Bab 12

397 46 9
                                    

Kerusi roda Puan Yasmin ditolak menuju ke halaman belakang rumah. Setiap hari ini lah tempat Puan Yasmin akan pergi untuk menghilangkan kebosanan di dalam rumah.

"Sya..."

"Ya ibu." Kini aku memanggil Puan Yasmin dengan nama ibu. Aku sudah memiliki seorang ibu.

"Sya...ba...ha...gia?" Soal Puan Yasmin.

"Risya bahagia, ibu."Aku duduk di kerusi kayu bersebelahan ibu mertuaku.

"An layan Risya dengan baik selama ni. Risya terhutang budi dengan An."

"Ma...af...kan ibu." Wajah Puan Yasmin kelihatan kesal. Dia tahu perkahwinan aku dan Tuan Arkan hanya atas dasar terpaksa.

"Kenapa ibu nak minta maaf pula. Ibu tak salah apa pun dengan Risya." Tangan tuanya aku usap lembut.

"Bu...nak Sya ba...ha...gia de...ngan An. Sya se...tia de...ngan An. Ja...ngan ting...gal...kan An."

Satu-persatu aku dengar pesanan Puan Yasmin. Dia nak aku kekal setia bersama anaknya. Aku tak boleh beri jaminan kerana kuasa talak itu ada pada Tuan Arkan. Jika dia ingin menceraikan aku, terpaksalah aku terima.

"Sya..." Puan Yasmin mengelus pipiku.

"To...long ja...ga An un...tuk ibu."

"Ya ibu. Insyallah, Risya akan jaga anak ibu tu dengan sebaiknya. Ibu jangan risau ya. Risya juga akan jaga ibu sehingga ibu sembuh."

Puan Yasmin tersenyum lega. Pasti dia bimbang aku akan meninggalkan Tuan Arkan seperti Puan Tania.

"Ibu, boleh Risya tahu macam mana An dan Tania bercerai?" Sekian lama aku memendam soalan ini.

"Itu...Sya ke...na ta...nya An."

Aku hampa dengan jawapan ibu mertuaku. Jika bertanya Tuan Arkan sendiri, memang lambat lah lagi jawabnya. Lelaki itu takkan mudah berkongsi cerita hal peribadinya dengan aku meskipun kami sudah bergelar suami isteri. Masih banyak perkara tentangnya yang aku belum tahu walaupun perkahwinan kami sudah hampir seminggu.

Aku kembali teringat kejadian malam tadi sewaktu aku ingin ke bilik tidur di tingkat atas. Bilik tidurku kini bersebelahan dengan bilik tidur Tuan Arkan.

"Arisya, malam ni awak tidur bilik saya ya."

"Kenapa pula?"Berkerut dahiku.

"Awak tak ingat ke anak- anak saya ada di sini. Nanti dia orang beritahu Tania yang kita tak tidur sebilik macam mana?"

"Ya tak ya juga. Tapi..." Belum sempat aku menghabiskan ayat, Tuan Arkan sudah menarik lenganku untuk memasuki bilik tidurnya. Alya pula sedang nyenyak tidur dalam dukunganku.

Masuk saja ke ruangan bilik tidur Tuan Arkan,  aku terpegun dengan susun atur dalam bilik tidurnya. Ini adalah pertama kali aku melangkah masuk ke bilik tidur ini. Luasnya dua kali ganda luas berbanding bilik yang lain. Sebelum ini Mak Timah sahaja yang dibenarkan untuk mengemas bilik tidur ini.

Warna hitam dan warna krim menjadi tema bilik tidurnya. Susun atur perabot juga kelihatan sangat rapi dan terdapat walk in closet di penjuru bilik berdekatan bilik mandi.

"Kalau saya tidur sini, saya nak tidur kat mana? Katil hanya ada satu."

"Katil ni luas kan. Tidur aje lah atas ni." Tuan Arkan mengambil tubuh Alya yang masih terlentok di bahuku lalu dia baringkan Alya ke atas tilam.

Jadi malam ni dia nak aku tidur sekatil dengan dia?

"Awak buat apa lagi berdiri kat sana? Mari lah tidur sini." Tuan Arkan menepuk bantal  di sisinya menyuruh aku berbaring di situ. Tubuh Alya pula berada di tengah katil menjadi benteng antara aku dan dia.

Aku hanya akur dan mula berbaring di atas katil Tuan Arkan. Ini adalah kali pertama aku tidur bersamanya sejak kami dinikahkan.  Bilik itu sudah gelap dan hanya diterangi cahaya dari lampu tidur. Aku  menjeling sedikit Tuan Arkan yang berada di tepi. Aku lihat dia sudah memejamkan mata.

Mampukah aku tidur lena malam ini?

Pagi itu, sedar sahaja dari tidur Tuan Arkan sudah tiada di sisi. Jam di tepi aku kerling dengan mata separuh terbuka. Apabila melihat jam sudah hampir pukul 9 pagi, terus terbeliak luas mataku.

Ternyata aku benar-benar tidur lena malam tadi. Apabila aku turun ke dapur, Mak Timah beritahu Tuan Arkan sudah membawa Izara dan Arjuna keluar. Puan Yasmin pula telah pun bersarapan bersama mereka sebelum mereka keluar.

"Sya... jom ma...suk. Pa... nas dah cu...aca." Suara Puan Yasmin mematikan lamunanku.

Aku hanya mengangguk lalu menolak kerusi roda Puan Yasmin memasuki kawasan rumah.

.

Sedang aku sibuk menyediakan juadah makan malam bersama Mak Timah, muncul Tuan Arkan di dapur.

"Mak Timah tengah masak apa tu?"sapa Tuan Arkan.

"Apa lagi kalau bukan ayam goreng crispy untuk Juna,"jawab Mak Timah sambil mengalihkan ayam goreng di dalam kuali.

Aku pula sedang membancuh air di kaunter dapur sehingga tak perasan sejak bila Tuan Arkan berdiri di samping aku.

"Bancuh air apa?"soalnya.

"Air lemon tea. Awak nak air lain ke?"

"Eh, tak. Okey dah air ni."

Aku menyambung semula kerja aku. Tuan Arkan masih tidak berganjak. Semakin lama aku perasan dia semakin menghampiri aku.

"Sorry tak kejutkan awak pagi tadi sebab saya tak sampai hati tengok awak tidur nyenyak sangat."

Aku jadi segan pula apabila dia mengungkit perihal pagi tadi. Macam mana lah aku boleh tak sedar. Mentang-mentanglah tilam di bilik Tuan Arkan itu empuk. Kalau dia tahu aku bangun pukul 9 pagi, jenuh aku nak sorok muka. Terpaksa lah aku qada' solat subuh pagi tadi.

"Tak apa. Jom lah kita makan. Air dah siap dah ni." Sengaja aku mengalihkan topik. Tak mahu berlama-lama di situ. Nanti dia tanya bangun pukul berapa pula pagi tadi. Tak pasal-pasal dicop isteri pemalas.

Aku menghidangkan minuman di atas meja. Tak lama kemudian, kelihatan Arjuna dan Izara turun dari tingkat atas dan mendekati meja makan.

"Anak-anak daddy dah mandi? Mari nak cium sikit." Tuan Arkan sudah melabuhkan punggung di atas kerusi. Arjuna dan Izara berlari anak menuju ke arah Tuan Arkan. Kepala mereka dikucup oleh Tuan Arkan sebelum mereka mengambil tempat duduk.

Beruntungnya ada ayah seperti ini. Selalu dikucup dan diberi layanan istimewa. Dididik dengan penuh kasih sayang dan selalu dibelai manja. Kenapa ayah tak pernah mengucup dan memeluk aku?

Sambil kami menjamu selera, kami mendengar Izara berceloteh. Puan Yasmin asyik tergelak saja dengan cerita cucunya itu. Baru kini aku merasakan kehidupan keluarga yang bahagia dan penuh kasih sayang.

Aku mengerling wajah Tuan Arkan di sisi. Dia juga tersenyum ceria. Adakah lelaki ini dapat menjadi bahu untuk aku terus bersandar? Mampukah dia merawat segala luka yang pernah aku hadapi sebelum ini? Atau dia yang akan menambahkan luka di hati aku?

Best ke cite ni? Ke hambar?🤔

Kita Pernah TerlukaWhere stories live. Discover now