"Morning akak, morning abang Riz. Lewat bangun hari ni. Ke nak bagi kami anak buah cepat. Kan, abang Taqim." usik Marissa setelah nampak abangnya dengan kakak iparnya sampai di meja makan.
"Banyak lah kau punya anak buah. Tak kuasa aku nak sentuh kakak ipar kesayangan korang ni." balas Mukhriz lalu duduk di kerusi sebelah isterinya.
"Mama sokong kamu, Riz. Bukannya cantik pun. Tak nak mama cucu dari perempuan kampung tu." kata Datin Munirah sambil memandang Maisara dengan pandangan tajam.
Maisara di situ menahan tangisannya apabila dia dihina oleh suaminya dan ibu mertuanya.
"Astarfirullahalazim...awak dengan anak sulung awak sama je perangai. Cuba jaga perasaan Maisara ni. Di bukannya patung tak ada perasaan." ujar Dato' Azman.
"Eh...akak nak pergi mana. Takkan dah kenyang kot." kata Marissa setelah melihat Maisara bangun dari meja makan.
"Akak dah kenyang. Ni akak nak pergi dapur dulu." kata Maisara lalu pergi ke arah dapur sambil membawa pinggan dan gelasnya.
"Mukhriz...sampai ofis nanti terus pergi bilik papa. Papa pergi dulu. Assalamualaikum." ujar Dato' Azman lalu bangun dari meja makan dan melangkah ke arah pintu utama.
"Riz...mama nak pesan ni. Jangan nak jatuh cinta dengan perempuan tu. Dan jangan nak memandai sentuh dia. Kalau mama dapat tahu yang dia mengandung...siap kamu." pesan Datin Munirah dengan tegas.
Mukhriz hanya menganggukkan kepalanya saja. Tiba-tiba, handphonenya berbunyi menandakan ada panggilan masuk.
"Ma, Riz pergi dulu." kata Mukhriz lalu bangun dari kerusi dan mengangkat panggilan tersebut.
"Kenapa mama dengan abang Riz tak suka dengan kak Sara. Kak Sara tak ada salah langsung dengan mama dengan abang Riz." ujar Marissa setelah melihat abangnya pergi dari meja makan.
"Betul cakap Rissa tu, ma. Jangan suatu hari nanti mama dengan abang Riz menyesal. Taqim dengan Rissa cakap benda yang betul." kata Mustaqim.
"Kamu berdua jangan nak kurang ajar sangat dengan mama. Sejak perempuan tu tinggal sini, kamu berdua pandai lawan kata mama." kata Datin Munirah lagi.
Tanpa membalas kata dari mama mereka, mereka terus meninggalkan ruang makan tersebut.
ANDA SEDANG MEMBACA
Isteri Hanya Atas Kertas ✅
RomansaPertemuan Maisara dengan kawan baik arwah ayahnya lalu menjodohkan dia dengan anak sulung kepada Dato' Azman iaitu Mukhriz. "Tidur dekat sofa sana. Aku tak nak tilam aku kotor sebab kau. Lepas kita pindah duduk rumah aku nanti, kau boleh tidur atas...
