chapter 1

600 21 0
                                    

Medinaaaa!!!" jerit Puan Sri Rozana, ibu tiri Medina. Medina yang sedang bersiap mengeluh perlahan

"Ya ibu" jawab medina yang baru sahaja bersiap untuk ke tempat kerja

"Aku bukan ibu kau jangan panggil aku ibu! Panggil aku Puan Sri" jerkah Puan Sri Rozana.Puan Seri Rozana menarik rambut Medina yang sudah kemas diikat

"Puan Sri sakit Puan Sri. Jangan buat saya macam ni Puan Sri" rayu Medina sambil menangis teresak-esak

"Diam! Kau cuci piring piring ni sampai bersih lepastu masakkan aku sarapan. Lepastu siapkan kerja rumah yang lain! " jerkah Puan Sri Rozana lagi. Puan Sri Rozana melangkah pergi menuju ke ruang tamu meninggalkan Medina yang menangis teresak-esak

Medina mengesat air matanya dengan belakang tapak tangannya. Dia mengambil span dan mula mencuci piring. Selepas siap mencuci piring Medina menyiapkan sarapan yang diminta Puan Sri Rozana. Setelah selesai melakukan kerjanya Medina mencapai kunci kereta Honda City yang dibeli olehnya dengan hasil kerjanya

Setelah sampai di Gleneagles Hospital. Medina mengunci keretanya dan melangkah masuk ke dalam hospital
Jam menunjukkan pukul 7.15 pagi
Medina melangkah ke arah lif untuk ke kafeteria yang berada di tingkat satu untuk bersarapan.

"Kak misya! " panggil Medina gembira "ya doktor nk order apa? " gurau Kak misya, penjaga kafeteria yang akrab dengan Medina. "Saya nak nasi lemak ayam 1 dengan hot coklat 1 tu je" pinta Medina "ok syifa, semua sekali RM 10.00" ucap kak misya "nah saya duduk dekat tempat biasa ye" kata Medina selepas menghulur not 10 ringgit

Medina melabuhkan duduk di meja makan yang biasanya dia duduk untuk makan di kafeteria. Pagi ini kafeteria sedikit ramai dengan doktor dan jururawat yang bersarapan "assalamualaikum, selamat pagi doktor berseri saya tengok muka doktor. Boleh saya duduk" ucapan Aqilah iaitu jururawat yang sentiasa membantu Medina "duduklah Aqilah. Saya pun sorang je" jawab Medina

"Doktor Medina! Doktor ada emergency surgery, doktor diminta untuk mengetuai pembedahan pagi ni sebab doktor Luth tak dapat datang" panggil Dahlia iaitu jururawat yang sentiasa bersama membantu Medina "baik sediakan bilik pembedahan dan jururawat yang patut ada" ucap Medina sedikit tegas. Medina melangkah keluar dari kafeteria untuk mengambil kot doktornya dan barang barang yang perlu dibawa ke bilik pembedahan

To be continue......

My Beloved Husband [OG]Where stories live. Discover now