Mateen berdiri di hadapan cermin. Coat di badan dibetulkan. Puas hati dengan penampilannya Mateen keluar dari bilik tidur dan menuruni anak tangga untuk ke ruang dapur.
Kelibat mummy nya tidak kelihatan. Bila ditanya pada pembantu rumah katanya Puan Sri Hannah sudah pergi ke butik kerana ada client yang ingin berjumpa dengannya.
Kerusi ditarik oleh pembantu rumah dan dia melabuhkan punggung. Makanan yang terhidang diatas meja dilihat. Dia menunjuk ke arah nasi goreng dan pembantu itu meletakkan nasi goreng itu ke dalam pinggannya.
Selesai makan Mateen terus melangkah ke ruang tamu dan mengambil briefcase diatas sofa. Sampai di pintu dia memakai kasut dan terus masuk ke dalam perut kereta.
Keretanya laju membelah jalan menuju ke syarikat milik keluarganya. Apabila sampai di syarikat, dia meletakkan keretanya di tempat yang telah dikhaskan hanya untuk keretanya.
Dia berjalan masuk dengan muka yang dingin. Pekerja yang melihatnya langsung tidak dipedulikan. Ada yang mengucapkan selamat pagi kepadanya dan hanya dibalas dengan anggukkan.
Dia masuk ke dalam lif yang hanya boleh digunakan oleh Mateen dan orang yang rapat dengannya untuk menuju ke ruang kerjanya yang berada di tingkat paling atas iaitu tingkat 20.
Mateen keluar dari lif setelah sampai di tingkat 20. Dia berjalan dengan penuh bergaya. Para pekerja di tingkat itu semuanya mengucapkan selamat pagi kepadanya.
Dia hanya membalas dengan menganggukan kepala seperti di bawah tadi. Seorang wanita berjalan ke arahnya.
"Tuan Mateen, selamat pagi. Tuan nak saya sediakan air atau tidak?" Lisa berdiri bila Mateen mendekati dan berdiri dihadapan mejanya.
Sudah menjadi kebiasaan dia akan tanya dahulu pada Mateen kerana bukan setiap hari Mateen mahu dia buatkan air panas.
"No need. Hari ni awak tak perlu buatkan air untuk saya. Just come into my room," Mateen melangkah pergi ke biliknya selepas dia memberi arahan kepada Lisa.
Mateen melihat namanya yang ada di pintu bilik pejabatnya dan dibawah nama itu terdapat perkataan CEO. Senyuman sinis terukir dibibir. Kaki dilangkah ke meja kerja dan diikuti oleh Lisa dari belakang.
Punggung dilabuh pada kerusi empuk yang ditempah dari luar negara. Beberapa fail dan kertas kerja tersusun rapi diatas meja mahoganinya.
"Tuan, ada beberapa perkara penting yang saya harus beritahu kepada tuan," Lisa memulakan bicara setelah melihat Mateen duduk. Dia membuka tab dan melihat jadual Mateen di dalam tab itu. Sekarang sudah senang semua dihujung jari.
"Proceed," ujar Mateen. Dia fokus menyiapkan kerjanya. Hanya telinga sahaja yang mendengar apa yang dikatakan oleh Lisa.
"Tuan akan ada meeting dengan managers dari semua cawangan dan selepas meeting dengan manager, tuan ada meeting dengan semua department," Lisa membaca nota yang berada di dalam tab itu.
Mateen menggulingkan anak mata. 'Baru masuk pejabat dah kena attend meeting' Dia mengetuk jari diatas meja.
"Ouh ya Puan Sri dijemput untuk hadir ke fashion show yang diadakan oleh pereka fesyen Datin Leanne. Selepas fashion show tu akan ada dinner sekali. Puan Sri minta tuan dan Tuan Adrian untuk hadir bersama dengan Puan Sri. Datin Leanne telah menetapkan tema untuk dinner mereka dan temanya ialah mystery," terang Lisa.
Senyuman sinis terukir dibibir Mateen. 'Mystery. Interesting.'
"Bila fashion show tu akan diadakan?" soal Mateen.
YOU ARE READING
His Girl
Romance"Either you like it or not you have to follow all my rules. Me speak you listen" - Mateen "Make me if you think that you can control me" - Diana Mateen merupakan pewaris keluarga yang mempunyai empayar di dalam dan diluar negara Malaysia. Semua wani...