Ryder membuka pintu rumah dengan kasar. Seperti mahu tercabut pintu itu Ryder buat. Terkejut anak buahnya yang sedang duduk di ruang tamu.
Wajah tegang Ryder membuatkan mereka menelan air liur. Siapa yang berani buat boss mereka marah sehingga begini. Mereka memandang antara satu sama lain. Ryder mendekati mereka.
"Mana perempuan tu?" soal Ryder dengan nada dingin. Salah seorang dari mereka menunjukkan ke arah ruang makan. Ryder berjalan ke bahagian ruang makan.
Dia melihat Irene sedang duduk seorang diri di meja makan. Dia sedang menikmati makanan yang dihidangkan diatas meja makan.
Irene didekati lalu Ryder menepuk kuat meja makan sehingga bergema ruang makan itu. Tersedak Irene dibuatnya. Gelas yang berada dihadapannya diambil lalu air diminum dengan rakus untuk menghilangkan rasa sakit.
Ryder hanya membiarkan sahaja. Langsung tiada rasa untuk membantu Irene meredakan batuknya. Matanya tajam memerhatikan tingkah Irene.
Irene mengusap perlahan dadanya. Setelah rasa sakit yang dialami sedikit berkurangan, Irene menoleh memandang tajam wajah Ryder.
"You nak I mati ke," Irene meninggikan suara. Rasa marah bila Ryder langsung tidak membantu ketika dia tersedak tadi.
"Kau rasa?" Ryder menyoal tanpa nada. Soalan Irene dia abaikan. Irene menjeling Ryder. Baki air yang ada di dalam gelas dia minum sehingga habis.
"Kau buat apa tengah hari tadi?" Ryder bersuara dingin.
"Mana ada I buat apa-apa. Ouh I ingat. I pergi berjalan happy kan diri I," Irene menjawab selamba. Mata memandang wajah Ryder dengan riak tenang.
"Jawab atau aku buat benda yang sama dekat kau," Ryder mengugut bila Irene masih ingin bermain tarik tali dengannya.
"Fine. Dia jadi macam tu disebabkan I," Irene berkata tanpa rasa bersalah. Riak wajah juga tidak menunjukkan rasa bersalah dengan apa yang keluar dari bibirnya. Ryder mengetap rahang menahan marah.
"Tapi bukan I yang buat semua tu. I upah anak buah you untuk letupkan kereta dia and he did a great job," senyuman sinis terukir di bibir Irene.
"So you tak boleh marah atau salahkan I. You patut marah dekat anak buah you tu sebab dia yang dah letupkan kereta perempuan tu," Irene menyandarkan badan di kerusi.
Senyuman sinis masih terukir di bibir sambil mata memandang wajah tegang Ryder.
"Mana pergi otak kau?! Kau tahu tak benda yang kau buat tu boleh menyebabkan dia dengan orang lain mati!" jerkah Ryder. Mati terus senyuman sinis yang terukir di bibir Irene.
Dia berasa tidak puas hati apabila dia dijerkah oleh Ryder. Dia bangun dan berdiri di hadapan Ryder. Langsung tiada riak takut di wajah Irene.
"Yes! I memang nak dia mati! And I don't care kalau orang lain pun mati sekali yang penting I tak nak perempuan tu ada lagi dekat atas muka bumi ni," Irene turut meninggikan suaranya.
"Kenapa you nak backup dia? You are supposed to help me. Be on my side. Bukannya marah I sebab I nak bunuh perempuan tu," dia tidak puas hati melihat Ryder seperti membela Diana dan memarahi dirinya.
"Bodoh kau tu simpan sikit. Jangan nampakkan sangat bodoh kau tu. Lain kali kalau nak buat sesuatu tu guna akal bukan ikut emosi kau yang tak berapa nak betul tu," kata-kata yang dilontarkan oleh Ryder membuatkan Irene rasa seperti ingin menumbuk wajah kacak lelaki itu.
Irene menatap tajam anak mata Ryder. Tanpa banyak kata Irene terus keluar dari ruang makan. Kunci kereta yang berada diatas almari diambil lalu dia keluar dari rumah. Pandangan mata yang lain langsung tidak dihiraukan.
YOU ARE READING
His Girl
Romance"Either you like it or not you have to follow all my rules. Me speak you listen" - Mateen "Make me if you think that you can control me" - Diana Mateen merupakan pewaris keluarga yang mempunyai empayar di dalam dan diluar negara Malaysia. Semua wani...