Kami telah mengemas kini Garis Panduan Kandungan kami.
Semak garis panduan terkini untuk terus berkongsi cerita dengan selamat.

Bab 5

1.6K 29 0
                                        

Beberapa minggu kemudian...

"Munirah! Betul ke anak sulung kau nak kahwin dengan orang lain. Aku tahu lah anak aku ni jenis suka berfoya. Tapi, tak perlu lah pisahkan diorang. Kau pun masih ada anak lelaki lain kan. Kenapa suami kau tak nak kahwinkan perempuan tu dengan Mustaqim...kenapa dia nak Mukhriz juga jadi suami perempuan tu." kata Datin Zarina dengan rasa tidak puas hati.

"Aku pun tak ingin lah nak bermenantukan budak kampung tu. Suami aku tu yang nak sangat bermenantukan dia. Sebab dia dah berjanji dengan arwah kawan baik dia." balas Datin Munirah.

"Habis tu...kenapa kau tak bantah dengan keputusan suami kau." ujar Datin Zarina lagi.

"Aku tak rasa Mukhriz pun suka dengan perempuan tu. Dia terpaksa ikut kata papa dia. Aku pasti hubungan mereka berdua tak akan lama." kata Datin Munirah dengan yakin.

"Aku pegang janji kau Munirah. Pastikan lepas anak kau kahwin dengan perempuan tu...dia tak akan sesekali sentuh perempuan tu sampai mengandung." kata Datin Zarina lalu meninggalkan Datin Munirah di situ.

🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸

Di malam hari, Datin Munirah duduk di samping suaminya yang sedang membaca urat khabar di ruang tamu. Di rumah itu hanya ada mereka berdua saja. Sebab anak sulung mereka masih dating dengan Zahra manakala 2 orang lagi anak mereka masih di luar negara.

"Abang...boleh tak abang tukar fikiran untuk kahwinkan Mukhriz dengan budak perempuan tu. Anak kita tu dah ada Zahra. Lagipun kita kenal dengan keluarga Zahra. Mana tahu Mukhriz boleh ubah dia selepas kahwin." pujuk Datin Munirah kepada suaminya.

"Abang tetap dengan keputusan abang. Abang tak yakin dengan Mukhriz bila dia dah kahwin dengan Zahra. Budak perempuan tu ada nama. Nama dia Puteri Maisara. Mereka akan kahwin hujung bulan ni." ujar Dato' Azman lalu menyimpan surat khabar di atas meja dan bangun dari sofa.

Isteri Hanya Atas Kertas ✅Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang