chapter 25

124 9 0
                                    


"Mal dah nak balik kem hujung bulan ni" kata aqmal memecah kesunyian. "Syauqi pun dah kena balik kem hujung bulan ni" kata syauqi juga.

"Nanti kalau cuti syauqi datanglah sini. Buat je macam rumah sendiri." ajak Puan sri Fatimah kepada syauqi.

"Insya Allah aunty. Kalau ada masa saya datang sebab rumah kosong." jawab syauqi seraya menyuap nasi goreng ke dalam mulut.

"Ha angah dengan syifaa. Persiapan dah siap?" soal tan sri kashfi kepada Khairil dan Medina.

"Dah daddy. Semua dah settle tinggal ambik baju je kat butik." jawab Khairil yang baru selesai makan.

Setelah mereka semua selesai makan Medina menyuruh semua untuk duduk di ruang tamu dan membiarkan dirinya membersihkan dapur sendiri.

Tetapi Khairil tetap membantu medina walaupun sudah ditegah."abang pergilah duduk depan"suruh medina kepada Khairil.

"Tak nak abang. Baik teman sayang kat dapur. Nanti boleh abang sweet sweet dengan sayang."usik Khairil yang sedang mengelap meja makan.

"orang serius dia main main pula" marah medina. "Eh mana ada abang main main. Abang serius lah." jawab Khairil bersama kekehan kecil.

"Dah diam. Syifaa nak basuh pinggan ni."suruh medina dan menyambung kerjanya. Khairil yang baru selesai mengelap meja makan duduk di Island table sambil bermain telefon menunggu isterinya siap menyelesaikan kerjanya

Medina memandang ke arah luar tingkap yang menghadap dengan taman belakang rumah dan pintu pagar belakang. Terlihat satu sosok tubuh yang sangat dikenalinya.

Pranggggg!!!
Pinggan yang berada di pegangan medina jatuh dan berkecai di lantai. Medina memandang semula ke arah pintu pagar melihat sosok lelaki itu telah hilang dari pandangannya.

"Hei, kenapa ni? Hm?" soal Khairil menarik tangan isterinya untuk duduk di Island table. "Takde pape lah. Syifaa terleka tangan kan licin jatuh lah pinggan tu" tipu medina.

"Biar abang kemas." kata Khairil dan melangkah ke arah stor untuk mengambil penyapu."tak payah syifaa je yang kemas. Abang buat kerja lain." tegah syifaa kepada Khairil.

"Jangan degil syifaa biar abang buat" kata Khairil tegas. "Biar syifaa kutip yang besar abang sapu yang kecil kecil" suruh syifaa.

"Tak payah degil boleh tak syifaa" marah Khairil. Tetapi medina tetap mengabaikan tegahan Khairil. Khairil menggeleng kepala dengan sikap degil medina.

"Shhhh" medina mendesis perlahan kerana jarinya terkena serpihan kecil kaca. "Kan abang dah cakap tak payah buat! Apa degil sangat syifaa ni?! " marah Khairil dan menarik tangan isterinya ke singki untuk mencuci darah.

Khairil melangkah mengambil first aid yang berada di atas kabinet dapur. Dia membuka first aid itu dan mengambil ubat untuk merawat luka medina.

"Syifaa pergi naik dulu nanti abang datang" suruh Khairil senada. Medina melangkah keluar dari dapur untuk naik ke tingkat atas.

Khairil mengemas serpihan serpihan kaca di pantai itu. "Shhh, aku pulak kena kaca ni" gumam Khairil perlahan.
Dia menyelesaikan tugas membasuh pinggan tadi dan menyimpan first aid di tempat asalnya.

Khairil memandang ke arah pintu pagar belakang rumah dan tersenyum sinis. Khairil melangkah ke arah ruang tamu untuk bertemu dengan rakannya.

"Mummy khai nak pergi jumpa kawan jap" kata Khairil dan mencapai kunci motornya. Aqmal dan syauqi yang mengetahui isyarat mata Khairil pun mengambil kunci motor mereka yang tergantung di penggantung kunci.

"Mal dengan Qi ikut angah eh mummy daddy, bye" kata Aqmal dan mengejar langkah Khairil. Mereka mengejar motor Khairil yang sudah laju kedepan.

To be continue......

My Beloved Husband [OG]Where stories live. Discover now