Bab 14

447 53 9
                                    

"Tolong jaga An untuk ibu."

Kata-kata ibu masih terngiang-ngiang di telinga. Itu pesan terakhirnya sebelum ibu mertuaku pergi menghadap Illahi.

Wajah Tuan Arkan kelihatan begitu pucat saat ini. Suhu badannya masih panas. Dia demam hari ini.

'Ibu, Risya akan jaga An sebaiknya sepertimana yang ibu harapkan.'

Aku menggantikan tuala basah di atas kepalanya. Sebelum dia tidur tadi, aku sempat memberinya makan ubat.

"Ibuu..." Tuan Arkan meracau memanggil nama ibu. Aku menepuk lengannya perlahan agar dia kembali tidur dengan tenang.

Sewaktu aku menuruni tangga, kedengaran bunyi ketukan pintu rumah yang agak kuat dari luar. Siapa pula yang datang dan mengetuk pintu seperti itu? Takkan King datang nak tuntut hutang dia. Rasanya belum sampai cukup 2 bulan lagi.

"Mesti Tuan Arfan dah sampai." Mak Timah bergegas pergi membukakan pintu untuk tetamu yang berada di luar. Aku masih berdiri terpaku di anak tangga sambil merenung ke arah pintu masuk.

Aku terdengar suara seorang lelaki yang berdiri di balik pintu masuk, lantas aku berlari ke tingkat atas semula untuk mendapatkan tudung.

Setelah aku menyarungkan tudung ke kepala, aku keluar dari bilik tidurku. Namun, tanpa sengaja aku terlanggar tubuh seseorang dan menyebabkan aku jatuh terduduk di atas lantai.

"Aauu..." Aku mengurut tulang punggungku yang terasa sakit akibat hentakan sebentar tadi.

"I'm so sorry... Are you okay?" Soal seorang lelaki bertubuh tegap di depanku. Wajahnya kelihatan persis seakan Tuan Arkan. Cuma bezanya lelaki itu berkaca mata.

Aku cuba bangun sendiri meskipun lelaki itu menghulurkan tangan untuk membantu aku bangun.

"Saya okay." Aku tersenyum nipis.

"Awak ni maid dalam rumah ni ya?" Soalan lelaki itu membuatkan aku ragu-ragu untuk menjawab. Dulu memang aku seorang pembantu rumah tapi sekarang aku sudah menjadi suri rumah dan isteri kepada Tuan Arkan.

"Err... Saya..."

"An ada di bilik?" Belum sempat aku menjawab, soalan lain pula ditanya.

"Ya. Ada."

Lelaki itu terus meluru ke arah bilik Tuan Arkan. Setelah dikuak pintu bilik tersebut, dia terus masuk ke dalam.

"Risya..." Aku terdengar suara Mak Timah memanggil aku di tangga.

"Ya, Mak Timah." Aku mendekati Mak Timah.

"Yang tadi tu adik kembar Tuan Arkan. Namanya Arfan. Dia kerja kat luar negara sebagai Arkitek. Jadi, Risya jangan hairan pula muka dia sama macam suami Risya."

"Suami Risya ada kembar?" Baru aku tahu dia ada kembar. Kenapa dia tak pernah beritahu dia ada kembar sebelum ini?

"Risya tak tahu ke Tuan Arkan ada kembar?" Soal Mak Timah dengan nada terkejut. Aku menggeleng laju.

Lelaki itu mana gemar berkongsi perihal dirinya. Lelaki itu terlalu suka berahsia.

.

Tuan Arkan gigih menemani adiknya untuk menziarahi pusara ibu mereka. Walaupun demamnya masih belum pulih sepenuhnya, Tuan Arkan tetap bertegas untuk ke sana meskipun adiknya melarang.

Malam itu, aku memasakkan bubur untuk suamiku. Sedang aku bertungkus lumus di dapur, muncul Arfan iaitu adik iparku. Dia melabuhkan punggung di meja island sambil memerhatikan aku.

"Nama awak Arisya kan?"

"Ya. Saya Arisya." Aku berpaling memandangnya di belakang.

"Dah lama ke kerja kat sini?"

"Saya baru enam bulan kerja sini."

"Tak sangka An pandai cari maid. Cantik pula tu. An pernah mengorat awak tak?"

Aku menggeleng. Tuan Arkan memang tak pernah mengorat aku pun selama aku berkerja di sini. Tapi dia melamar aku terus.

"Saya dah agak. An masih tutup pintu hati dia untuk terima orang lain dalam hidup dia. Sejak dia bercerai, dia bertekad tak mahu berkahwin lagi. Dia dah trauma dengan perkahwinan pertama dia."

Aku jadi semakin berminat. Mungkin ini lah masa untuk aku mengorek rahsia suami aku yang perahsia itu.

"Apa yang jadi antara Tuan Arkan dan Puan Tania?"soalku ingin tahu.

"Panjang ceritanya. Lagi satu saya tak nak lah ceritakan aib keluarga ni. Kalau awak jadi ahli keluarga ni, mungkin saya akan cerita." Arfan tersenyum penuh makna.

Aku memang dah jadi ahli keluarga ni. Pasti dia belum tahu aku adalah isteri kembarnya. Suami aku tak beritahu dia ke aku siapa?

"Uhukk..." Tiba-tiba terdengar suara Tuan Arkan batuk. Aku terus datang menghampirinya yang sedang berdiri di tangga.

"Kenapa turun ni? Awak berehatlah kat atas. Nanti saya datang bawa awak makanan."

"Tak apa. Saya dah sihat." Dia bertegas untuk turun.

Tanganku naik ke dahinya untuk memeriksa suhu badannya. Namun, aku terkejut apabila tanganku ditepis tiba-tiba.

"Demam kau dah kebah?"soal Arfan yang baru keluar dari kawasan dapur.

"Dah okey sikit. Aku turun ni cuma nak minum air."

"Biar saya ambilkan." Aku bergegas ke dapur untuk ambilkan air untuk dia. Mungkin air yang aku bekalkan di atas telah habis.

Aku datang membawakan segelas air untuk suamiku yang sedang menunggu di ruang tamu. Belum sempat kaki ini tiba diruang tamu itu, aku terdengar suara dua orang lelaki itu berbual.

"Cantik maid baru kali ni. Kau tak berkenan ke?"

"Apa kau merepek ni. Dia kan maid, takkan aku nak suka dia pula."

Hatiku remuk mendengarnya. Jadi selama ini dia masih menganggap aku orang gaji dan dia takkan pernah sukakan aku.

Jadi selama ni aku aje lah yang perasan. Walaupun aku dah jadi isteri dia, dia tetap anggap aku orang gaji dia. Kata-katanya sebelum ini rupanya hanya satu pembohongan. Bodohnya aku kerana percaya yang dia akan menyayangi dan melindungi aku.

Air mataku hampir mengalir keluar namun aku cuba bertahan. Perlahan-lahan aku mengatur langkah ke ruang tamu membawa air minuman untuknya.

"Air untuk Tuan." Aku tersenyum nipis sebelum melangkah pergi.

"Arisya..." Tuan Arkan memanggil.

Aku kembali memutar tubuh memandangnya bersama senyuman pahit. Mata aku dan dia bertaut.

"Terima kasih..."

Aku hanya menunduk sebelum pergi. Dalam perjalanan aku ke dapur, aku terdengar lagi mereka berbicara.

"Kalau aku nak try Arisya, okey tak?"

Aku segera melajukan langkah. Aku tak mahu mendengar jawapan Tuan Arkan. Mungkin jawapannya akan menambah luka yang lebih dalam di hati aku.

'Ibu, anak ibu jahat. Risya tak janji boleh terus setia dengan dia. Maafkan Risya, ibu.'

Author update hari sabtu nanti pulak tau. Korang rasa Arkan ni hero redflag ke greenflag?

Kita Pernah TerlukaWhere stories live. Discover now