Diana berdiri menghadap jendela. Dia melihat hujan yang turun lebat di luar kafe mereka. Cuaca di luar nampak gelap walaupun waktu masih menujukkan pukul 5 petang. Diana memeluk tubuh kerana dia rasa sejuk.
Ralit dia melihat pemandangan diluar sehingga dia tidak sedar ada mata yang tajam memerhati dirinya. Tya menepuk perlahan bahu Diana. Diana menoleh ke belakang.
"Kau tengok apa?" soal Tya hairan. Dia memandang ke luar timgkap tapi hanya cuaca mendung yang kelihatan. Kereta pun tak banyak yang lalu.
"Tak ada apa," Diana menggeleng perlahan.
"Ouh aku ingatkan kau tengok masa depan kau. Cerah ke tak," gurau Tya. Mereka ketawa lalu Diana menepuk perlahan bahu Tya.
"Wanna have some cookies?" pinggan berisi cookies diangkat di hadapan Diana. Diana angguk kepala dan berjalan ke meja berhampiran.
Hari ini kafe mereka tidak ramai orang. Mungkin kerana hari ini weekdays dan sedang hujan dengan lebat.
"Dah lama aku tak nampak Mateen. Dia dah tak ganggu hidup kau lagi ke?" Tya mengambil satu cookies lalu dia masukkan ke dalam mulut. Tubuh disandarkan pada kerusi.
"Dia masih ganggu aku lagi. Macam biasa lah dia mana kenal erti penat atau mengalah. Cuma aku tak bagi dia datang sini. Sini tempat kita bekerja aku tak suka dia ganggu dekat sini," Diana menggulingkan matanya.
"But even aku kata dekat dia jangan datang sini, aku tahu mata-mata dia bersepah dekat sini," sambung Diana. Tangan memasukkan cookies ke dalam mulut.
"Malam ni kita pergi shopping jom," ajak Tya dengan teruja. Dia dapat tahu butik kegemarannya sudah keluarkan design baju baru. Diana anggukkan kepala tanda setuju.
~~~~~
Tya keluar dari butik kegemarannya setelah dia puas membeli baju keluaran baru. Diana setia mengikut dari belakang.
Baru beberapa langkah mereka keluar dari butik tersebut rambut Tya ditarik dengan kasar dari belakang membuatkan kepala Tya terdongak. Tya memegang tangan yang menarik rambutnya untuk mengurangkan rasa sakit di kepala.
"Hey! What is wrong with you?" Diana cuba untuk melepaskan rambut Tya dari cengkaman wanita itu. Tya menjerit kesakitan apabila makin kuat wanita itu menarik rambutnya.
Barangan mereka yang terjatuh bersepah diatas lantai langsung tidak dihiraukan. Tangan Tya beralih dari memegang tangan wanita itu kepada memegang rambutnya. Rasa seperti mahu tercabut kulit kepalanya.
"You jangan nak masuk campur urusan I! Ini antara I dengan perempuan tak tahu malu ni!" jerit wanita itu. Mata-mata yang memandang ke arah mereka tidak dihiraukan.
"Kau memang tak tahu malu kan perempuan! Punya banyak lagi lelaki dekat dunia ni! Boyfriend aku juga yang kau nak!" jerkah wanita itu dihadapan wajah Tya.
"Hey! You ingat boyfriend you tu Cristiano Ronaldo ke sampai I nak rampas dia dari you? Setakat muka macam tu bersepah lah dekat tepi jalan," balas Tya tidak mahu kalah.
Diana hanya buat tidak tahu dengan amaran wanita itu. Tangannya masih membantu melepaskan rambut Tya dari cengkaman wanita itu.
Wanita itu berasa marah kerana Diana tidak mendengar arahannya. Dia terus menampar kuat pipi Diana hingga wajah Diana terteleng ke tepi. Diana memegang pipi dengan riak wajah yang terkejut. Tak sangka wanita itu akan menampar pipinya. Terasa ada darah yang mengalir di hujung bibirnya.
Adrian terus menarik tangan wanita itu dengan kuat dan kasar sehingga terlepas cengkamannya pada rambut Tya. Dia menolak tubuh wanita itu ke arah Zayn. Zayn yang berada di belakang Adrian terus menyambut wanita itu.
YOU ARE READING
His Girl
Romance"Either you like it or not you have to follow all my rules. Me speak you listen" - Mateen "Make me if you think that you can control me" - Diana Mateen merupakan pewaris keluarga yang mempunyai empayar di dalam dan diluar negara Malaysia. Semua wani...