"Aunty, uncle...Mukhriz nak kahwin dengan Zahra." ujar Mukhriz tanpa rasa serba salah.
"Kamu nak madukan anak kami dengan isteri kamu tu. Bang, saya tak benarkan Zahra kahwin dengan dia." balas Datin Zarina.
"Mommy...Zahra tak kisah pun. Zahra nak kahwin juga dengan Mukhriz. Lagipun, Mukhriz tak bahagia pun dengan perempuan tu. Kalau dia dah bahagia...mesti perempuan tu dah mengandung." kata Zahra pula sambil memeluk lengan Mukhriz.
"Saya sokong apa yang Zahra cakap tu. Saya nak cucu, tapi perempuan tu mandul. Mungkin anak saya akan bahagia dengan pilihan hati dia sendiri." kata Datin Munirah pula.
"Baiklah...kami akan kahwinkan anak kami dengan Mukhriz. Tapi dengan syarat, dia perlu ceraikan perempuan tu dulu." kata Dato' Zunaidi dengan tegas.
"Kenapa mesti bercerai...lelaki boleh kahwin lebih dari satu. Mukhriz...kalau kamu masih anggap papa ni papa kamu, jangan ceraikan Sara." kata Dato' Azman lalu bangun meninggalkan mereka di situ.
"Zahra...jom balik. Mukhriz, fikir dulu kalau kamu nak kahwin dengan anak uncle." kata Dato' Zunaidi lalu bangun dan melangkah ke arah pintu.
🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹
Masuk sahaja di dalam bilik, Mukhriz duduk di birai katil lalu meramas rambutnya dengan kasar.
"Ahh!! Kenapa susah sangat aku nak kahwin dengan Zahra. Dan kau perempuan...aku tak tahulah kenapa papa sayang sangat dekat kau. Sekejap...kenapa mereka semua tak balik lagi dan kenapa papa balik sorang." kata Mukhriz sendirian lalu keluar dari biliknya dan ingin berjumpa dengan papanya.
"Papa...Mukhriz nak tanya. Mana Taqim, Rissa dengan Sara?" soal Mukhriz setelah masuk ke dalam bilik kerja papanya.
"Tak perlu nak cari. Papa dah pesan dengan kamu dari dulu. Jangan nak cari Sara lagi kalau kamu nak duakan dia." balas Dato' Azman setelah menutup surat khabar di tangannya.
Mukhriz hanya mendiamkan diri saja lalu meraup wajahnya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Isteri Hanya Atas Kertas ✅
RomancePertemuan Maisara dengan kawan baik arwah ayahnya lalu menjodohkan dia dengan anak sulung kepada Dato' Azman iaitu Mukhriz. "Tidur dekat sofa sana. Aku tak nak tilam aku kotor sebab kau. Lepas kita pindah duduk rumah aku nanti, kau boleh tidur atas...
