BAB 23

101 8 1
                                    

Tya berjalan keluar dari sebuah kedai kasut. Sekarang dia berada di dalam shopping mall. Tadi semasa dia sedang berjalan, dia melihat ada satu kasut yang menarik perhatiannya.

Terus kakinya melangkah masuk ke dalam kedai dan membeli kasut itu tanpa berfikir dua kali. Harga kasut tersebut pun dia tidak lihat. Dia tahu harga kasut itu semasa dia ingin membuat bayaran tetapi dia tidak kisah kerana dia mampu.

Diana sedang duduk seorang diri di sebuah kafe sambil bermain telefon. Orang sekeliling yang sesekali memandang ke arahnya langsung tidak dihiraukan. Maklumlah dia kan model terkenal.

Tya melabuhkan punggung di sebelah Diana. Tadi Tya ada mengajaknya untuk menemani dirinya membeli belah tetapi ditolak oleh Diana kerana dia tahu Tya kalau sudah masuk ke dalam satu kedai dah satu jam pun belum tentu dia jumpa jalan keluar dari kedai itu.

Hanya beberapa kali sahaja Tya masuk ke dalam kedai tidak sampai 15 minit kerana dia sudah tahu apa yang ingin dibeli. Contohnya seperti beli kasut tadi.

"Aku nak tanya kau something ni," Tya melihat wajah cantik Diana. Diana berdeham perlahan lalu dia berhenti bermain telefon dan memberi fokus pada Tya.

"Kau keluar dengan aku ni, Mateen tahu tak? Setahu aku dia tak bagi kau keluar tanpa ada dia kan?" Diana terus menggulingkan mata.

Terbit rasa bosan saat dia mendengar nama Mateen disebut oleh Tya. Macam tak ada nama orang lain untuk disebut. Tergelak Tya melihat reaksi wajah Diana.

"Dah kenapa pula aku nak kena beritahu dia? Dia bukannya tunang atau suami aku pun sampai nak kena beritahu dia mana aku pergi," air diatas meja dia ambil lalu dia minum. Tya menggelengkan kepala.

"Really, sayang?" tegur satu suara garau yang sangat mereka kenali dari arah belakang. Mereka terus menoleh ke belakang.

Diana melihat Mateen sedang berdiri sambil menyilang tangan di dada dan di sebelahnya ada Adrian dan Luq. Tajam mata Mateen memandang Diana.

Dia berjalan menghampiri mereka lalu dia duduk dihadapan Diana. Luq pandang ke arah Tya. Dia membuat isyarat mata kepada Tya supaya mengikutnya dan Adrian ke tempat yang lain.

Sengaja ingin memberi ruang buat Mateen dan Diana. Tya yang faham dengan isyarat dari Luq terus mengambil barang dan bangun. Dia menghiraukan pandangan tajam Diana.

Adrian membantu mengambil barang belian milik Tya dan mereka bertiga terus pergi dari situ tanpa menoleh ke belakang.

Diana mendengus perlahan saat dia melihat Tya yang telah meninggalkannya bersama Mateen. Mateen masih setia memandang wajah yang telah berjaya mencuri hatinya.

"Kenapa you tak cakap jer dengan I yang you nak kahwin dengan I? Senang sikit kerja I," Diana mengambil telefon diatas meja dan membuat gaya seolah-olah dia ingin membaling telefon itu pada Mateen.

Mateen mengangkat kedua tangan tanda mengalah. Tergelak kecil Mateen melihat reaksi Diana saat dia mengatakan perkara itu. Diana menjeling Mateen lalu dia meletakkan semula telefon diatas meja.

"Kenapa you keluar rumah tak beritahu I? Kan I dah cakap jangan keluar rumah tanpa I. You know it's dangerous, sayang," Mateen mengambil kedua tangan dan disatukan dengan tangannya.

"I bosan lah asyik duduk dekat rumah jer and I tak nak ganggu you. Lagipun I bukannya keluar seorang diri. I keluar dengan Tya kan," Diana cuba untuk meyakinkan Mateen.

Dia tidak mahu terlalu bergantung pada Mateen. Sebelum ini pun dia memang hidup bebas. Kedua orang tuanya tidak pernah halang apa yang dia buat.

Jadi bila Mateen menyuruhnya untuk duduk sahaja di rumah dia jadi bosan. Kerana itu dia mengajak Tya keluar tanpa memberitahu Mateen.

His GirlWhere stories live. Discover now