"We made it bro!! We are the champion!!!" Coach Starlash berlari anak mendapatkan player-player nya yang baru sahaja selesai menamatkan perlawanan MOBA dengan mata 4 : 1 sekali lagi membenamkan team lawan yang terkuat di Asia selama tiga tahun berturut-turut.
Mereka saling berpelukan dan suara jeritan para penyokong kedengaran memenuhi stadium dan kerlipan dari kamera mahupun dari telefon bimbit bersilih ganti dari pelbagai penjuru di depan pentas.
Seketika kemudian, piala bersalut emas diangkat dengan bangganya dihadapan para penonton yang berada di stadium. Penyerahan medal emas juga menyusul beberapa minit kemudian.
Selesai dengan keraian terbesar tadi, semua player Crypstar Fortress kembali ke bilik perbincangan sebelum kembali ke hotel.
Kensuke segera memeriksa telefon bimbit peribadinya sebaik sahaja beg galas hitamnya dibuka luas.
No text. No call.
"Ken, it's okay. We'll go home tomorrow," ujar Flame, teman seperjuangan Cryptstar Fortress menepuk bahunya beberapa kali.
Flame adalah teman yang paling rapat dan selalu bertukar cerita yang lebih peribadi dengannya.
Kensuke hanya mengangguk kecil. Hatinya sayu kerana tidak menerima mesej mahupun panggilan dari Catlyn seperti beberapa tahun yang lalu. Kemenangan tahun ini dirasakan kosong kerana ketiadaan Catlyn.
Catlyn adalah seorang host event tempatan, juga seorang content creator di media sosial. Dia memiliki wajah yang cantik dan sering menjadi tumpuan peminat-peminat Kensuke didalam media sosial. Pujian-pujian adalah perkara biasa dan tidak kurang juga ramai lelaki di luar juga seolah-olah mencari ruang atau celah untuk mendekati Catlyn. Oleh demikian, Kensuke dan Catlyn segera bertunang dua tahun lepas untuk mengukuhkan lagi status hubungan mereka berdua apatah lagi masing-masing sentiasa sibuk dengan tugasan masing-masing.
Sejak beberapa bulan kebelakangan Catlyn semakin sibuk sehingga tidak punya waktu untuk diluangkan bersamanya namun semua itu ditelan sahaja kerana dia faham jadual kerja Catlyn sememangnya padat semenjak sudah dinaikkan pangkat kepada senior host dan event-event tempatan semakin banyak semenjak COVID-19 menjadi penyakit biasa di muka bumi. Permintaan untuk servis pengacara yang dikendalikan Catlyn juga meningkat drastik sehingga ada kalanya Catlyn harus ke luar negara untuk beberapa event tempatan yang berjaya menarik perhatian penaja-penaja dari luar negara.
Selesai makan malam, team Cryptstar Fortress bersama crew kembali ke hotel untuk berehat dan mulai packing untuk pulang ke tanah air awal pagi esok.
Tepat pukul 9.30 malam, telefon bimbit Kensuke berdering. Sebelum deringan ketiga, panggilan tersebut sudah dijawab.
"Baby.. i miss you.." Kensuke tersenyum gembira apabila menerima panggilan dari tunangnya.
"I miss you too.. I'm sorry I don't call you earlier. Sorry baby.. i got home so late..banyak kerja.. congratulations to you and your team.." ujar Catlyn dengan nada yang bersalah.
"Ok..thank you. I wish you are here.." kata Kensuke sambil mengeluh.
"Yea.. i know. I wish I was there too.. but hey, esok kita jumpa ya.. you will be here at 9am?" tanya Catlyn sambil menguap.
Kensuke tertawa kecil. "Yea at 9. You will come and fetch me? Baby tak kerja ke esok?"
Pause. Hanya terdengar nafas Catlyn.
"Hello..baby? Baby.."
Masih tiada sahutan. Sesekali terdengar dengkuran halus Catlyn.
Kensuke tersenyum simpul. "Kesian nya.. tidur la baby.. you must be very tired.. good night baby.."
"Baby.. sorry i fell asleep la pula"
"It's ok.. you are tired.. let's sleep.. see you tomorrow baby.."
"See ya.. goodnight baby. Love ya!"
Panggilan segera dimatikan. Kensuke menghembus nafas lega. Dia melirik ke katil di sebelahnya. Flame masih di ruang tamu. Jam sudah hampir pukul 10.30 malam. Terasa sekejap sahaja perbualan tadi.
Dia segera bangkit dari katil meninggalkan hp nya di katil. Terdengar tawa dari teamnya di ruang tamu.
"How's thing? Ok?" Tanya Coco selaku kapten Crypstar Fortress. Mereka yang lain pun serentak memandangnya.
"Ooo look happy already. Good good.." seloroh Solaris selaku pemain bahagian tengah mereka.
Deraian ketawa pecah disitu.
"No worries. All ok.." jawab Kensuke tersipu malu. Jatuh selevel pula keegoan lelaki dia sebab terlampau cengeng.
Hanya seketika, keadaan menjadi kecoh semula apabila Shadow, pemain jungler mereka memulakan perbincangan mengenai game play yang mereka mainkan petang tadi sehingga mereka mencipta sekali lagi rekod dunia dengan gelaran World Champion Esports.
Malam kian larut namun pemain-pemain Crypstar Fortress masih rancak berbual dan tidak kurang dengan lawak yang sentiasa terselit disebalik perbincangan mereka.

YOU ARE READING
Defeated To Her
FanfictionAs a young gaming champion takes on the challenges of the virtual battlefield, he finds himself plunged into an emotional maelstrom after falling head-over-heels for a striking millionaire's wife, testing the limits of loyalty, desire, and the quest...