"Hai, baby. Lama I tak jumpa you." kata Nizam lalu duduk di sebelah Zahra di sofa clubbing itu.
"Tak perlu nak baby sangat lah. I ni bakal isteri orang kaya tak lama lagi." kata Zahra dengan nada yang sombong.
"You yakin ke akan jadi isteri Mukhriz. I tengok Mukhriz tu nak ke tak nak layan you. Entah-entah, dia dah mula sayang dekat isteri dia." kata Nizam.
"Tak perlu nak takutkan I lah. I yakin dia masih sayangkan I." kata Zahra pula.
"Okay. I nak tengok sejauh mana you akan dapatkan Mukhriz tu. Sebab I tengok Mukhriz tu macam siasat tentang kita je." kata Nizam lalu bangun meninggalkan Zahra keseorangan di situ.
"Tak guna punya Nizam. Kalau Mukhriz tahu benda ni...siap kau." kata Zahra sendirian setelah Nizam hilang dari pandangannya.
🔸🔹🔸
Di rumah family Mukhriz...
"Riz, mama nak tanya ni....kamu ni jadi ke tak nak kahwin dengan Zahra. Family dia dah tanya bila tarikh kahwin tu." tanya Datin Munirah selepas melihat anak sulungnya duduk di sofa.
"Bagi Riz masa. Lagipun, family Zahra tu nak Riz ceraikan Sara dulu." balas Mukhriz.
"Cerai je lah perempuan tu." kata Datin Munirah dengan selamba.
"Mama ingat perkara cerai ni mudah sangat ke. Riz dah cakap, bagi Riz masa dulu. Kalau dah ada jawapan...Riz sendiri yang akan beritahu dengan mama." kata Mukhriz lalu bangun dari sofa dan pergi ke biliknya.
"Mesti perempuan tu dah bomohkan semua orang. Sebab tu semua orang tak nak dengar cakap aku." kata Datin Munirah sendirian.
Tanpa dia sedar, Mukhriz dengar segala apa yang dikata oleh mamanya itu lalu melangkah masuk ke dalam biliknya.
"Sara tak bomohkan Riz, ma. Riz sendiri yang ragu dengan hubungan Riz dekat Zahra." kata Mukhriz sendirian setelah masuk ke dalam biliknya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Isteri Hanya Atas Kertas ✅
RomancePertemuan Maisara dengan kawan baik arwah ayahnya lalu menjodohkan dia dengan anak sulung kepada Dato' Azman iaitu Mukhriz. "Tidur dekat sofa sana. Aku tak nak tilam aku kotor sebab kau. Lepas kita pindah duduk rumah aku nanti, kau boleh tidur atas...
