Bab 47

1.9K 25 0
                                        

Beberapa hari kemudian...

"Ya Allah, comelnya cucu kita, bang. Sara...mama nak minta maaf. Mama tak sepatutnya layan Sara macam tu." kata Datin Munirah lalu mengambil tangan menantunya itu.

"Sara dah lama maafkan, mama." balas Maisara sambil memandang tangannya yang berada di dalam genggaman ibu mertuanya itu.

"Sara tinggal dengan mama, boleh tak? Mama nak jaga Sara masa berpantang ni. Hmm...mama nak tanya ni, siapa nama baby ni. Cantik macam mommy dia." kata Datin Munirah lagi.

"Boleh, ma. Nama dia adalah Puteri Mastura binti Mukhriz." balas Maisara sambil memandang anaknya yang berada di dalam katil baby tersebut.

"Cantik nama dia. Dah daftar sijil lahir dia ke?" tanya Datin Munirah lagi.

"Dah, ma. Taqim dengan Rissa yang tolongkan." balas Maisara.

'Rissa minta maaf, kak. Sebenarnya, bukan Rissa dengan abang Taqim yang tolong uruskan baby Mastura. Tapi, abang Riz yang uruskan.' bisik Marissa dalam hati sambil memandang kakak iparnya itu.

🔶🔷🔶

"Taqim...abang dah bayar bil untuk kak Sara. Doktor cakap, hari ni kak Sara dah boleh keluar dari hospital. Abang pergi dulu." kata Mukhriz sambil menepuk bahu Mustaqim dan berlalu pergi.

"Taqim harap abang Riz akan dapat semula hati kak Sara tu." kata Mustaqim sendirian selepas abangnya hilang dari pandangannya.

Mustaqim terus berlalu pergi ke arah lif untuk menuju ke tingkat 5, di mana wad kakak iparnya itu ditempatkan. Sampai saja di depan wad kakak iparnya itu, dia terus membuka pintu wad tersebut.

"Akak, doktor cakap dengan Taqim yang akak dengan baby dah boleh keluar hari ni. Dan Taqim dah urus semua bil akak." ujar Mustaqim setelah masuk ke dalam wad tersebut.

"Yeay! Kita dah boleh keluar dari hospital ni. Lepas tu, kita boleh jumpa atuk dan nenek." kata Maisara dekat anaknya yang berada dalam dukungannya itu dengan teruja.

Isteri Hanya Atas Kertas ✅Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang