Keesokan harinya...
Sampai saja di rumah family Mukhriz, Marissa terus berlari keluar untuk menjemput kakak ipar kesayangannya itu.
"Akak. Rissa rindu dengan akak. Muka akak macam berseri je. Akak dah berisi ke." kata Marissa setelah memeluk Maisara.
"Akak pun rindu dengan Rissa. Belum berisi lagi. Kalau ada pun...akak tak pasti sama ada akak dengan abang kamu masih bersama." kata Maisara pula.
"Janganlah cakap macam tu. Dahlah, jom masuk. Abang Riz dah masuk tu." kata Marissa yang ingin menukar topik lalu masuk ke dalam rumah.
🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹
"Okay. Memandangkan semua ada dekat sini, Riz nak beritahu yang Riz nak kahwin dengan Zahra." kata Mukhriz.
"Mukhriz!! Kamu cakap apa ni. Kamu sedar tak yang kamu dah ada Sara. Sekarang ni kamu nak duakan dia. Rissa...bawa kak Sara kamu keluar dulu." kata Dato' Azman dengan perasaan marah.
"Kenapa abang nak marah dengan Riz. Saya rasa apa yang Riz buat tu betul. Mesti perempuan tu tak layan anak mama kan." kata Datin Munirah yang membela anak sulungnya itu.
"Ya Allah, kenapa dengan kamu berdua beranak. Dan kamu Mukhriz, kalau nak sangat kahwin dengan Zahra pergi lah. Tapi, kalau kamu dah tahu yang mana kaca dan yang mana permata...jangan nak merayu dekat papa mana isteri yang kamu anggap atas kertas tu pergi. Taqim, jom ikut papa cari Rissa dengan kakak ipar kamu." marah Dato' Azman lalu keluar dari rumah bersama dengan anak keduanya itu.
🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹
"Akak...papa call suruh akak pergi packing barang dekat rumah abang Riz." kata Marissa sambil drive kereta.
"Kenapa?" tanya Maisara dengan perasaan ingin tahu.
"Entahlah, kak. Mungkin nak hantar akak pergi jauh tenangkanfikiran kot. Ye lah papa kan sayang sangat dekat akak. Dia tak nak akak kecewa sebab perangai abang Riz." kata Marissa pula.
ANDA SEDANG MEMBACA
Isteri Hanya Atas Kertas ✅
RomancePertemuan Maisara dengan kawan baik arwah ayahnya lalu menjodohkan dia dengan anak sulung kepada Dato' Azman iaitu Mukhriz. "Tidur dekat sofa sana. Aku tak nak tilam aku kotor sebab kau. Lepas kita pindah duduk rumah aku nanti, kau boleh tidur atas...
