BAB 3

530 15 1
                                    

Kereta dipandu masuk ke dalam perkarangan banglo milik Adrian. Adrian membuka pintu rumah apabila dia mendengar menekan loceng.

Mateen masuk dengan selamba. Adrian menutup semula pintu rumahnya. Dia melihat Mateen sedang melangkah ke dapur. Dia mengikut dari belakang.

"Kau memang sengajakan," ujar Adrian dengan muka tidak puas hatinya.

Mateen membuat muka tak bersalah sambil menuang air oren yang diambil di dalam peti ais ke dalam gelas.

"Kau tahu password dekat pintu tu tapi kau still nak tekan loceng macam orang tak pernah nampak loceng. Jahanam juga loceng aku tu," dalam marah dia memerli Mateen kerana Mateen menekan loceng rumahnya banyak kali sehinggalah dia membuka pintu.

"Kalau aku tak buat macam tu kau takkan bangun. Kau tu dah lah jenis tidur mati. Kau ingat kalau aku tekan sekali jer kau akan bangun," Mateen berjalan ke ruang tamu dan duduk di sofa yang berhadapan dengan TV.

"Setakat loceng rumah kau tu aku boleh belikan lebih cantik dari tu," sambungnya lagi dengan wajah tak bersalah.

Dia menonton cerita yang ditayangkan di tv. Adrian menjulingkan matanya. Punggung dilabuhkan di sebelah Mateen.

"Ni dah kenapa kau ada dekat sini? Bukan ke time macam ni kau still ada dekat office kau?" soal Adrian hairan.

Mateen membuat muka bosan bila Adrian menanyakan soalan itu padanya.

"Saja aku nak datang sini. Aku tengah serabut dengan kerja. Kalau aku balik rumah pun bukan ada sesiapa," balas Mateen selamba. Dia menukar siaran tv.

"Tu lah kau. Bila mummy suruh kau kahwin kau bagi macam-macam alasan. Kata muda lagi lah, tak bersedia lagi lah, tak habis enjoy lagi lah. Sekarang kau juga yang sunyi bila kau ada dekat rumah tu. Padan muka," perli Adrian. Dengan Mateen memang ayat dia tidak tapis.

"Kau tak payah nak cakap aku. Kau pun sama jer. Dah berapa kali mummy tanya kau bila kau nak kahwin? Kau pun bagi alasan yang sama," tersengih Adrian bila Mateen kata begitu. Mereka sudah tidak fokus pada cerita yang disiarkan.

"Habistu kau nak buat apa sekarang?" soalan dari Adrian itu membuatkan dia berfikir seketika.

Mateen angkat kedua bahu. Dia tiada rancangan untuk pergi ke mana-mana. Adrian menyandarkan kepalanya di sofa. Mata dipejamkan. Tidak sampai beberapa saat terukir senyuman dibibirnya.

"Lain macam jer senyuman kau ni," tegur Mateen tatkala dia melihat senyuman yang terukir dibibir Adrian.

"Kau tunggu dekat sini sekejap. Aku nak pergi bersiap. Hari tu masa aku on the way balik dari jumpa Luq, aku ada ternampak satu kelab ni. Jom kita pergi lepak sana malam ni," Adrian bangun dan berjalan masuk ke dalam biliknya untuk bersiap.

10 minit kemudian Adrian sudah siap memakai baju t-shirt berkolar berwarna navy blue dan seluar jeans hitam.

Mateen menutup tv. Kunci kereta dan telefon yang ada diatas meja diambil. Mereka keluar dari rumah tersebut dan pergi ke kelab dengan menaiki kereta Mateen.

Sampai sahaja di kelab yang dikatakan mereka terus masuk. Di dalam kelab tersebut ada ramai orang yang sedang menari dibahagian tengah. Ada jugak yang sedang berciuman tanpa segan silu di tepi kelab.

Mereka berjalan terus ke bahagian bar untuk memesan air. Ada beberapa wanita yang menoleh ke arah mereka. Ada yang memberikan senyuman menggoda pada mereka. Adrian tersenyum suka manakala Mateen hanya beriak tenang.

Seorang wanita yang seksi datang ke arah mereka dengan gaya menggoda. Wanita itu meletakkan tangan kanan di bahu Adrian. Sebelah lagi tangannya diletakkan di peha Adrian. Mengusap lembut peha Adrian.

His GirlWhere stories live. Discover now