"Tulah kamu lain kali beringat diritu bukannya bujang lagi dah berkahwin. Kamu tu jenis kulit buaya" sindir tan sri kashfi ketika melihat anaknya menunduk."Yeee khai tak buat lagi dah lepas ni" jawab Khairil seperti kanak kanak yang baru sahaja dimarahi ayahnya.
"Dah pergi naik tidur.jangan buka aircond kuat kuat. Kipas pun, kalau dah buka aircond tak perlu buka kipas. Kalau buka kipas tak perlu buka aircond" nasihat tan sri kashfi lagi sebelum melangkah pergi.
Khairil melangkah masuk ke dalam biliknya. Khairil membaringkan dirinya di sebelah Medina. Dia memeluk badan Medina yang panas. Tidak lama kemudian dia pun tertidur.
"Mama jangan tinggal Medina! Mama! Mama! Mamaaa!" Medina terbangun dari tidurnya kerana terkejut. Dia memandang sekeliling terlihat Khairil sedang tidur di sebelahnya.
Khairil yang merasakan tempat disebelahnya kosong mencari isterinya. "Sayang, sayang kat mana?" soal Khairil dengan suara seraknya.
"Syifaa Medina awak kat mana?!" soal Khairil lagi ketika tidak melihat kelibat isterinya di dalam bilik. Di wardrobe, tiada. Di bilik air, tiada. Di balkoni, tiada.
Khairil melangkah keluar daripada bilik dan pergi ke dapur. Terlihat Medina sedang minum sambil termenung.
Khairil memeluk pinggang Medina daripada belakang. Medina berasa terkejut ketika pinggang nya dipeluk tiba tiba.
"Sayang buat apa?kenapa tak kejut abang?" tanya Khairil tangannya masih memeluk pinggang Medina.
"Syifaa nak minum air jadi syifaa turunlah. Syifaa tengok abang macam penat sebabtu syifaa tak kejut abang. " jawab Medina sambil memusingkan tubuhnya menghadap Khairil.
"Kenapa ni? Hm? Share dekat abang kalau sayang ada masalah." ujar Khairil ketika isterinya merenung wajahnya dengan pandangan yang berbeza daripada selalunya.
"Nothing. Cuma rindu mama and baba" jawab Medina bersama senyuman. "Sayang tak sihat lagi? Panas lagi badan sayang ni" kata khairil melekapkan belakang tangannya di dahi Medina.
"Woi! Kau nak dating pun dalam biliklah. Asal kau dating kat sini ngah." sergah aqmal sambil menutup matanya menggunakan tangan syauqi yang berdiri di sebelah aqmal.
"Beria siak kau ni" marah syauqi seraya menolak kepala aqmal menggunakan jari telunjuknya. "Alah bukan selalu" kata aqmal lalu menjeling ke arah syauqi.
"Kenapa? Akak demam ke? Dah makan ubat?" soal syauqi bertubi tubi. "Haah tapi dah elok sikit tadi dah makan ubat. " jawab Medina.
"Ni korang berdua buat apa kat sini pagi pagi buta ni?" soal Khairil garang. "Baru balik dari lepak mamak gi dapur nak ambik jajan sikit" jawab aqmal dan melangkah ke arah kabinet dapur.
"Akak dengan abang ngah naik dulu ye. Selamat malam." ucap Medina dan melangkah bersama Khairil naik ke atas.
Khairil menjeling ke arah jam di dinding menunjukkan jam 3.48 pagi. "Jom solat tahajjud dulu" ajak Khairil kepada Medina. Khairil melangkah masuk ke dalam bilik air diikuti Medina.
"Abang syifaa tidur dulu lah." kata Medina selepas selesai menunaikan solat tahajjud dan membaringkan dirinya di atas katil. Tidak lama kemudian Medina hanyut ke alam mimpi.
Khairil melangkah ke arah katil dan membaringkan tubuhnya disebelah Medina. "Stay strong and stay health sayang" bisik Khairil disebelah Medina. Tidak lama kemudian Khairil pun hanyut ke alam mimpi.
Bunyi alarm telefon menyedarkan khairil dari tidurnya. Khairil melangkah masuk ke dalam bilik air untuk mengambil wuduk.
"Sayang bangun jom solat subuh." khairil mengejut Medina bangun.
Tanpa menyentuh Medina. Medina melangkah dengan mamai ke bilik air.Selepas menunaikan solat subuh. Mereka turun ke bawah untuk membuat sarapan. "Angah, Syifaa awalnya kamu bangun." tegur tan sri kashfi.
Khairil hanya tersenyum kecil. "Syifaa macam mana? Dah ok? Ada rasa sakit ke pening?" soal puan sri Fatimah yang baru masuk ke dapur.
"Dah ok mummy. Cuma pening sikit je" jawab Medina yang menyendukkan nasi goreng ke dalam pinggan.
To be continue.......
YOU ARE READING
My Beloved Husband [OG]
Romance"baby you kata nak ceraikan isteri you ni"-??? "Tunggu lah sayang nanti i ceraikan dia"-Khairil "Sampai hati abang buat syifaa macam ni!"-Medina TYPO YG SNGT BANYAK!!! SNGT CRINGE!!! KATA² KASAR!!! kalau nak baca sila baca, tapi kalau nak judge...