"Sayang...kenapa sayang berdiri dekat luar ni. Luar ni dahlah sejuk. Sayang tu pula mengandung." kata Mukhriz lalu memeluk isterinya dari arah belakang.
"Saja... Abang, sayang tak sangka hubungan kita sampai sini. Dulu, hanya Sara sorang saja yang ikhlas cintakan abang. Hmm...abang, Sara nak tanya something ni? Apa berita tentang musuh abang tu?" kata Maisara.
"Abang pun tak tahu. Tapi, Aamir dengan Farhan beritahu dekat abang, Nizam dengan Zahra dah kahwin. Dan...hubungan mereka tak direstu oleh family Zahra. Sebab, Zahra mengandung anak luar nikah." balas Mukhriz.
"Ouhh... Sekarang ni diorang dekat mana?" soal Maisara lagi.
"Masih dalam Malaysia. Kenapa sayang tanya? Sayang nak jumpa dengan diorang ke?" ujar Mukhriz lalu memusing tubuh isterinya menghadap ke arahnya.
"Yup. Sara nak jumpa dengan diorang." balas Maisara.
"Okay... Nanti abang suruh diorang datang sini. Kita buat makan-makan." ujar Mukhriz.
🔶🔷🔶
Hari yang dinantikan telah tiba. Sebab hari ni Mukhriz dan Maisara mengadakan makan-makan di rumah mereka.
"Sara, kenapa kau dengan suami kau tiba-tiba ajak kami semua makan-makan dekat sini?" soal Azreen sambil menepuk punggung anaknya yang berada dalam dukungannya itu.
"Mukhriz cakap...dia nak kita spend time sama-sama hari ni. Dan dia ada cakap yag hari ni dia ada jemput tetamu special." balas Maisara sambil mengusap perutnya yang sudah membesar itu.
"Siapa tetamu special tu?" soal Hanna.
"Tu...baru sampai. Jom kita pergi sana." ajak Maisara lalu menuju ke arah suaminya yang sedang bercakap dengan rakannya dan tetamu special tersebut.
"Abang..." panggil Maisara lalu memeluk lengan suaminya itu.
"Sayang, ni Zahra dengan Nizam dah sampai." ujar Mukhriz sambil menggendong puteri sulungnya itu.
"Sara..." kata Zahra lalu memeluk Maisara.
"Saya nak minta maaf dekat awak. Saya tak sepatutnya rampas Mukhriz dari awak, Sara. Sekarang ni, family saya tak terima saya lagi lepasdiorang tahu saya mengandung anak luar nikah." kata Zahra dengan tangisannya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Isteri Hanya Atas Kertas ✅
RomancePertemuan Maisara dengan kawan baik arwah ayahnya lalu menjodohkan dia dengan anak sulung kepada Dato' Azman iaitu Mukhriz. "Tidur dekat sofa sana. Aku tak nak tilam aku kotor sebab kau. Lepas kita pindah duduk rumah aku nanti, kau boleh tidur atas...
