"Riz...papa nak kamu tinggalkan Zahra dan papa nak kamu kahwin dengan Maisara." kata Dato' Azman di ruang tamu bersama dengan familynya.
"Abang nak anak kita kahwin dengan budak kampung tu ke. Sayang tak setuju untuk abang kahwinkan anak kita dengan budak kampung tu. Zahra tu layak jadi isteri kepada anak kita." bantah Datin Munirah.
"Kenapa papa nak suruh Riz tinggalkan Zahra. Dan kenapa Riz perlu kahwin dengan perempuan tu. Riz akan kahwin tapi bukan dengan perempuan tu!" bantah Mukhriz juga.
"No...keputusan papa dah muktamad. Papa tetap akan kahwinkan kamu dengan Maisara. Hujung bulan ni kamu kahwin." kata Dato' Azman dengan tegas.
Dengan hati yang sudah panas, Mukhriz terus bangun dan melangkah keluar dari rumah familynya. Selepas Mukhriz keluar dari rumah, Datin Munirah pun melangkah ke arah tangga untuk menuju ke biliknya.
Dato' Azman hanya menggelengkan kepalanya saja selepas melihat perangai isteri dan anaknya.
'Papa nak buat yang terbaik untuk anak papa. Papa tak nak Zahra jadi isteri kamu bersebab. Maisara lebih semua dan layak jadi isteri kamu' bisik Dato' Azman dalam hati.
🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸
"Hello, Mir. Aku nak jumpa kau dengan Han dekat tempat biasa kita makan. Aku ada satu benda nak bincang dengan korang." _Mukhriz.
"Okay. Nanti aku beritahu dengan Han." _Aamir.
Panggilan Mukhriz dengan sahabatnya, Aamir di talian telah tamat. Mukhriz terus meneruskan pemanduannya untuk menuju ke kedai makan yang mereka selalu lepak.
ANDA SEDANG MEMBACA
Isteri Hanya Atas Kertas ✅
RomancePertemuan Maisara dengan kawan baik arwah ayahnya lalu menjodohkan dia dengan anak sulung kepada Dato' Azman iaitu Mukhriz. "Tidur dekat sofa sana. Aku tak nak tilam aku kotor sebab kau. Lepas kita pindah duduk rumah aku nanti, kau boleh tidur atas...
