Mateen menutup fail yang telah dibacanya. Dia merenggangkan sedikit ototnya kerana terlalu lama dia duduk sambil memeriksa fail-fail yang bertimbun diatas meja kerjanya.
Dia menekan punat interkom yang menghubungkan antara dia dan pembantu peribadinya, Laila. Beberapa saat menunggu, panggilan tersebut diangkat oleh Laila.
"Laila, tolong panggilkan Adrian. Suruh dia masuk bilik saya sekarang. Suruh dia bawa fail projek yang dekat Johor sekali," arahnya. Sengaja dia menyuruh Laila untuk panggil Adrian.
Kalau dia yang panggil Adrian esok pun belum tentu Adrian akan datang ke bilik pejabatnya. Padahal bilik mereka bersebelahan sahaja.
"Baik, Tuan Mateen" jawab Laila sebelum panggilan itu dimatikan.
Laila bangun dari tempat duduknya dan berjalan ke bilik Adrian. Pintu diketuk dahulu sebelum dia mendengar arahan yang menyuruhnya masuk.
"Tuan Adrian, Tuan Mateen minta Tuan Adrian ke biliknya sekarang dan bawa sekali fail projek dekat Johor," tutur Laila apabila dia sudah berdiri dihadapan meja kerja Adrian.
Tangan Adrian terhenti dari menulis dan dia mengangkat kepalanya memandang Laila. Dia tidak membalas dan hanya menganggukkan kepala. Laila beredar dari bilik itu lalu menyambung semula kerjanya.
Adrian membuka pintu lalu dia masuk ke dalam bilik pejabat Mateen. Dia meletakkan fail yang dibawa keatas meja. Dia melabuhkan punggung dihadapan Mateen. Badan disandarkan. Mateen mengambil fail itu dan semak isi fail tersebut.
Dia tutup semula fail setelah dia habis semak. Dia melihat wajah Adrian. Adrian masih tidak sedar kerana leka bermain dengan pen ditangannya.
"Kau kenapa? Ada masalah ke?" soal Mateen hairan. Selalunya jika Adrian datang ke bilik pejabatnya pasti akan kecoh dengan suaranya. Tetapi sekarang Adrian hanya mendiamkan diri.
"Semalam aku dapat tahu perempuan yang aku suka rupanya dah jadi milik orang lain. Dah lah cantik perempuan tu. Fuh melepas aku," Adrian tergelak bila dia teringat kejadian semalam.
"Apa dia," Mateen melihat wajah Adrian dengan pandangan yang hairan.
Semalam Adrian lepak dengan Luq di kelab yang biasa mereka datang. Mateen tidak dapat datang kerana ada hal lain. Mereka duduk di bar dan memesan air coke.
Matanya melilau melihat keadaan di dalam kelab itu. Matanya terpaku pada seorang wanita yang berdiri tidak jauh dari mereka.
Wanita itu sedang berpelukan dengan seorang lelaki yang tidak dikenali oleh Adrian. Tubuh mereka menari mengikut rentak lagu yang dipasang oleh DJ kelab. Tangan lelaki itu liar meraba tubuh wanita itu.
Tiba-tiba matanya bertaut dengan mata wanita itu saat wanita itu melihat ke arah bar. Hanya sekejap sahaja kerana wanita itu terus mengalihkan padangan ke arah lain.
Sudah lama dia memerhatikan wanita yang berjaya mencuri hatinya sejak pertama kali dia melihat wanita itu di kelab ini tapi hingga ke hari ini dia tidak menegur wanita itu. Dia hanya melihat wanita itu dari jauh sahaja.
Bukan kerana dia seorang pengecut tetapi dia seperti belum masa yang sesuai untuk berkenalan dengan wanita itu. Entah lah dia sendiri tidak pasti.
Apa yang pasti hatinya mengatakan yang dia menyukai dan mahukan wanita itu. Dia akan pastikan apa yang dia mahu dia akan dapat.
"Aku dah suruh kau tegur dia tapi kau yang tak nak. Kan dah melepas sekarang. Aku dengar lelaki tu sekarang boyfriend baru dia," ujar Luq. Gelas diambil dan dia teguk sehingga licin. Adrian hanya diam. Matanya masih melihat wanita itu.
"Relax bro. Masih ramai lagi perempuan dekat luar sana yang sanggup beratur nak jadi girlfriend kau. Macam yang kau cakap kau petik jari 10 perempuan akan datang beratur," Mateen mengulang semula ayat yang pernah dilontarkan oleh Adrian.
YOU ARE READING
His Girl
Romance"Either you like it or not you have to follow all my rules. Me speak you listen" - Mateen "Make me if you think that you can control me" - Diana Mateen merupakan pewaris keluarga yang mempunyai empayar di dalam dan diluar negara Malaysia. Semua wani...