BAB 4

505 16 0
                                    

Enam bulan kemudian

Mateen menolak troli yang mempunyai begnya. Dia berjalan ke tempat duduk yang disediakan di dalam airport itu. Orang yang sepatutnya menyambut dia masih tidak kelihatan.

Dia mengeluh perlahan. Sepatutnya orang itu yang menunggu dia tetapi sebaliknya pula yang terjadi. Seseorang duduk disebelahnya.

"Woi! Mana ni? Janji pukul berapa sekarang dah pukul berapa?" bebel Adrian. Dia melihat jam tangannya.

"Sabarlah. Kejap lagi sampai lah tu" ujar Mateen dengan malas.

Beberapa minit menanti akhirnya orang yang ditunggu-tunggu muncul. Orang itu berdiri dihadapan mereka dengan tercungap-cungap seperti baru habis lumba lari.

"Sorry bro. Aku terlambat sebab jalan jammed. Dah lah meeting habis lambat," Luq menghela nafas. Mateen menggelengkan kepala. Nasib baik Luq orang kanannya.Mereka berjalan bertiga menuju ke tempat letak kereta.

"Kau parking kereta dekat mana?" soal Mateen. Matanya melilau mencari kereta yang dipandu oleh Luq.

"Aku parking jauh sikit sebab tadi parking semua full," balas Luq.

Setelah menjumpai kereta, mereka mula memasukkan beg ke dalam bonet kereta. Mateen berjalan ke bahagian pemandu.

"Rajinnya kau nak drive. Bukan tadi kau kata kau penat ke," ujar Adrian hairan.

"Aku tak cakap pun yang aku nak drive. Yang aku tahu aku dengan Luq duduk belakang. So rasanya kau dah boleh tahu kot siapa yang akan drive," Mateen tersenyum sinis. Barangnya diambil lalu dia buka pintu belakang dan masuk ke dalam perut kereta.

Adrian sudah menayangkan wajah tidak puas hati. Luq tergelak melihat dua sahabatnya ini. Ada jer yang nak dikenakan.

"Biar aku jer lah yang drive. Korang duduk jer dekat belakang tu diam-diam," Luq terus masuk di bahagian pemandu.

Mateen dan Adrian masuk ke tempat duduk belakang dan kereta itu mula membelah jalan raya.

~~~~~

Diana mengemas mejanya yang penuh dengan kertas lakaran. Dia memasukkan kertas lakaran itu ke dalam satu fail dan buku lakarannya ditutup.

Setelah siap mengemas, dia keluar dari bilik kerjanya dan melangkah ke lif untuk ke tingkat atas kerana bilik Datin Leanne berada di tingkat atas. Kadang-kadang sahaja Datin Leanne akan duduk di bawah.

Dia keluar dari lif dan berjalan ke pejabat milik Datin Leanne iaitu pemilik di butik itu. Pintu diketuk sebanyak tiga kali sebelum kedengaran Datin Leanne menyuruhnya untuk masuk.

Diana memulas tombol pintu dan masuk ke dalam dengan senyuman dibibirnya. Datin Leanne mengangkat kepala dan membalas senyumannya.

"Hai sayang, dah nak balik ke?" tanya Datin Leanne sambil meletakkan semula pensel. Dia sedang melakar baju untuk keluaran terbarunya.

"Yes mummy," Diana berikan senyuman manis. Dia meletakkan semula buku lakaran ke dalam almari.

"Kalau takde apa-apa lagi D balik dulu," pamit Diana.

Dia berjalan keluar setelah bersalaman dengan Datin Leanne. Pipi Datin Leanne dicium lalu dia melambai tangan sebelum hilang disebalik pintu.

Diana masuk ke dalam pejabatnya untuk mengambil beg tangan lalu dia terus melangkah menuju ke kereta milik Tya. Dia sudah diberitahu oleh Tya yang Tya akan menunggunya di dalam kereta.

Diana masuk ke dalam kereta dengan senyuman yang penuh makna dibibirnya. Tya memandang dengan sengihan.

"It's party time!!" jerit mereka berdua.

His GirlWhere stories live. Discover now