Hari ini suamiku akan kembali ke tempat kerja. Sejak semalam dia tak bercakap dengan aku. Dia masih marahkan aku.
Sebelum dia ke tempat kerja, aku nak minta maaf dulu. Sekurang-kurangnya hati aku akan berasa lapang dan tenang setelah dia maafkan aku. Pintu biliknya aku ketuk terlebih dahulu sebelum masuk.
Tok! Tok!
"Siapa?"soalnya dari dalam.
"Saya..."
"Masuklah." Aku rasakan ini satu petanda yang baik. Dia benarkan aku masuk bermakna hati dia sudah sedikit lembut dengan aku.
Masuk saja aku ke dalam bilik itu, aku lihat dia sedang menyarungkan tshirt ke badan. Aku segera mengalihkan pandangan buat seketika.
"Ada apa cari saya?"soalnya dengan nada mendatar tanpa memandang aku.
"Awak dah siap kemas ke? Baru ingat nak tolong kemaskan barang awak." Aku pandang bag pack yang sudah tersandar di tepi katil.
Dia tak merespon pertanyaan aku. Matanya ralit melihat telefon bimbit di tangannya sambil mengelap rambutnya yang masih basah dengan tuala kecil.
Aku mencuri pandang wajahnya buat seketika. Mungkin tiga bulan lagi baru kami dapat bersua muka lagi. Jadi, ini lah masa untuk aku menatapnya buat kali terakhir sebelum dia pergi.
"Awak ada nak cakap apa-apa?" Lamunanku terhenti apabila mendengar soalannya.
"Ada."
Aku beranikan diri datang mendekatinya yang sedang duduk di birai katil. Setibanya di depan dia, aku duduk melutut di atas lantai. Tangan kanannya aku capai lalu aku salam penuh hormat. Aku kucup kekura tangannya.
"Saya nak minta maaf."
"Hm." Ringkas jawapannya sebelum dia menarik tangannya dari peganganku.
"Awak maafkan saya tak?" Aku ragu-ragu. Ikhlaskah dia memaafkan aku?
"Ya. Saya maafkan. Dah, itu aje kan. Ada apa-apa lagi?"Dingin nadanya.
Aku menggeleng lemah. Perlahan-lahan aku bangkit untuk keluar dari bilik. Hati aku masih belum tenang meskipun sudah meminta maaf. Aku tahu dia masih marahkan aku meskipun bibirnya sudah mengungkapkan kata maaf.
"Arisya."
Dengar sahaja dia memanggil namaku, aku lantas berpaling ke belakang. Tanpa diduga tangan aku ditarik lalu tubuh aku didakap. Pipiku melekap di atas dada bidangnya. Aku dapat mendengar degupan jantungnya yang kuat berdetak seakan baru selesai membuat larian 100 meter.
"Aa..wak?"
"I will miss you, Arisya." Belakang kepalaku dibelai lelaki itu.
Serta-merta senyuman aku menjadi mekar. Perlahan-lahan kedua tanganku turut membalas pelukannya.
Setelah beberapa lama,pelukan terlerai. Kini mata kami pula bersatu seolah-olah sedang berada di dunia kami sendiri. Masing-masing ada sesuatu yang ingin disampaikan tetapi tak mampu diluahkan melalui kata-kata.
"Jaga diri awak kat sana nanti,"pesanku.
"Awak pun jaga diri. Dua bulan lagi saya balik. Tunggu saya, okey?"
Aku mengangguk sambil tersenyum. Rama-rama di dalam perut sudah mula berterbangan. Beginikah rasa apabila dilamun cinta?
.
"Daddy?" Alya sudah mula bertanyakan ke mana daddynya pergi. Mungkin dia sudah mula rindukan lelaki itu. Bukan dia aje yang rindu. Mama dia pun rindu juga.
"Arkan, bila awak nak balik ni? Sedangkan baru tiga hari awak pergi tapi saya dah mula rindukan awak. Awak tak rindu saya ke kat sana?" Aku mula berteka-teki. Entah-entah dia tak rindu pun pada aku. Kalau dia rindu mesti dia call atau mesej.
"Patut tak kalau aku mesej dia? Aku nak tahu juga keadaan dia kat sana macam mana. Dia cukup makan tak? Atau dia terlalu sibuk kerja sampai tak sempat makan."
Aku mula mengetik papan kekunci untuk menaip mesej.
Me:
-Assalamualaikum awak, sibuk ke?Aku masih merenung mesej tersebut. Masih tiada keberanian untuk menghantar. Aku menggigit bibir bawah kerana masih ragu. Macam mana kalau dia memang sibuk? Macam mengganggu dia la pula.
"Mama..." Alya yang berada di sebelah menepuk tanganku. Tanpa sengaja jariku tertekan butang hantar.
"Alyaaa..."
Wajah Alya berkerut memandang aku yang sedang gelabah.
Aku tak pasti pesanan itu sudah dia baca atau belum. Aku mencari butang delete. Tapi malangnya butang lain pula yang aku tekan.
Aku tertekan emoji berbentuk hati.
Me:
-Assalamualaikum awak, sibuk ke?
-❤️❤️❤️Aku mula stress. Ini semua Alya punya pasal lah ni.
Arkan:
-Waalaikumusalam, Arisya sayang😍
- Tak sibuk pun. Rindu abang ke??🤗Sejak bila pula bahasakan diri abang sayang ni? Aku akan cuba mencipta alasan yang logik. Aku tak nak lah dia salah faham pula dengan emoji tadi.
Me:
-Emoji love tu Alya yang tekan. Dia main telefon ni tadi.Tiba-tiba aku menerima satu panggilan dari dia. Sekali lagi aku menggelabah. Tak sangka pula dia nak call.
"Hello, awak." Aku jawab panggilan tersebut setelah menyeret butang hijau. Jantung aku menjadi semakin berdebar.
Aku tak dapat mendengar sebarang suara di talian.
"Awak? Hello..." Aku pelik kerana tiada sebarang suara yang dapat didengar tetapi kami masih berhubung dalam talian.
Tak berapa lama kemudian, talian itu mati. Satu pesanan suara pula aku dapat melalui whatsapp.
Arkan:
"Sayang...sorry, line dekat sini tak berapa elok."Rama-rama di dalam perut ingin berterbangan keluar. Betapa merdunya suara dia memanggil aku sayang. Muka aku rasanya sudah merah seperti udang bakar. Mujur dia tak boleh nampak keadaan aku sekarang.
Arkan:
"Sayang buat voicemail. Abang nak dengar suara sayang dengan Alya."Aku memandang Alya di tepi yang sedang bermain anak patung.
"Alya, daddy nak dengar suara Alya. Alya sebut nama daddy. Cakap hai daddy..."
Alya mengangguk faham. Aku mula merakam suara Alya.
"Daddy...hai daddy...mmuahh." Alya siap beri pakej flying kiss lagi. Usia Alya sudah masuk dua tahun. Dia sudah pandai bercakap beberapa perkataan mudah. Arkan yang banyak mengajar Alya bertutur selama ini. Jadi tak hairan lah Alya begitu manja dengan Arkan.
Ting! Aku menerima satu pesanan dari King.
King:
-Kau ada masa sebulan lagiPesanan ringkas itu mematikan senyuman lebarku sebentar tadi. Aku hampir terlupa dengan soal hutang aku. Bukan hutang aku sebenarnya tapi hutang Zamir. Tapi aku pula yang perlu langsaikan.
"Macam mana aku nak bayar wang sebanyak Rm20 ribu tu dalam masa yang suntuk macam ni?"
.
YOU ARE READING
Kita Pernah Terluka
RomanceSeorang bergelar duda dan seorang lagi janda, sama-sama pernah terluka. Kerana luka itu, mereka jadi trauma dan takut untuk jatuh cinta buat sekali lagi. Start: 13 jun 2024 End: