"Wow! Banyaknya akak shopping hari ni. Sorry, tau. Rissa tak dapat join akak dengan kawan-kawan akak shopping. Itu semua salah abang Taqim." ujar Marissa setelah mereka sampai di rumah.
"Aku pula yang kena. Kau yang ajak aku." kata Mustaqim setelah duduk di sofa.
"Tak apa. Lagipun akak lama tak spend time dengan kawan-kawan akak tu. Korang pergi mana tadi?" ujar Maisara pula sebelum 2 beradik itu berperang mulut.
"Kami dua pergi jumpa dengan abang Riz. Akak nak tahu something tak...abang Riz sekarang ni dah mula sayang dengan akak." kata Marissa dengan happy.
"Akak tak nak ambil tahu dulu. Dan...korang tak ada beritahu kan tentang anak ni." balas Maisara pula.
"Tak. Abang Riz tak tahu pun tentang akak mengandung sekarang ni." bohong Marissa.
"Akak, Taqim ada benda nak beritahu dengan akak ni. Sampai bila akak nak rahsia tentang anak tu dekat abang Riz. Akak jangan salah faham pula sebab Taqim backup abang Riz." ujar Mustaqim pula.
"Sampai akak dah sedia nak jumpa dengan dia." balas Maiara sambil mengusap perutnya itu.
"Kalau itu cakap akak...Taqim okay je lah. Tapi, Taqim doa supaya hubungan akak dengan abang Riz pulih semula." kata Mustaqim.
Mauk saja dalam bilik tidur, Maisara terus duduk di hujung katil dengan perlahan.
'Ya Allah, berdosakah aku jauhkan dia dari anak ni. Tapi, aku buat semua ni ada sebab.' doa Maisara dalam hati sambil mengusap perutnya yang menunggu masa untuk bersalin saja.
ANDA SEDANG MEMBACA
Isteri Hanya Atas Kertas ✅
Storie d'AmorePertemuan Maisara dengan kawan baik arwah ayahnya lalu menjodohkan dia dengan anak sulung kepada Dato' Azman iaitu Mukhriz. "Tidur dekat sofa sana. Aku tak nak tilam aku kotor sebab kau. Lepas kita pindah duduk rumah aku nanti, kau boleh tidur atas...
