Sampai sahaja dihadapan rumah mewahnya Mateen terus turun dari kereta. Pintu sebelah penumpang dibuka lalu tali pinggang Diana ditanggalkan.
Mateen membongkok sedikit dan tubuh Diana diangkat dengan mudah kerana tubuh Diana ringan. Beg tangan dan kasut tumit tinggi Diana diambil dan pintu kereta ditutup. Dia menapak ke pintu rumah yang sudah dibuka oleh pembantu rumah.
Kasut Diana diberikan kepada pembantu rumah untuk diletakkan di rak kasut. Mateen masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke tangga. Belum sempat kaki menaiki anak tangga suara deheman seseorang mematikan langkahnya.
Tubuh dipusingkan ke arah suara itu. Kelihatan seorang wanita separuh baya sedang berdiri anggun di tengah ruang tamu.
Wajah wanita itu masih kelihatan cantik walaupun sudah berusia. Di tangan ada satu mug berisi air panas. Mateen melangkah mendekati wanita itu. Kedudukan Diana di pangkuan dibetulkan.
"Anak dara siapa kamu bawa balik? Dah berapa lama kamu buat macam ni? Berani betul kamu bawa anak dara orang balik rumah kamu sekarang?" Puan Sri Hannah dengan nada tegas. Mateen hanya berdiam diri.
"Sampai kamu nak bawa dia naik atas. Kamu nak letak dia dekat mana? Bilik kamu? Banyak sangat dah pahala kamu sampai kamu nak cari dosa pula sekarang?" pedas perlian Puan Sri Hannah bila tiada balasan dari Mateen.
Dia tidak menyangka anak kesayangannya sanggup membuat perkara sebegitu di belakangnya. Sangkanya Mateen tidak akan membuat begitu tapi sangkaannya salah. Dia tahu anaknya suka menukar pasangan seperti menukar baju tapi dia tidak pernah terfikir hingga ke tahap ini.
Mata tajam menikam wajah Mateen dan wajah cantik Diana yang berada dalam dukungan Mateen. Diana masih tidur dengan lena. Dia seperti pernah nampak wajah Diana tapi dia tidak ingat dimana.
"Bila Mummy sampai?" soalan dijawab dengan soalan. Mateen memandang wajah mummy nya dengan riak tenang. Langsung tidak terasa dengan perlian Puan Sri Hannah.
"Don't try to change the subject, sweetheart. You know I don't like that. Answer my questions," mug yang berada di tangan dia letak diatas meja kecil yang berada di tengah ruang tamu. Wajah kacak anaknya dipandang semula.
"She's my girlfriend and her name is Diana. No she's not sleeping in my room. Diana akan tidur dekat sebelah bilik Mateen," dia tidak akan beritahu Puan Sri Hannah jika sebelum ini dia pernah tidur sekatil dengan Diana.
Itupun sebab dia sendiri yang pergi tidur di sebelah Diana sewaktu Diana sudah lena dibuai mimpi. Mahu dia kena siram dengan air minuman Puan Sri Hannah.
"I know is wrong but she needs to be by my side," Mateen menaiki anak tangga dan masuk ke dalam bilik yang berada disebelah biliknya.
Puan Sri Hannah hanya memerhati anak tunggalnya menaiki anak tangga. Kepala digelengkan dan nafas dihembus perlahan. Tidak tahu apa nak jadi dengan anak tunggalnya itu.
Bukan dia tidak nasihat malah sudah berbuih mulut dia menasihati Mateen tapi anaknya keras kepala sama seperti arwah suaminya. Sehingga dia tidak tahu lagi bagaimana hendak menasihat anaknya itu.
Sampai di bilik perlahan-lahan Mateen meletakkan tubuh Diana diatas tilam empuk bersaiz king. Selimut tebal ditarik hingga ke paras dada.
Rambut yang menutupi separuh wajah Diana diselak dan dia selit belakang telinga. Mateen menundukkan badan lalu dahi Diana dikucup lembut agar tidur Diana tidak terganggu dan terjaga dari lenanya.
Lampu tidur yang ada di nightstand dimalapkan sebelum dia menapak keluar dari bilik itu. Pintu bilik Diana ditutup rapat dan dia melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya.
YOU ARE READING
His Girl
Romance"Either you like it or not you have to follow all my rules. Me speak you listen" - Mateen "Make me if you think that you can control me" - Diana Mateen merupakan pewaris keluarga yang mempunyai empayar di dalam dan diluar negara Malaysia. Semua wani...