"Assalamualaikum, ma...pa. Papa sihat?" kata Mukhriz setelah masuk ke dalam rumah.
"Waalaikumusalam. Sini...duduk dekat sini. Papa ada beli something untuk kamu dengan mama kamu." kata Dato' Azman lalu menyerahkan 2 bungkusan paper bag kepada isterinya dan anaknya.
"Thanks, pa. Boleh Riz tengok dalam ni ke?" ucap Mukhriz lalu membuka paper bag tersebut untuk melihat isi di dalamnya.
"Suka tak apa yang papa bagi tu?" soal Dato' Azman kepada Mukhriz setelah anaknya melihat isi di dalam paper bagnya itu.
"Riz suka." balas Mukhriz dengan perasaan suka sambil melihat jam tangan dan kemeja yang diberi oleh papanya itu.
"Sekarang ni, mama nak tengok mama punya barang." ujar Datin Munirah pula sambil membuka paper bag tersebut.
"Wah! Cantiknya handbag ni, bang. Thank you." kata Datin Munirah dengan gembira.
'Ya Allah, kau temukan lah aku dengan isteri aku. Aku ingin memohon maaf pada dia.' doa Mukhriz dalam hati dan tersenyum melihat hubungan mama dan papanya.
🔸🔹🔸
Setelah berborak dengan mama dan papanya, dia meminta izin untuk masuk ke dalam bilik. Masuk saja dalam bilik tersebut, dia terus meletak paper bag tersebut di dalam almari.
"Mana pula pergi 2 adik aku ni? Tak ingat jalan pulang ke apa. Kalau ye pun tak nak isteri aku tinggal seorang dekat rumah, bawa lah sekali." kata Mukhriz sendirian.
Dia perasan yang dia dah mula cinta dan sayang dengan Maisara. Dan dia berharap sangat isterinya akan menerimanya semula.
"Abang akan cari sayang dengan apa cara sekalipun. Dan kita akan buka buku baru." kata Mukhriz lagi.
Dan tanpa dia sedar, dia sudah terlelap dengan gambar pernikahannya bersama dengan Maisara.
ANDA SEDANG MEMBACA
Isteri Hanya Atas Kertas ✅
Lãng mạnPertemuan Maisara dengan kawan baik arwah ayahnya lalu menjodohkan dia dengan anak sulung kepada Dato' Azman iaitu Mukhriz. "Tidur dekat sofa sana. Aku tak nak tilam aku kotor sebab kau. Lepas kita pindah duduk rumah aku nanti, kau boleh tidur atas...
