Di rumah Mukhriz>
"Assalamualaikum, abang Riz. Rissa dengan abang Taqim datang ni." ujar Marissa dari luar rumah abangnya itu.
"Waalaikumusalam." balas Mukhriz setelah membuka pintu dan matanya terus mencari seseorang.
"Mesti abang Riz cari kak Sara kan. Kak Sara tak ada dekat sini pun. Dia cakap, dia tak nak jumpa dengan abang Riz dulu." kata Marissa lalu masuk ke dalam rumah abangnya itu.
"Ouhh...Taqim, masuklah." balas Mukhriz lalu menjemput adik keduanya itu masuk.
"Korang berdua buat apa dekat sini. Dan kenapa baru sekarang korang nak jumpa dengan aku." ujar Miukhriz setelah duduk di sofa ruang tamu itu.
"Saja nak jumpa dengan abang Riz. Lagipun, papa suruh Rissa dengan abang Taqim bawa kak Sara tenangkan fikiran. Sekarang ni, Rissa nak abang Riz jujur dari hati abang Riz sendiri. Abang Riz sayangkan kak Sara ke?" kata Marissa kepada Mukhriz.
"Okay, abang jujur. Abang sebenarnya dah mula sayangkan kak Sara korang tu. Sebab tu abang fikir dia ada datang dengan korang berdua." jujur Mukhriz dari hatinya.
"Abang Riz jangan risau. Kak Sara selamat dengan kami berdua. Dan tak lama lagi...abang Riz akan jadi daddy." ujar Marissa lagi.
"Betul ke abang nak jadi daddy?" soal Mukhriz pula.
"Betul. Tapi, abang Riz tengok kak Sara dari jauh je lah. Sebab kak Sara cakap, dia tak nak abang Riz tahu tentang anak tu. Dan kak Sara cakap, biar dia sendiri yang bawa anak tu dekat abang Riz." ujar Marissa dengan serba salah.
"Abang ni tak layak ke nak jadi ayah pada anak tu." balas Mukhriz pula.
"Bukan tak layak, abang Riz. Abang Riz sendiri yang cakap pada kak Sara, yang abang Riz tak nak ada anak dengan orang yang abang Riz tak suka." kata Marissa.
"Okay, fine. Itu salah abang. Tapi, korang kena tolong aku untuk jaga kak Sara dengan baby tu. Nanti, abang transfer duit dekat korang." kata Mukhriz pula.
"Okay." balas Marissa dengan Mustaqim secara serentak.
ANDA SEDANG MEMBACA
Isteri Hanya Atas Kertas ✅
RomancePertemuan Maisara dengan kawan baik arwah ayahnya lalu menjodohkan dia dengan anak sulung kepada Dato' Azman iaitu Mukhriz. "Tidur dekat sofa sana. Aku tak nak tilam aku kotor sebab kau. Lepas kita pindah duduk rumah aku nanti, kau boleh tidur atas...
