chapter 26

142 8 0
                                    


"Weyhhh" kata Taufiq Aiman iaitu salah seorang sahabat Khairil."lama gila kita tak jumpa"kata Khairil yang memeluk taufiq.

"Assalamualaikum" kata rizqi Zariq yang baru sampai di basement itu."uish pak ustaz kita dah sampai"kata Aqmal dan syauqi serentak.

"Hahaha weyh bodoh la" gelak taufiq ketika melihat jelingan tajam rizqi kepada syauqi dan Aqmal.

Pak!
"Aduh! Sakit lah sial" marah taufiq dan menggosok kepalanya. "Uishh polar bear dah sampai." kata Aqmal sambil memberi isyarat mata kepada taufiq

"Nangis lah kau fiq. Hahahhah" gurau Haider Anaqi yang baru sampai di basement. "Lama tak jumpa kau Rith." kata Khairil membalas pelukan sahabat lamanya.

"Hmm" gumam Harith memeluk Khairil. Tengku Harith Iskandar yang mendapat gelaran polar bear daripada Aqmal dan yang lain.

"Ni ada apa kau nak jumpa kitaorang" kata Harith serata duduk di sofa single yang berhadapan dengan Khairil.

"Anaqi kau tolong pantau CCTV dekat pintu belakang rumah daddy aku. Ketatkan lagi kawalan." suruh Khairil.

"Fiq kau tolong pantau lelaki ni" kata Khairil kepada taufiq seraya menunjukkan gambar seseorang lelaki kepada taufiq.

"Sape dia ni?" soal Rizqi ketika melihat gambar itu. "Ex fiance Medina." jawab syauqi. Pak! "Asal kau ni?!" marah syauqi kepada Aqmal. "Sesedap ABC je kau panggil Medina. Dia lagi tua dari kau tau. Kak medina lah" marah Aqmal.

"Biarlah kakak aku bukan kakak kau" kata syauqi sinis "tapi kakak ipar aku juga" jawab Aqmal.

"Dah weyh. Kau tengok beruang kutub tu dah macam nak meletup dah aku tengok" bisik taufiq Di sebelah Aqmal dan syauqi.

Syauqi dan aqmal terus menutup mulutnya menggunakan tangan. Sambil menggeleng kepala mereka.

"Kau jangan aqmal, syauqi korang berdua je budak lagi kitaorang dah 25 ke atas korang baru 25 ke bawah" sinis nada yang digunakan oleh taufiq mengejek aqmal dan syauqi.

"Biarlah aku ada pangkat. Kau ada ke?" jawab syauqi dibalas anggukan aqmal tanda setuju dengan sahabat baiknya.

"Ada aku Leftenan Muhammad Taufiq Aiman TLDM.Kau apa?" soal taufiq setelah menjawab soalan syauqi.

"Aku? Aku Leftenan Muda Ahmad Syauqi Mu'afa bin Ahmad Syafiq Mu'adz TDM" jawab syauqi sinis

"Kau? Kau apa?" tanya taufiq sambil menunjuk ke arah aqmal yang sedang duduk di sebelah syauqi.

"Aku ASP Muhammad Khalif Aqmal lah...UTK tauuu" jawab aqmal bangga. "Woi! Dah lah lain orang bincang lain yang korang bincang" marah rizqi dengan jelingan tajam.

"Uish Abe kiki tite dah maghoh lah.... Tacut tite" ejek taufiq ketika melihat muka serius rizki. "Dah lah. Diam boleh tak. Khai tak habis cakap lagi" marah Harith dingin.

"Dah lah Rith. Jangan gaduh, aku ok" kata Khairil memujuk Harith sambil memecit pangkal hidungnya.

"Kenapa? Kau tak sihat ke? Nampak macam serabut ja" soal Rizqi ketika melihat muka penat Khairil. Khairil menggeleng kepala perlahan.

"Takde lah. Kan aku dah berhenti pilot. Daddy suruh sambung company dia. Tu yang pening sikit kepala." jawab Khairil menyebak rambutnya kebelakang.

"Jangan stress sangat. Kau pun jangan workaholic sangat. Ingat bini kat rumah tu" Nasihat Harith kepada sahabatnya.

"Hmm.tak cuma penat sikit. Tolong uruskan pasal mamat tu. Kau tolong lah tengokkan diorang buat kerja." jawab Khairil sambil memejamkan matanya.

"Kau ambil company daddy?" soal aqmal kepada Khairil. "Hmm" gumam Khairil menjawab soalan adiknya.

"Kau ni adik kau tanya jawablah elok elok" sahaja taufiq memanaskan Khairil yang terlihat serabut. Dia tersenyum sinis melihat Khairil yang sudah tertidur.

"Dah diam. Dia penat tu" suruh Harith dingin kepada taufiq yang masih ingin bercakap.Taufiq yang ingin bercakap terus mencebik ketika dimarahi Harith.

To be continue......

My Beloved Husband [OG]Where stories live. Discover now