Bab 32

1.8K 30 1
                                        

"Eh, papa. Bila papa sampai? Sorry... Sara penat sangat hari ni." kata Maisara setelah ternampak bapa mertuanya di ruang tamu.

"Sara...mari sini duduk dengan papa. Papa baru sampai tadi. Dan papa faham kenapa kamu penat sangat. Biasalah, orang mengandung ni macam-macam alahan dia." balas Dato' Azman.

"Papa stay sini sampai bila?" tanya Maisara setelah duduk di sofa.

"Mungkin 2 minggu macam tu." balas Dato' Azman pula.

"Akak dah bangun. Ni, Taqim ada belikan asam buah untuk akak. Nasib baik jumpa tadi." kata Mustaqim sambil membawa bungkusan yang ada asam buah itu.

"Terima kasih, Taqim." balas Maisara dengan senyuman.

"Kak Sara..." panggil Marissa dengan teruja lalu memeluk lengan kakak iparnya itu.

"Dah berapa bulan kandungan kamu tu, Sara? Papa ni tak sabar nak timang cucu." kata Dato' Azman pula.

"Dah 2 bulan, pa." balas Maisara sambil makan asam buah tersebut.

"Tak masam ke, kak." tanya Marissa setelah melihat Maisara makan asam buah tersebut dengan selera.

"Tak masam pun." balas Maisara dengan selamba.

"Akak tu mengidam asam buah. Mestilah dia tak rasa masam. Kau ni, dik...macam tak tahu je ragam orang mengandung macam mana." kata Mustaqim pula.

"Hehehe...sorry." kata Marissa.

"Dahlah tu. Jom kita makan. Papa dah lapar ni." kata Dato' Azman lalu bangun dari sofa dan menuju ke ruang makan.

"Jom. Rissa ada masak macam-macam tadi." kata Marissa lalu memimpin tangan Maisara.

🔸🔹🔸

Selesai makan, Maisara terus masuk ke dalam biliknya. Kerana dia mahu memberi ruang kepada keluarga mertuanya itu meluangkan masa.

"Baby...maafkan ibu sebab tak bawa baby jumpa dengan ayah. Ayah benci sangat dekat ibu." kata Maisara sendirian sambil mengusap perutnya itu.

Di luar bilik Maisara, Dato' Azman mendengar segala kata dari menantunya itu.

'Papa minta maaf, Sara. Papa gagal didik Mukhriz jadi suami yang baik pada kamu.' bisik Dato' Azman dalam hati.

Isteri Hanya Atas Kertas ✅Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang