Bab 22

1.6K 25 0
                                        

Sampai saja di rumah, Maisara terus membersihkan dirinya. Dia balik bersama dengan Mustaqim dan Marissa. Selepas mereka bertikam lidah, suaminya itu terus tinggalkan nya sendirian tadi.

'Ya Allah...kenapa engkau bagi ujian sebesar ini kepada aku. Aku inginkan suami yang penyayang.' doa Maisara dalam hati lalu merebahkan badannya di atas tilam.

Setelah menghantar Zahra pulang, Mukhriz terus melangkah masuk ke dalam rumahnya. Dia terus masuk ke dalam biliknya untuk membersihkan dirinya.

'Mana pula perempuan ni? Senyap je dalam rumah ni. Takkan tak balik lagi kot.' bisik Mukhriz dalam hati lalu keluar dari biliknya dan menuju ke bilik tidur isterinya.

Dia membuka pintu tersebut dan dia ternampak sosok badan isterinya yang sedang terbaring di atas tilam itu. Dia terus melangkah ke arah isterinya lalu menanggalkan t-shirt nya dan berbaring di sebelah isterinya.

🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹

Keesokan paginya...

Bangun saja Maisara dari lena, dia berasa berat d bahagian pinggangya. Dia terkejut melihat suaminya berada disebelahnya. Akan tetapi dia lebih terkejut melihat badannya tanpa seurat benang lalu menolak badan Mukhriz jatuh dari katil.

"Kau dah kenapa tolak aku dari katil?" soal Mukhriz dengan perasaan marah setelah ditolak oleh Maisara.

"Awak buat apa dengan saya semalam?" tanya Maisara pula sambil menarik selimut menutup dadanya yang terdedah itu.

"Sukahati aku lah nak buat apa dekat kau. Kau kena ingat yang aku sorang je dapat terima badan kau." kata Mukhriz lalu bangun dari lantai dan menuju ke pintu untuk keluar.

'Ya Allah, kenapa dia anggap aku ni perempuan murahan. Dia langsung tak anggap aku ni sebagai isteri dia.' bisik Maisara dalam hati sambil memeluk lutunya.

Isteri Hanya Atas Kertas ✅Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang