah aku datang bersama Arkan. Tuan Adam menyapa seorang wanita cantik berambut perang. Mereka kelihatan akrab seperti sudah lama kenal.
"Ini ke staf yang akan ganti tempat I?"soal wanita yang umurnya lebih kurang sebaya dengan Tuan Adam.
"Ya. Kenalkan... ini Arisya. Dan Arisya, ini Kak Yanie."
Aku dan Kak Yanie bersalaman sambil tersenyum mesra.
"Kak Yanie ni assistant saya buat masa sekarang. Dia plan nak berhenti kerja sebab tak lama lagi dia bakal jadi seorang ibu. Jadi, awak yang akan ganti tempat dia." Terang Tuan Adam.
"Tahniah Kak Yanie. Dah berapa minggu?"
"Thank you. Baru empat minggu," balas wanita itu sambil mengusap perutnya yang masih kempis.
"So, saya tinggalkan awak dengan Kak Yanie. Nanti Kak Yanie akan terangkan pada awak tugas-tugas awak." Tuan Adam menaikkan ibu jarinya.
Aku mengangguk faham.
"Jom Risya, kita duduk kat sana." Kak Yanie menarik lengan aku menuju ke arah kerusi berhampiran.
Setelah melabuhkan duduk, terus aku bertanya soalan yang sejak tadi bermain dalam kepala.
"Kak Yanie, Tuan Adam bekerja sebagai apa di sini?"
"Risya tak tahu lagi? Tuan Adam belum beritahu?" Kak Yanie berkerut dahi.
Aku menggeleng.
"Dia pelumba motor kalau Risya nak tahu. Dia lah Adam Syahrin, atlet no. 1 Malaysia dalam sukan motoGP."
Aku tercengang. Adam Syahrin?
Selama ini aku bekerja dengan Adam Syahrin? Aku tak tahu pula namanya Adam Syahrin.
"Tugas Risya adalah ambil tahu tentang aktiviti harian Encik Adam. Risya kena jaga diet pemakanan dia, pastikan dia melakukan senaman di gym. Dan pastikan segala kelengkapan dan persediaan cukup sebelum perlawanan." Kak Yanie menjelaskan serba sedikit tentang tugas aku.
Aku masih belum percaya aku akan jadi assistant kepada atlet Malaysia. Boleh kah aku lakukan tugas ini dengan baik?
"Risya, game dah nak start. Jom kita pergi belakang. Tak apa... pasal tugas tu Risya jangan risau. Kak Yanie akan ajar Risya." Kak Yanie menepuk bahu aku.
Aku mengikut Kak Yanie ke satu ruang yang menempatkan kesemua pelumba. Ada beberapa orang staf yang sedang memastikan motorsikal dan pelumbanya dalam keadaan baik. Mereka di sini bekerja di dalam kumpulan. Ada teammates yang akan memastikan perlawanan berjalan lancar.
Tuan Adam kelihatan kacak memakai pakaian lumba dan telah bersedia untuk mulakan perlumbaannya hari ini. Sewaktu aku ke sini bersama Arkan, aku tak berpeluang melihat mukanya kerana ditutupi helmet. Jadi aku langsung tak mengenali wajah sebenar Adam Syahrin.
Perlawanan bakal bermula tak lama lagi. Aku jadi berdebar untuk melihatnya beraksi di litar. Harapnya tak berlaku kemalangan seperti tempoh hari.
Kak Yanie menghulurkan aku sekaki payung. Dia risau aku kepanasan berada di luar dalam keadaan cuaca yang sangat terik. Walaupun cuacanya terik tetapi kawasan ini agak berangin. Bagi aku tak lah panas mana.
Setelah aku membuka payung, tiba-tiba payung aku terbang ditiup angin. Namun, payung itu sempat disambut oleh tangan seseorang.
"Terima kasih..." Aku menunduk malu sambil mengucap terima kasih kepada orang yang membantu aku. Boleh pula payung ini terbang.
"Sama-sama." Aku seperti kenal suara itu.
Saat aku melihat wajah orang itu, aku terkesima. Mataku terpaku lama pada wajah tersebut tanpa berkelip walau sesaat. Jantung aku berdegup laju.
"Cik okey?"soal lelaki itu.
Dahi aku berkerut hairan apabila dia memanggil aku dengan panggilan cik. Dia dah tak kenal aku?
Orang itu adalah Arkan. Tak mungkin dia tak kenal aku.
Arkan tersenyum manis ke arahku sebelum dia beredar dari situ. Kaki aku yang tadinya bagai digam hanya mampu melihat dia pergi dengan pandangan mata.
.
Tamat saja perlumbaan, beberapa orang staf team datang berkumpul dekat dengan Tuan Adam. Mereka memeluk Tuan Adam kerana berjaya menangi tempat pertama dalam perlumbaan. Mereka bersorak beramai-ramai.
Aku gembira melihat kejayaan yang dicapai oleh Tuan Adam. Namun, fikiran aku terganggu dengan kemunculan Arkan tadi.
"Congrats bro..."
Suara itu muncul lagi. Aku mengalihkan pandangan melihat orang yang baru sahaja muncul itu.
"Hey, bro...bila sampai?" Tuan Adam melagakan penumbuk dengan Arkan.
"Waktu kau nak start game tadi aku sampai. Aku ingat sempatlah jumpa kau sebelum kau race. Aku baru nak tunjuk skill tarian cheers terbaru aku." Lelaki itu ketawa kecil.
Senyum dan tawanya itu sangat aku rindukan. Tapi mengapa aku rasa seperti orang asing pada pandangannya. Betul ke dia tak kenal aku?
"Risya, dah bagi Encik Adam minum?"soal Kak Yanie.
Aku melihat botol mineral di tangan. Aku baru sedar yang aku belum sempat berikan air padanya. Aku tergesa-gesa menghampiri Tuan Adam lalu menghulurkan botol mineral itu kepadanya.
"Sorry Tuan, saya lupa bagi ni."
"It's okay. Hari ni kan hari pertama awak." Tuan Adam meneguk minuman yang aku hulurkan.
Aku mencuri pandang wajah Arkan yang masih berdiri di depan Tuan Adam. Lelaki itu turut memandang aku sambil melirikkan senyuman.
"Teammate baru?"soal Arkan pada aku.
Aku mengangguk kecil.
"Dia assistant baru aku menggantikan Kak Yanie yang nak berhenti tak lama lagi. Nama dia Arisya. Arisya, kenalkan ni Arkan,"balas Tuan Adam pula.
"Hai Arisya..." Dia tersenyum lagi padaku.
"Hai..."balasku kekok.
Aku masih keliru betul kah dia Arkan? Kenapa dia seperti baru mengenali aku?
"Arkan ni kawan baik saya waktu sekolah dulu. Dia ni budak pandai tau waktu sekolah. Sekarang dah jadi engineer Petronas. Akhirnya cita-cita dia sewaktu sekolah tercapai juga,"kata Tuan Adam.
"Kau pun apa kurangnya. Tercapai juga cita-cita kau nak jadi pelumba motor." Arkan menumbuk perlahan bahu rakannya itu. Aku baru teringat Arkan pernah beritahu bahawa dia dan Adam Syahrin berkawan baik.
"Eh, anak-anak kau tak datang ke hari ni? Selalu dia orang yang paling excited nak tengok aku race,"soal Tuan Adam.
"Juna dan Jara demam panas. Tania kata dia orang main hujan kat luar rumah semalam. Itu yang demam tu."
Aku tersentak saat meniti nama Tania di bibir Arkan. Aku sejak tadi menjadi pendengar setia di tepi. Tania melarang aku untuk bertemu Arkan lagi. Tapi sekarang aku secara tak sengaja bertemu dengan Arkan setelah tiga bulan aku keluar dari rumah itu.
"Okey lah bro...aku balik dulu nak tengok anak aku kat rumah. Nanti Tania membebel pula sebab lambat balik. Sekali lagi congrats bro."
"Okey, thanks bro sebab datang." Tuan Adam bersalaman dan memeluk tubuh Arkan sebelum mereka berpisah.
Hati aku masih belum tenteram. Pelbagai persoalan bermain di fikiran aku ketika ini. Tapi soalan itu tak dapat aku luahkan. Mungkin betul Arkan sengaja berpura-pura tak mengenali aku. Pasti dia dah bencikan aku.
Mesti ramai nak tau apa jadi kat Arkan sebenarnya kan? Korang rasa kenapa Arkan macam tu?
YOU ARE READING
Kita Pernah Terluka
RomanceSeorang bergelar duda dan seorang lagi janda, sama-sama pernah terluka. Kerana luka itu, mereka jadi trauma dan takut untuk jatuh cinta buat sekali lagi. Start: 13 jun 2024 End: