Puan Sri Hannah melangkah ke taman bunga yang terletak di bahagian tepi rumahnya. Dia melihat Mateen sedang duduk di buaian sambil mendongak memandang langit.
Dia duduk disebelah anaknya. Mateen membetulkan duduknya dan menoleh ke sebelah kiri. Dia tersenyum melihat mummy nya.
"Mummy tak tidur lagi?" soal Mateen lembut. Tangan Puan Sri Hannah diusap lembut.
"Mummy tak ngantuk lagi" balas Puan Sri Hannah. Dia meletakkan tangan anaknya diatas peha.
Mateen meletakkan kepala di bahu Puan Sri Hannah. Sebelah tangan Puan Sri Hannah mengusap lembut rambut Mateen.
"Mummy nak cakap sikit boleh?" tanya Puan Sri Hannah. Lembut sahaja suaranya.
Mateen mendongak memandang wajah Puan Sri Hannah lalu dia tersenyum manis.
"Mestilah boleh. Mummy nak tanya apa?" Mateen menggenggam tangan bondanya.
"Mateen sekarang dah dewasa. Mateen seorang jer anak mummy. Umur Mateen pun sekarang dah 28 tahun. Dah sesuai dah untuk kahwin. At least mummy ada kawan untuk berborak takda lah mummy sunyi. Bila Mateen nak bawa calon menantu mummy datang sini?" tanya Puan Sri Hannah sambil melihat wajah anak kesayangannya.
"Mummy bukan apa. Mummy pun teringin juga nak ada menantu. Nak ada cucu. Bila mummy pergi event atau meeting dengan kawan mummy, mostly diaorang semua cakap pasal menantu lah, cakap pasal cucu lah. Bila kawan mummy borak pasal tu mummy tak dapat nak join. Rumah ni pun dah lama tak dengar suara baby menangis atau ketawa" sambungnya lagi apabila dia melihat Mateen hanya mendiamkan diri.
Mateen menghela nafas perlahan. Dia memandang wajah mengharap mummy nya.
"Nanti Mateen fikirkan. Sekarang bukan senang nak cari calon isteri. Yang boleh terima baik buruk Mateen. Sekarang ni Mateen tak nak mummy risaukan apa-apa. Mateen nak mummy relax and don't think too much. You must take care of your health" Mateen mengusap perlahan tangan Puan Sri Hannah.
Puan Sri Hannah tersenyum. Dia tahu yang anaknya tidak akan mengecewakan dirinya. Selalu sahaja dia terpinggir jika kawan-kawannya membuka topik mengenai menantu dan cucu. Ada juga yang tanya padanya bila Mateen hendak mendirikan rumah tangga tapi dia hanya mampu memberikan senyuman hambar.
"Sekarang ni apa kata kalau kita masuk dalam rumah dan kita tidur memandangkan hari pun dah lewat malam," Mateen dan Puan Sri Hannah bangun. Lagi lama dia duduk lagi banyak yang akan dikatakan oleh Puan Sri Hannah.
Dia masih belum bersedia untuk ada komitmen. Dia masih belum jumpa wanita yang sesuai untuk menjadi isterinya. Mateen memeluk bahu bondanya dan mereka masuk ke dalam rumah.
~~~~
Mateen menuruni anak tangga dengan perlahan. Dia berjalan menuju ke ruang makan dan kelihatan semua sudah ada di meja makan.
"Morning" ucapnya lalu dia mencium dahi Puan Sri Hannah. Adrian dan Luq makan tidak menghiraukan kehadiran Mateen di ruang makan.
Dia mengambil tempat berhadapan dengan Adrian dan bersebelahan dengan Luq. Puan Sri Hannah tersenyum melihat ketiga-tiga anaknya berada dihadapannya. Bukan senang untuk dia lihat anak-anaknya berada di rumah dan makan semeja dengannya.
Mateen menyenduk bihun goreng ke dalam pinggannya. Dia makan dengan berselera. Kalau di rumahnya memang tidak ada masakan begini. Semua beli bungkus sahaja.
Habis sahaja makan dia mengelap mulutnya. Dia memandang Luq yang duduk dihadapannya lalu menoleh ke arah Puan Sri Hannah.
"Hari ni Mateen dengan Luq akan masuk office and nanti Mateen akan terus balik rumah Mateen. Mummy nanti nak pergi butik ke?" tanya Mateen. Dia memandang wajah cantik mommy nya.
YOU ARE READING
His Girl
Romance"Either you like it or not you have to follow all my rules. Me speak you listen" - Mateen "Make me if you think that you can control me" - Diana Mateen merupakan pewaris keluarga yang mempunyai empayar di dalam dan diluar negara Malaysia. Semua wani...