BAB 14

189 13 0
                                    

Kereta Vellfire berhenti betul-betul dihadapan pintu masuk mall. Seorang lelaki berkemeja hitam membuka pintu kereta. Puan Sri Hannah turun dari kereta diikuti oleh Diana. Mereka masuk ke dalam shopping mall. Puan Sri Hannah memegang tangan Diana. Mereka betul-betul  kelihatan seperti ibu dan anak.

Mereka jalan beriringan lalu masuk ke dalam satu butik mewah yang berada di deretan kedai. Diana melihat baju-baju yang tergantung cantik di dalam butik. Dia menyentuh baju yang dipakai oleh salah satu patung disitu.

Kain baju itu Diana rasa dengan tangan. Sangat lembut dan selesa untuk dipakai. Tengok sahaja pun sudah tahu kain yang digunakan adalah kain jenis yang mahal. Dia suka melihat fesyen baju yang ada di dalam butik mewah ini. Kebanyakkan design baju disini mengikut citarasanya.

"Diana cuba tengok baju yang auntie pegang ni. Mana satu yang Diana rasa cantik?" Puan Sri Hannah menujukkan dua helai baju ke arah Diana. Diana melihat dua baju itu dari jarak yang sedikit jauh. Bagi dia dua-dua baju yang dipegang Puan Sri Hannah nampak sangat cantik.

"Dua-dua baju ni nampak cantik tapi kalau auntie yang pakai mesti lagi cantik," tersenyum Puan Sri Hannah mendengar pujian Diana. Pandai Diana mengambil hatinya.

"Okay kalau macam tu auntie ambil dua-dua lah," Puan Sri Hannah memberi kedua baju itu kepada sales girl disebelahnya. Mereka mengikut sales girl itu ke kaunter untuk membuat bayaran.

Selesai membuat bayaran, mereka terus keluar dari butik mewah itu dan sambung shopping di butik yang lain. Sudah lama Puan Sri Hannah tidak shopping kerana jadual kerjanya yang sibuk dan dia tidak mempunyai teman.

Nak harapkan anak-anak bujangnya memang sampai ke sudah mereka tidak akan pergi. Memandangkan sekarang dia sudah ada teman jadi tak salah untuk dia shopping banyak.

~~~~~

Mateen masuk ke dalam rumah dan diikuti dengan Luq. Punggung dilabuhkan di sofa mewah. Kepala disandarkan lalu mata dipejam.

Luq duduk di sofa bertentangan. Mateen memicit pelipis lalu mata dibuka semula. Dia melihat sekeliling sebelum matanya jatuh pada Luq.

"Where is she?" soal Mateen tenang bila dia tidak nampak Diana di dalam rumah. Dia membetulkan duduknya.

"Dia keluar dengan mummy," Luq meletakkan tab nya diatas meja kemudian tubuhnya disandarkan di sofa.

Mateen angguk kepala. Patutlah rumahnya sunyi sahaja. Selalunya jika Puan Sri Hannah berada di rumahnya, mummy nya yang akan sambut kepulangannya. Dia bangun dan naik ke tingkat atas. Dia masuk ke dalam bilik untuk membersihkan diri.

Luq hanya melihat Mateen naik ke tingkat atas. Mata dipejamkan seketika. Lima minit kemudian dia bangun dan terus menapak keluar dari rumah Mateen. Ada banyak lagi kerja yang perlu dia selesaikan.

~~~~~

Puan Sri Hannah masuk ke dalam rumah dan diikuti dengan Diana. Penuh tangan mereka dengan barangan yang dibeli tadi. Jam yang tergantung di dinding dilihat sudah masuk ke angka 11 malam.

Mereka leka berbual di rumah Datin Leanne sehingga tidak sedar waktu sudah lewat malam. Puan Sri Hannah naik ke tingkat atas menggunakan lif. Dia sudah tidak larat untuk naik tangga. Kakinya sudah sakit kerana banyak berjalan tadi.

Diana melihat sekeliling mencari keberadaan Mateen tapi langsung tidak kelihatan. Mungkin Mateen sudah masuk ke dalam biliknya. Diana juga naik ke tingkat atas dan masuk ke dalam bilik yang dia tidur semalam.

Barangan yang dibeli dia letakkan di tepi katil. Dia meletakkan telefon di nightstand yang berada di sebelah katil. Selesai membersihkan diri dia memakai baju tidur yang dibeli tadi memandangkan dia tidak mempunyai sebarang pakaian di sini.

His GirlWhere stories live. Discover now