Diana masuk ke dalam ballroom dengan wajah yang disembunyikan disebalik mask yang dipakainya. Tema acara itu ialah mystery jadi mereka diwajibkan memakai mask. Dia memakai gown labuh berwarna hitam yang mengikut tubuh badan.
Gown itu bertali halus. Di bahagian belakang badannya terdedah dan hanya ditutupi dengan tali yang bersilang diantara bahagian kiri dan kanan. Gown itu akan kelihatan berkilat jika berdiri di bawah cahaya lampu.
Rambutnya disanggul dan mendedahkan leher jinjangnya yang putih. Rambut di bahagian kiri dan kanan dijatuhkan sedikit supaya kelihatan lebih cantik.
Ramai orang memandang ke arahnya termasuk Mateen yang mengenakan suit berwarna hitam dan berdiri di sebelah Adrian. Adrian sudah terpaku melihat gadis yang sedang berjalan masuk ke dalam ballroom itu.
Diana melangkah menuju ke mejanya yang diduduki oleh Tya dan dia duduk disebelah kiri Tya memandangkan Zharif telah duduk disebelah kanan Tya.
Hanya mereka bertiga sahaja yang ada di situ kerana Datin Leanne dan Datuk Effendy berjumpa dengan kawan mereka. Mereka sedang menikmati makanan yang dihidangkan oleh pelayan.
Acara fashion show tadi berjalan dengan lancar. Ramai juga yang hadir. Kebanyakkannya kawan-kawan mummy nya. Ada juga beberapa pereka fesyen yang dia kenal turut hadir.
Tadi dia ada ternampak Puan Sri Hannah tapi dia agak segan untuk bertegur sapa dengan Puan Sri Hannah. Sudahnya dia hanya melihat dari jauh sahaja.
Keadaan sudah kembali seperti biasa. Dari tempat duduknya dia boleh melihat ada seorang lelaki memandang ke arahnya. Tetapi keadaan yang gelap dan seperti di dalam disko itu menyukarkan Diana untuk terus melihat lelaki itu jadi dia menoleh ke tempat lain.
Sementara bagi Mateen keadaan itu langsung tidak menghalang dia untuk terus melihat orang yang telah mencuri hatinya. Wanita itu sudah berjaya mencuri hatinya walaupun baru beberapa kali mereka terjumpa.
"Sampai bila kau nak pandang dia?" soal Adrian dengan sengihan. Tidak pernah dia lihat Mateen melihat seorang wanita dengan pandangan begitu. Mateen menoleh ke arah Adrian dan hanya tersenyum sinis. Soalan Adrian tidak dijawab.
"Cantik gila. Macam mana aku boleh tak tahu ada orang secantik ni wujud dekat atas muka bumi ni," kata Adrian berserta gelengan. Dia masih tidak percaya dengan apa yang dia lihat. Wanita itu terlalu cantik dengan gown hitam yang dipakai olehnya.
"Kau memang tak pernah nampak dia ke sebelum ni?" tanya Mateen dan dibalas dengan gelengan oleh Adrian. Kalau dia pernah nampak takda lah dia terpegun sehingga begini sekali.
"Dah lah. Aku nak pergi cari mangsa. Mana tahu hari ni kita dapat yang cun. Kalau dapat perempuan tu pun okay juga," Adrian berdiri dan sebelum berlalu sempat dia melemparkan senyuman nakalnya ke arah Mateen.
Mateen tergelak kecil. Dia hanya melihat kelibat Adrian sehingga hilang disebalik lautan manusia. Puan Sri Hannah sudah hilang bersama dengan kawannya. Mateen menoleh semula ke arah wanita tadi. Dia melihat hanya wanita itu yang masih berada disitu.
Diana terasa seperti seseorang sedang memandang ke arahnya dan dia menoleh. Matanya bertembung dengan mata milik lelaki itu. Hanya dia yang berada di meja itu kerana Tya dan Zharif sudah hilang entah ke mana.
Tak sangka Tya rapat dengan Zharif. Sangkanya mereka hanya terserempak di kedai makan hari itu sahaja. Rupanya mereka ada menghubungi antara satu sama lain selepas kejadian itu.
Kebanyakkan tetamu sedang bersembang antara satu sama lain. Ada juga yang sedang makan makanan yang disediakan. Tetapi hanya segelintir sahaja yang duduk di meja.
Diana hadir ke acara makan malam ini sendirian jadi dia memilih untuk duduk di meja dan melihat gelagat orang yang ada di dalam ballroom itu.
Tiba-tiba seseorang berdiri dihadapan Diana sekaligus mematikan renungannya terhadap lelaki itu. Diana mendongak sedikit untuk melihat wajah lelaki yang telah mengganggu renungannya bersama Mateen.
"Hi pretty. Mind if I join you?" tanya lelaki dihadapannya itu.
Diana memandang lelaki lalu memberikan senyuman menggoda. Senyuman yang membuatkan semua lelaki cair dan tergoda apabila melihatnya.
Belum sempat Diana menjawab ada satu tangan yang memeluk pinggangnya dari tepi. Dia menoleh melihat orang yang berani memeluk pinggangnya. Lelaki itu selamba duduk disebelahnya.
"She's mine. Go and fine other girls to be your partner," ucap Mateen dengan wajah selamba.
Lelaki tadi meminta maaf dan berlalu pergi dari situ. Setelah lelaki itu pergi Mateen menarik tangannya semula. Diana marapatkan badan ke meja sambil memandang wajah Mateen.
"Sorry but I'm not yours. I'm not belongs to anyone but myself. Besides we don't know each other," Diana dapat melihat pandangan tajam lelaki itu.
Terlintas difikirannya untuk mengetahui siapakah lelaki yang sedang duduk dihadapannya ini. Kalau dilihat dari sudut pandangannya lelaki ini mempunyai badan yang tegap and good looking.
Mateen tidak membalas. Dia bangun sambil membetulkan semula suit nya. Tanpa berkata apa-apa dia terus berlalu meninggalkan Diana yang tercengang.
'Soon you will be mine, darling,' senyuman sinis terukir di bibir Mateen.
~~~~~
Diana berjalan ke bahagian makanan dan minuman. Dia mengambil gelas yang sudah berisi air dan air itu diminumnya. Matanya melilau mencari lelaki untuk dijadikan pasangannya untuk malam ini. Bosan pula apabila dia seorang diri sahaja dari tadi. Sekurang-kurangnya dia ada teman untuk berbual.
Kebanyakkan lelaki disitu sudah mempunyai pasangan. Yang tiada pasangan cuma lelaki yang sudah berumur dan itu bukanlah taste Diana. Mungkin mereka sudah berkahwin. Dia malas nak ada masalah nanti.
Dia mengeluh lalu dia melangkah ke arah balkoni. Dia melihat suasana bandar itu pada waktu malam. Lampu-lampu yang menerangi bandar itu membuatkannya kelihatan cantik. Air yang ada di dalam gelasnya diteguk perlahan.
"Kenapa you ada dekat sini? Tak join yang lain berkenalan dengan each other?" tegur seseorang dari belakang.
Diana menoleh ke belakang. Orang itu berjalan dan berdiri disebelah Diana. Senyuman terukir dibibir Diana. Tak sangka yang dia akan berjumpa lagi dengan lelaki itu.
"Macam mana I nak berkenalan kalau orang yang baru nak tegur I tadi you dah halau," matanya masih terarah pada wajah lelaki yang hampir separuh ditutupi dengan mask itu.
Mateen tersenyum sinis. Badannya menghadap pemandangan kota dan badan Diana menghadap ballroom dihadapannya. Dia merapatkan badannya dengan badan Diana sehingga tiada jarak diantara mereka berdua. Lengan mereka bersentuhan.
"That man is not suitable for you. Besides he already have his partner," bisiknya di telinga Diana lalu dia mencium perlahan telinga Diana.
Diana tergelak kecil. Dia memusingkan badan menghadap lelaki itu. Dia mendongak sedikit memandangkan lelaki itu lebih tinggi darinya dan dia hanya berada di paras leher lelaki itu.
"Then which man is suits for me?" soal Diana dengan suara menggoda.
Mateen melihat mata wanita itu. Tangannya naik membetulkan rambut Diana kerana ditiup angin. Tanpa sedar wajah mereka semakin rapat.
"Ehem," dehaman seseorang menghentikan pergerakan mereka.
Mata mereka masih bertatapan. Diana dan Mateen langsung tidak menoleh ke arah orang itu. Mereka seperti berada di dalam dunia mereka sendiri.
"Sir, you need to come with me. Someone wants to see you," kata lelaki yang memakai pakaian seperti bodyguard itu.
"11pm. At lobby," tutur Mateen lalu dia pergi meninggalkan Diana yang terpinga-pinga.
Diana hanya melihat lelaki itu berjalan masuk ke dalam ballroom itu semula. Dia teringat semula kata lelaki itu tadi. Matanya melihat jam yang tergantung di dinding. 10 malam. Kemudian bibirnya mengukir senyuman.
YOU ARE READING
His Girl
Romance"Either you like it or not you have to follow all my rules. Me speak you listen" - Mateen "Make me if you think that you can control me" - Diana Mateen merupakan pewaris keluarga yang mempunyai empayar di dalam dan diluar negara Malaysia. Semua wani...