Ryder sedang duduk di sofa. Dia menaip sesuatu di telefon. Sedang dia leka membuat kerja dia perasan Irene sedang turun tangga. Irene tidak memandang ke arahnya.
Irene mengambil kunci kereta di almari. Memang dia sengaja buat Ryder seperti tidak wujud. Lagipun bukan dia yang mengajak lelaki itu untuk datang ke rumahnya.
"Kau nak pergi mana?" Ryder bangun dari duduknya. Dia berjalan mendekati Irene.
Terhenti langkah Irene bila dia mendengar Ryder bersuara. Dia berdiri statik. Tidak mahu menoleh ke arah Ryder.
"Mana-mana jer lah. Asalkan tak duduk bawah satu bumbung dengan you," Ryder berhenti di hadapan Irene. Wajah cantik Irene dipandang tajam.
"Apahal pula?" Irene menggulingkan mata. Banyak tanya pula lelaki ini. Selalunya dia diam sahaja. Hari ni rajin pula dia bercakap.
"Dah I suruh you balik tapi you tak nakkan tadi. So I jer lah yang keluar," Irene sudah berganjak ke tepi untuk berjalan melepasi Ryder.
"Nak keluar sangat kan. Jom ikut aku," Ryder menarik tangan Irene. Pintu rumah dikunci dan dia menolak lembut tubuh Irene untuk masuk ke dalam kereta. Dia berjalan ke bahagian pemandu.
Irene ingin ke mana mereka akan pergi tapi ego melebihi segalanya. Sesekali dia pandang wajah Ryder tapi dia tidak mahu tanya pada Ryder. Sudahnya dia diam sahaja dan pandang ke luar tingkap.
Irene menoleh ke arah Ryder bila kereta diberhentikan di hadapan sebuah gudang lama. Ini bukan gudang tempat mereka pertama kali bertemu.
Gudang ini lebih kecil berbanding gudang hari itu. Ryder mematikan enjin kereta lalu dia membuka pintu.
"Kau tunggu sini. Jangan pergi mana-mana sampai aku datang sini balik. Jangan keluar dari kereta," arah Ryder dan dia terus keluar dari perut kereta tanpa menunggu balasan dari Irene.
Irene memerhati Ryder masuk ke dalam gudang tersebut. Dia ingin tahu ada apa di dalam gudang itu tapi disebabkan arahan Ryder jadi dia hanya duduk sahaja di dalam kereta.
Dia memandang sekeliling. Kawasan itu sangat sunyi dan hanya ada beberapa kereta sahaja yang parking di situ. Kawasan ini hanya diterangi dengan cahaya bulan sahaja.
Bila tiada apa yang menarik disitu, Irene memutuskan untuk bermain telefon. Dia cuba untuk mencari maklumat mengenai Diana. Senang untuk dia melakukan kerjanya nanti.
5 minit berlalu tiba-tiba tingkap disebelah Irene diketuk dengan kuat. Seperti mahu pecah tingkap itu mereka ketuk.
Ada tiga orang lelaki sedang berdiri di tepi kereta Ryder. Mereka bertiga berpakaian serba hitam. Irene membuka pintu dan keluar dari kereta.
Belum sempat dia menutup semula pintu kereta tubuhnya ditarik lalu dia ditolak ke salah seorang lelaki disitu. Tubuhnya dipegang oleh orang yang tidak dikenali memyebabkan dia berasa marah lalu dia menyiku perut lelaki itu.
Terlepas pegangan lelaki itu pada tubuhnya. Seorang lagi lelaki datang dekat Irene untuk menumbuk wajah Irene.
Tetapi tangan lelaki itu sempat ditahan lalu dia memulas ke belakang badan lelaki itu. Terjerit lelaki itu bila tangannya dipulas ke belakang.
Irene menendang tubuh lelaki itu lalu lelaki itu jatuh ke atas tanah. Tanpa Irene sedar salah seorang dari mereka sudah berdiri semula dan berjalan mendekati Irene.
Tubuh Irene diangkat dari belakang lalu tubuhnya dihempas dengan kuat pada cermin kereta.Terasa sakit di belakang tubuhnya. Lelaki itu naik ke atas but hadapan kereta.
Pipi Irene ditampar bertalu-talu. Irene tidak dapat mengelak tamparan lelaki itu. Dia hanya dapat menghalang menggunakan tangan sahaja.
Cermin kereta yang retak dibelakang tubuh Irene terus pecah berderai membuatkan tubuh Irene juga jatuh ke dalam kereta itu.
YOU ARE READING
His Girl
Romance"Either you like it or not you have to follow all my rules. Me speak you listen" - Mateen "Make me if you think that you can control me" - Diana Mateen merupakan pewaris keluarga yang mempunyai empayar di dalam dan diluar negara Malaysia. Semua wani...