"D, malam ni kita pergi kelab nak tak? Dah lama kita tak pergi kelab," Tya berhenti melakar baju. Tangan menongkat dagu.
Dia memandang ke arah Diana yang duduk di hadapannya. Diana juga turut berhenti melakar. Pensil diletakkan diatas meja.
"Okay, kita pergi berdua jer ke atau kau nak ajak teman tapi mesra kau tu?" Tya tergelak kecil mendengar ayat Diana.
Dia tahu Diana sedang memerli dia kerana sejak kebelakangan ini dia selalu berkepit dengan lelaki itu sahaja. Pergi mana-mana pun berdua sahaja sehingga Diana rasa tidak dihiraukan.
"Of course dengan dia sekali. Kalau tak siapa yang nak jadi driver kita nanti. Kita pergi bertiga sekali dengan dia. Nanti aku suruh dia ambil kita," Diana menggulingkan mata seraya angguk kepala.
Sudah lama dia tidak menjejakkan kaki di kelab. Kali terakhir dia pergi ke kelab adalah semasa dia di dukung dan di bawa keluar dari kelab oleh Mateen.
Lelaki itu sentiasa mengawasi gerak geri Diana. Kemana sahaja Diana pergi pasti lelaki itu tahu tanpa Diana beritahu padanya.
Jadi Diana tahu lelaki itu menyuruh orang untuk memerhatikan dia. Tapi Diana tidak peduli. Dia tetap akan keluar jika dia mahu keluar tanpa lelaki itu.
"Yes, I can't wait. But make sure kau tak beritahu dekat Mateen because he always take you home. Padahal kita tak habis enjoy lagi," kali ini Tya pula yang menggulingkan mata.
Geram dengan Mateen yang suka sangat bawa Diana balik semasa mereka sedang berseronok. Setiap kali dia kembali ke meja mereka pasti Diana tidak ada dan dia lihat Mateen sedang mengangkat Diana keluar dari kelab.
"No, I'm not going to tell him. Kalau dia ada nanti aku tak boleh nak cuci mata," Diana tidak peduli jika nanti orang-orang Mateen akan beritahu pada Mateen.
Tergelak Tya mendengar ayat yang ditutur oleh Diana. Betul kata Diana. Jika Mateen berada disana, Diana seperti dikawal oleh Mateen. Nak goda atau pandang lelaki lain pun tidak boleh. Bercakap apatah lagi.
~~~~~
Tya membetulkan rambutnya yang cantik beralun dan melihat wajahnya di cermin. Lipmatte berwarna merah dia pakai di bibirnya.
Setelah dia puas hati dengan mekapnya pada malam ini, dia terus mengambil clutch diatas katil dan keluar dari bilik tidurnya. Pintu bilik ditutup rapat.
Bilik Diana dituju dan pintu bilik Diana diketuk dahulu sebelum dia membuka pintu itu. Kepala dijengul ke dalam.
"D, kau dah siap ke belum? Karang lambat pula kita gerak. Taufiq dah sampai. Dia tengah tunggu dekat bawah tu," Tya melihat Diana sedang membetulkan baju yang dipakai.
Puas hati dengan penampilannya, Diana mengambil beg tangan diatas katil lalu dia keluar dari bilik tidurnya. Mereka turun ke tingkat bawah dan keluar dari rumah. Pintu rumah dikunci oleh Diana lalu mereka masuk ke dalam kereta Taufiq.
"Hey, gorgeous," tegur Taufiq saat mereka masuk ke dalam kereta. Tya di hadapan manakala Diana duduk di belakang. Tersenyum Tya ketika dia mendengar sapaan Taufiq pada mereka. Diana hanya mendiamkan diri.
"Hey, handsome," tanpa segan silu Taufiq mencium pipi Tya. Makin lebar senyuman dibibir Tya. Suka dia diperlakukan begitu oleh Taufiq.
Taufiq memulakan pemanduan. Tangan Tya diambil lalu dia mengucup lembut. Kemudian dia menyatukan tangan mereka dan Taufiq meletakkan tangan mereka diatas pehanya.
Diana menggulingkan matanya. Inilah sebab dia malas mahu naik kereta dengan mereka. Langsung tidak menghormati dia yang single ini. Dia menoleh ke luar tingkap. Menikmati pemandangan pada waktu malam.
YOU ARE READING
His Girl
Romance"Either you like it or not you have to follow all my rules. Me speak you listen" - Mateen "Make me if you think that you can control me" - Diana Mateen merupakan pewaris keluarga yang mempunyai empayar di dalam dan diluar negara Malaysia. Semua wani...