Diana berjalan mendekati Tya yang duduk di bangku yang disediakan oleh staf di situ. Hari ini Tya menemaninya untuk photoshoot di studio.
Rajin pula wanita itu hari ini. Biasanya jika Diana mengajak dia untuk menemani pasti Tya tidak mahu. Katanya penat menunggu. Hari ini senang sahaja Tya bersetuju untuk menemani Diana.
Beg tangan yang ada diatas meja dicapai dan diletakkan di lengan kanan. Dia sudah habis photoshoot. Sebelah tangan lagi mengambil air yang dibeli oleh Tya sementara menunggu dia habis photoshoot.
Bahu Tya ditepuk perlahan bila dia melihat Tya terlalu leka bermain telefon sehingga Tya tidak perasan dia sudah berdiri di sebelah.
"Jom balik. Aku dah settle shoot," Diana mengajak Tya kemudian dia berjalan keluar dari studio.
Tya mengambil semua barang dan mengikut Diana dari belakang. Diana sengaja parking jauh kerana tadi semasa mereka sampai kebanyakkan parking sudah penuh. Mereka perlu berjalan sedikit untuk sampai ke kereta Diana.
Diana menyeluk tangan ke dalam beg untuk mencari kunci kereta sambil berjalan. Dia menunduk sedikit untuk melihat ke dalam beg tangan. Tiba-tiba..
Boom!!
Tercampak sedikit tubuh Diana ke tepi. Mata dipejam rapat menahan rasa sakit di tangan dan tubuhnya. Berkerut dahinya menahan sakit.
Tya berlari anak mendekati tubuh Diana yang terbaring di atas jalan. Tadi dia berjalan agak jauh di belakang Diana.
Jadi dia cuma jatuh terbaring semasa letupan itu berlaku. Tidak seteruk Diana. Saat dia bangun semula mata terus mencari Diana.
"D, kau okay tak? D, bangun Diana," Tya menepuk perlahan pipi Diana. Mengalir air matanya saat dia melihat Diana tidak sedarkan diri.
"Tolong! Tolong kawan saya! Tolong!" jerit Tya ketika dia melihat ada beberapa orang di sekelilingnya. Makin deras air mata yang mengalir di pipi Tya.
"Sekejap lagi ambulans datang. Saya dah call ambulans," kata seorang lelaki yang berdiri di hadapan Tya.
Seorang wanita melutut di sebelah Tya lalu belakang diusap perlahan. Cuba untuk menenangkan Tya yang sedang meriba kepala Diana.
Tangan Tya menggigil memegang tangan Diana yang berdarah kerana terkena serpihan kaca. Tangannya yang terluka tidak dihiraukan. Diana lebih penting waktu ini.
~~~~~
Adrian melihat ada sebuah ambulans yang berhenti di tepi jalan. Dia juga melihat ada sebuah jentera bomba. Pasukan bomba sedang cuba untuk memadam api pada sebuah kereta.
Dia memandu dengan perlahan kerana jalan disitu agak sesak. Sehingga dia perlu berhentikan kereta kerana kereta di hadapannya berhenti bergerak.
Mata memerhati orang-orang yang sedang berkumpul berdekatan dengan ambulans sehingga matanya tertumpu pada seseorang any amat dia kenali sedang menangis teruk.
Tanpa berfikir panjang dia terus berhentikan kereta di tepi jalan. Dia keluar dari kereta dan terus berjalan ke arah wanita itu.
Beberapa kereta yang membunyikan hon langsung tidak dihiraukan. Tubuh orang yang berkumpul ditolak sedikit supaya dia dapat ke hadapan.
Sampai sahaja di hadapan dia melihat ada dua orang petugas sedang mengangkat tubuh Diana lalu diletakkan diatas stretcher bed.
Tya dihampiri lalu tangan Tya dipegang sebelum tubuh Tya dipusingkan menghadap dirinya. Jelas kelihatan mata Tya sembab kerana tidak berhenti menangis.
"What happened?" soal Adrian dingin. Tya tidak menjawab sebaliknya dia memeluk erat tubuh Adrian. Lidahnya kelu untuk berbicara.
Adrian membalas pelukan Tya. Dia faham dengan apa yang dirasakan oleh Tya saat ini. Adrian melepaskan pelukan saat dia melihat petugas sudah sedia untuk menutup pintu ambulans.
YOU ARE READING
His Girl
Romance"Either you like it or not you have to follow all my rules. Me speak you listen" - Mateen "Make me if you think that you can control me" - Diana Mateen merupakan pewaris keluarga yang mempunyai empayar di dalam dan diluar negara Malaysia. Semua wani...