"Awak...jom turun makan. Saya dah masak." panggil Maisara di depan bilik tidur suaminya.
Tiba-tiba, pintu bilik dibuka dari dalam dan muncul wajah suaminya yang sudah bersiap untuk keluar.
"Aku nak keluar. Kau makanlah sorang-sorang. Tak ada selera aku nak makan dengan perempuan kampung macam kau." kata Mukhriz lalu meninggalkan Maisara di situ sendirian.
Selepas suaminya pergi, tiba-tiba ada orang memberi salam di depan rumah suaminya. Dia terus menuju ke arah pintu untuk membuka dan orang yang datang tersebut adalah adik iparnya.
"Akak...kami datang nak jumpa dengan akak. Ehh...mana abang Riz, kak. Abang Riz tak teman akak dekat rumah ke." kata Marissa.
"Hmm...akak, kami sebenarnya lapar. Mama dengan papa keluar pergi dinner kawan diorang." sampuk Mustaqim pula.
"Jom lah masuk. Akak sebenarnya ada masak tadi." balas Maisara lalu menjemput Marissa dan Mustaqim masuk ke dalam rumah.
"Akak...Tadi Rissa tanya dengan akak. Abang Riz pergi mana malam-malam macam ni." tanya Marissa lagi.
"Abang Riz pergi jumpa kawan dia. Dah...jom makan." balas Maisara lalu menjemput adik iparnya makan malam di situ.
🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹
Selesai makan, mereka duduk di halaman rumah untuk mengambil angin luar. Dan pada masa yang sama, kereta Mukhriz masuk ke dalam rumahnya lalu mematikan enjin keretanya. Dia terkejut melihat 2 orang adiknya sedang berbual dengan isterinya.
"Abang Riz!" jerit Marissa.
"Korang berdua buat apa dekat sini. Macam tak ada tempat lain nak pergi." kata Mukhriz setelah menghampiri isterinya dan 2 orang adiknya itu.
"Kami berdua lapar. Mama dengan papa pergi dinner kawan diorang. Nasib baik kak Sara ada masak tadi." kata Mustaqim pula.
"Suka hati korang lah." kata Mukhriz lalu masuk ke dalam rumah meninggalkan mreka di situ.
ANDA SEDANG MEMBACA
Isteri Hanya Atas Kertas ✅
RomancePertemuan Maisara dengan kawan baik arwah ayahnya lalu menjodohkan dia dengan anak sulung kepada Dato' Azman iaitu Mukhriz. "Tidur dekat sofa sana. Aku tak nak tilam aku kotor sebab kau. Lepas kita pindah duduk rumah aku nanti, kau boleh tidur atas...
