Sampai saja di hadapan rumah keluarga mertuanya, dia sudah nampak mama mertuanya yang menunggu kepulangannya itu.
"Assalamualaikum, ma. Mama sihat?" ujar Maisara sambil mendukung puterinya itu.
"Waalaikumusalam. Alhamdulillah, mama sihat. Rissa, Taqim...masuklah. Jom, Sara. Sara dengan baby Mastura masuklah dalam bilik Riz tu." ujar Datin Munirah.
"Okay." balas Maisara lalu menuju ke arah tangga.
Masuk sahaja di dalam bilik suaminya itu, di terus meletakkan anaknya di atas katil. Tiba-tiba, dia ternampak frame yang ada gambarnya bersama dengan suami.
"Sara dengan baby rindu dekat abang." kata Maisara sambil mengusap gambar pernikahannya itu.
Dia terus merebahkan badannya di sebelah anaknya sambil memandang wajah anaknya dan tanpa dia sedar, dia sudah terlena.
🔶🔷🔶
"Assalamualaikum. Ma...tu bukan ke kereta Taqim." ujar Mukhriz setelah masuk ke dalam rumah.
"Waalaikumussalam. Betul lah tu. Dah lah, pergi atas sana. Isteri dengan anak kamu ada dekat atas sana." kata Datin Munirah.
Tanpa membalas kata dari mamanya, dia terus menuju ke tingkat atas di mana biliknya berada.
"Mama...abang Riz tu okay ke tak? Macam orang gila je Rissa tengok." kata Marissa kepada mamanya.
"Kamu ni, Rissa. Tak baik cakap abang Riz macam tu. Abang Riz kamu tu rindu nak jumpa isteri dengan anak dia. Sebab tu lah dia lari pergi ke arah biliknya." ujar Datin Munirah.
"Ouhh. Nasib baik papa suruh Rissa dengan abang Taqim jaga kak Sara. Kalau tak, mesti kita tak tahu mana kak Sara pergi." balas Marissa lalu duduk di samping mamanya.
"Betul kata Rissa tu. Dan sampai sekarang juga kita tak tahu yang kita ni ada cucu kalau Sara bawa diri pergi jauh." ujar Dato' Azman setelah masuk ke dalam rumahnya.
"Ye, mama salah dalam hal ni. Mama tak sepatutnya pandang rendah tentang dia." ujar Datin Munirah dengan rasa serba salah.
"Kita lupakan benda lama...dan sekarang ni kita mulakan hidup baru." kata Dato' Azman pula.
ANDA SEDANG MEMBACA
Isteri Hanya Atas Kertas ✅
RomansaPertemuan Maisara dengan kawan baik arwah ayahnya lalu menjodohkan dia dengan anak sulung kepada Dato' Azman iaitu Mukhriz. "Tidur dekat sofa sana. Aku tak nak tilam aku kotor sebab kau. Lepas kita pindah duduk rumah aku nanti, kau boleh tidur atas...
