"Sayanggg" panggil Khairil lembut. Sepi. "Kenapa sayang buat macamni?" soal Khairil lembut. 'Bukan syifaa yang buat abang.... An-Nur yang buat! 'Jerit Medina di dalam hati.'Jangan bising Medina. Kalau tak nak benda sama jadi. Aku boleh sakitkan tubuh ni juga.'marah An-Nur kepada Medina yang meraung raung di dalam tubuh itu.
"Sayanggg, jawab soalan abang please. Jangan buat abang macamni" pujuk Khairil sambil mengusap tangan isteri nya yang berbalut dengan bandage.
'Bagi aku keluar sekejap Nur.'bisik Medina. 'Sekejap je' tegas An-Nur dan memberi ruang untuk Medina.
"Abanggg, syifaa rindu abang" kata Medina terus memeluk tubuh suaminya. Khairil menyeimbangkan badannya yang hampir jatuh.
"Kenapa ni? Abang ada je depan syifaa" tanya Khairil membalas pelukan erat isterinya. "Abang tolong ambikkan pil dalam laci.dengan air" bisik Medina di telinga Khairil.
Khairil menarik laci nightstand dan mengambil ubat Medina. Lalu mengeluarkan dua biji seperti yang diminta Medina. Kemudian dia menghulur air botol yang disediakan di dalam bilik.
Medina menelan paksa ubat itu. 'Arghhh!!. Bodoh Medina kau makan ubat!. Kau kata sekejap!' jerit An Nur di dalam diri Medina.
Medina hanya diam menenangkan dirinya dipelukan Khairil. "Abang sayang syifaa tak?" soal Medina tiba tiba.
"Kenapa tanya macam tu? Mestilah abang sayang isteri abang ni. Kenapa hm?" soal Khairil seraya mengusap belakang isterinya.
"Jangan tinggalkan syifaa tau. Syifaa sayang abang." kata Medina yang masih berada di dalam pelukan Khairil
"Ye sayang. Baju sayang dah ambil dengan mummy kan?" soal Khairil. "Dah.baju abang pun dah ambil sekali. Cantik. Lagi cantik dari dalam gambar." jawab medina teruja.
"Abang nak tengok tak?" soal Medina seraya melepaskan pelukan Khairil. "Boleh" jawab Khairil.
"Jom!" ajak Medina dan menarik tangan Khairil menuju wardrobe mereka. "Cantiknya, sayang" kata Khairil selepas melihat dress biru istrinya.
"Mestilah. Kan abang yang pilih." jawab Medina dan menyimpan semula dress itu di dalam almari.
"Kenapa simpan. Abang tak habis tengok lagi." kata Khairil ketika melihat Medina menyimpan dress itu.
"Esok abang tengok lah. Tadi kan syifaa pergi jalan jalan. Syifaa ada jumpa dengan seseorang. Kawan lama syifaa." teruja syifaa membuka cerita.
Dia menarik tangan Khairil keluar dari wardrobe dan melangkah ke arah sofa.
"Siapa kawan sayang tu?" soal Khairil ketika Medina sudah duduk."Nama dia Taufiq Aiman. Dia sekarang kerja tentera tapi syifaa tak tau tentera apa." kata Medina sambil bermain dengan cincin dijari suaminya.
"Ouh nama dia Taufiq Aiman. Jumpa kat mana? "soal Khairil. " kat Pavillion" jawab Medina seraya melentokkan kepalanya di bahu Khairil.
"Aik? Jauh nya sampai Pavillion." kata Khairil. "Ermmm.tapi kan abang dia tak pergi sorang. Dia pergi dengan kawan dia. Nama kawan dia rizqi apa entah. Dah lupa. Hehe" kata Medina bersemangat semula.
"Tadi abang pergi mana? Kenapa tinggalkan syifaa.?" soal Medina dengan nada sedih.
"Abang pergi jumpa kawan lepastu teman syauqi dengan aqmal pergi beli kasut futsal sekejap." jawab Khairil sambil mengusap kepala Medina.
Mereka kembali senyap. Khairil teringat tentang ubat yang dimakan Medina tadi. "Sayang,abang nak tanya. Ubat apa yang sayang makan tadi? " soal Khairil.
Medina yang berada dipangkuan Khairil berpura pura tidur untuk mengelak ditanya tentang ubat tadi. Khairil berasa hairan kerana Medina senyap sahaja.
"Sayang" panggil Khairil. Dia menunduk sedikit untuk memandang wajah Medina. 'Lah tidur. Tadi bukan main bercerita.'desis Khairil di dalam hati.
To be continue......
YOU ARE READING
My Beloved Husband [OG]
Romansa"baby you kata nak ceraikan isteri you ni"-??? "Tunggu lah sayang nanti i ceraikan dia"-Khairil "Sampai hati abang buat syifaa macam ni!"-Medina TYPO YG SNGT BANYAK!!! SNGT CRINGE!!! KATA² KASAR!!! kalau nak baca sila baca, tapi kalau nak judge...