Masuk saja di dalam biliknya, dia terpandang sosok yang sangat dia rindu itu sedang terlena di samping puteri sulungnya itu. Dia terus pergi ke arah bidadarinya dan membelai wajah itu.
"Abang minta maaf, sayang. Abang janji, abang akan jaga sayang dengan anak kita." ujar Mukhriz lalu mengucup dahi isterinya.
Maisara tersedar dari lenanya apabila dia merasakan sesuatu yang lembut di dahinya. Buka saja matanya, dia terkejut melihat wajah tersebut dan terus bangun dari pembaringannya.
"Awak buat apa dekat sini? Diorang cakap dengan saya yang awak tak tidur sini." kata Maisara.
"Sorry...abang dah buat sayang bangun. Abang memang tidur sini selama ni. Abang tak sanggup tinggal dekat rumah kita tu." balas Mukhriz.
"Awak nak tidur dah ke? Kalau awak nak tidur, saya dengan baby Mastura tidur dalam bilik Rissa." kata Maisara lalu mengambil anaknya itu.
"Ehh...sayang tidur sini je. Biar abang je yang keluar. Kesian anak kita nak tidur. Abang pergi mandi dulu." ujar Mukhriz lalu mengucup wajah anaknya yang berada di dukungan isterinya itu.
Selepas mandi dan pakai baju, Mukhriz terus mengambil handphonenya dan berlalu keluar dari bilik tidurnya itu.
"Suka lah tu kalau daddy cium dia. Tapi, bagi mommy masa dulu untuk terima daddy dan mommy nak uji tahap kesabaran daddy kamu tu." ujar Maisara kepada anaknya.
Tanpa Maisara sedar, Mukhriz sudah mendengar semua luahan isterinya dari luar pintu biliknya.
'Abang akan berusaha dapatkan hati sayang semula. Kalau itu yang sayang nak...abang akan buat.' bisik hati Mukhriz lalu pergi ke arah bilik adiknya, Mustaqim.
🔶🔷🔶
"Abang Riz okay ke tak ni? Abang sabar je lah dengan perangai kak Sara tu dulu. Lama-lama, okay lah akak tu. Janji abang ada usaha untuk pikat hati dia semula. Kalau abang nak tahu, cenderamata yang papa bawa dari London untuk abang tu sebenarnya dari kak Sara." kata Mustaqim setelah abangnya masuk ke dalam bilik tidurnya itu.
"Betul ke? Maksudnya, jam tangan dengan kemeja yang selalu abang pakai tu dari kak Sara lah." ujar Mukhriz dengan teruja.
"Betul lah tu. Jadi, abang mesti usaha sendiri lah." balas Mustaqim lalu merebahkan badannya di atas katil.
ANDA SEDANG MEMBACA
Isteri Hanya Atas Kertas ✅
RomansaPertemuan Maisara dengan kawan baik arwah ayahnya lalu menjodohkan dia dengan anak sulung kepada Dato' Azman iaitu Mukhriz. "Tidur dekat sofa sana. Aku tak nak tilam aku kotor sebab kau. Lepas kita pindah duduk rumah aku nanti, kau boleh tidur atas...
