2 bulan kemudian...
Alhamdulillah, Maisara kini mengandung anak kedua dan kandungannya baru berusia 7 minggu. Sejak dia mengandung anak kedua ni, Mukhriz selalu balik awal dari ofis dan selalu meluang masa bersama keluarga kecilnya itu.
"Mommy....daddy dah sampai." ujar Mastura setelah melihat Mukhriz di depan pintu rumah mereka.
"Ya Allah, rindunya daddy dengan anak daddy ni. Ni, mommy mana...daddy tak nampak pun." ujar Mukhriz lalu menggendong puteri sulungnya itu dan mencium pipi gebu anaknya itu.
"Mommy kat apur. Daddy, daddy...oleh tak Ura andi ngan daddy." kata Mastura lalu memeluk leher daddynya dengan erat.
"Amboi...tengok daddy terus lupa mommy ya." kata Maisara lalu menghampiri suaminya dan mencium tangan suaminya itu.
"Hahaha...Ura tengok mommy ni. Mommy jealous tengok Ura dengan daddy." balas Mukhriz dengan gelaknya.
"Dah lah tu. Sekarang ni, abang bawa anak kesayangan abang tu pergi mandi. Sayang nak hidang makanan dekat meja dulu." ujar Maisara lalu pergi ke arah dapur.
🔶🔷🔶
"Sayang okay tak ni? Sebab abang tengok muka sayang macam penat je." ujar Mukhriz lalu duduk di sisi isterinya itu.
"Sayang okay je. Biasalah alahan orang mengandung. Ni, anak kesayangan abang tu dah tidur ke?" ujar Maisara sambil memicit kepalanya yang pening itu.
"Dah. Sini...abang urut kepala sayang. Abang minta maaf, sebab masa sayang mengandungkan Mastura...abang tak ada kat sisi sayang. Mesti sayang selalu alahan macam ni." ujar Mukhriz lalu memicit kepala isterinya itu.
"Abang...benda dah lepas pun. Sara tak kisah pun masa tu, janji sekarang ni, abang ada dengan sayang." balas Maisara lalu memeluk suaminya dengan erat.
"Terima kasih, sayang. Abang janji, lepas ni abang akan setia dengan isteri abang ni. Dan, sayang kena ingat yang sayang bukan isteri atas kertas tapi sayang akan jadi isteri abang selamanya." kata Mukhriz lalu mencium ubun Maisara.
ANDA SEDANG MEMBACA
Isteri Hanya Atas Kertas ✅
RomantikPertemuan Maisara dengan kawan baik arwah ayahnya lalu menjodohkan dia dengan anak sulung kepada Dato' Azman iaitu Mukhriz. "Tidur dekat sofa sana. Aku tak nak tilam aku kotor sebab kau. Lepas kita pindah duduk rumah aku nanti, kau boleh tidur atas...
