BAB 18

170 9 4
                                    

Diana duduk di kerusi yang disediakan oleh pihak studio. Tangan sedang sibuk scroll feeds di Instagram. Melihat perkembangan semasa dan melihat rakan-rakan model yang lain update mengenai mereka.

Dia membiarkan makeup artist menyolek wajah cantiknya. Lebam di tepi bibir sudah berkurangan dan ditutup dengan foundation.

Sesekali kepalanya bergerak ke kiri dan ke kanan kerana rambutnya sedang di dandan oleh pedandan rambut.

Hari ini dia ada photoshoot untuk satu jenama pakaian yang terkenal. Dia perlu bergambar bersama dengan Aisy model lelaki yang sedang meningkat naik.

Dia perasan dari mula dia sampai di studio hingga sekarang Aisy sering memandangnya. Ada juga Aisy cuba untuk berbual dengannya tapi Diana hanya membalas sepatah-sepatah. Tidak berminat untuk berbual dengannya.

Dia tahu mengenai perangai Aisy yang pantang nampak wanita cantik. Selain dari dikenali sebagai model, Aisy juga terkenal dengan perangai playboy.

Diana mahu sesi pengambaran ini cepat selesai kerana badannya sudah penat. Dia bangun setelah wajahnya telah siap disolek.

Kaki melangkah ke ruang ke ruang bergambar. Dia melihat Aisy berjalan mendekatinya dengan senyuman manis terukir di bibir.

"Hey pretty," tutur Aisy setelah dia berdiri betul-betul dihadapan Diana. Diana tidak menjawab sebaliknya dia memutarkan anak mata tanda dia menyampah dengan ayat manis yang keluar dari mulut Aisy.

Jurukamera memberi arahan bagaimana mereka harus posing untuk mendapatkan gambar yang cantik. Semasa mereka sedang fokus tiba-tiba Diana merasa ada tangan yang merangkul pinggangnya.

"If you don't want to lose your hand, don't touch me," Diana dengan nada dingin. Hanya dia dan Aisy sahaja yang mendengar suaranya. Dia tidak mahu orang lain tahu kerana dia malas nak menghadap masalah yang lain.

"Garang. I suka perempuan yang garang ni," Aisy mengangkat kedua tangan dari pinggang Diana lalu dia mengeyit sebelah mata.

Tanpa sedar jam sudah menunjukkan pukul 9 malam. Habis sahaja photoshoot Diana terus berjalan ke sebuah meja dan mengambil beg tangan bersama telefon seraya berjalan keluar dari studio.

Di luar studio dia melihat ada beberapa orang sedang bersembang. Ada juga yang sedang berdiri di tepi bangunan sambil menghisap rokok.

"Bye Misha. I balik dulu okay," pamit Diana. Dia melambaikan tangan pada Misha yang merupakan makeup artist yang menghias wajahnya tadi.

Diana berdiri agak jauh dari mereka. Dia tidak membawa kereta hari ini kerana dia malas hendak memandu. Dia mengeluarkan telefon dari beg tangan.

Belum sempat dia ingin menghantar mesej kepada Tya untuk mengambilnya, dia perasan ada seseorang berdiri di sebelahnya. Dia tidak perlu menoleh kerana dia sudah tahu siapakah orang itu.

"Wanna ride with me?" ajak Aisy dengan nada menggoda. Berharap Diana setuju untuk pulang bersamanya.

Dari tadi dia cuba untuk rapat dengan Diana tetapi Diana sering tidak menghiraukan dirinya. Setiap kali dia cuba masuk jarum pasti wanita itu tidak melayannya.

Belum sempat Diana menjawab, ada sebuah kereta mewah menghampiri mereka berdua dan berhenti betul-betul di hadapan mereka.

Senyuman senget terukir di bibir Diana. Dia sangat kenal dengan kereta mewah yang ada di hadapan mereka. Kepala ditoleh pada Aisy.

"No thanks. My boyfriend dah sampai," Diana terus masuk ke dalam kereta dan kereta itu meluncur pergi meninggalkan Aisy yang terpinga-pinga.

Mateen mengambil tangan Diana lalu mengucup lembut kekura tangan Diana. Jari mereka ditaut kemudian Mateen meletakkan tangan mereka di pehanya.

His GirlWhere stories live. Discover now