The Shadow

0 0 0
                                        

Sudah seminggu berlalu sejak Zuri menemui mesej itu di telefon Dean. Satu minggu yang panjang, penuh dengan kegelisahan dan debaran di dada.

Mesej-mesej ringkas tetapi menggugat kepercayaannya: “Thanks for yesterday. I couldn’t have done it without you. You’re amazing.” - Amber.

Zuri tidak pasti sama ada ia benar-benar sesuatu yang perlu dirisaukannya atau hanya sekadar mesej biasa antara rakan sekerja. Namun, mengapa nama itu?

Amber. Nama yang tidak pernah disebut oleh Dean sebelum ini? Tambahan pula, cara mesej itu ditulis, dengan nada penuh makna tersirat, membuatkan hatinya terasa berat.

Terdetik di fikiran Zuri jika Amber itu adalah Amberlee tetapi beberapa kali sudah Zuri ke pejabat suaminya, wanita itu tidak menunjukkan sikap yang meragukan seperti dalam text mesej Whatsapp Dean.

Sudah seminggu juga Zuri berlakon seolah-olah semuanya baik-baik sahaja. Dia tersenyum apabila perlu, ketawa apabila dituntut, dan keluar masuk ZenGym seperti biasa.

Dean pula kelihatan tidak menyedari apa-apa yang berubah. Dia tetap seperti biasa, mesra dan prihatin, tetapi juga sibuk dengan urusan kerjanya. Malam-malamnya dihabiskan di depan komputer atau menghadiri panggilan video.

Namun, Zuri tidak bodoh. Nalurinya kuat mengatakan ada sesuatu yang cuba disembunyikan Dean.

*****

Petang itu, Dean pulang dari pejabat lebih awal daripada biasa. Wajahnya ceria, mungkin kerana hari Jumaat dan hujung minggu sudah hampir.

“Sayang, we go dine out? I think since came back from Morocco we haven't dine out together," cadang Dean sambil mencium pipi Zuri.

Zuri mengangguk kecil. “Sure. You nak makan mana?”

“Let’s try that new Italian place near the  city center. I heard their risotto is amazing,” jawab Dean sambil melangkah ke bilik untuk menukar pakaian.

Zuri memandang bayangan suaminya yang menghilang di balik pintu bilik. Hatinya bergelut dengan keputusan yang telah dibuatnya sejak beberapa hari lalu.

Malam ini dia akan bertanya tentang Amber, wanita yang sering berbalas whatsapp dengan Dean.

*****

Di restoran itu, suasana sangat romantis. Lampu malap dengan lilin di setiap meja mencipta aura yang mendamaikan. Dean kelihatan santai, seperti tiada apa-apa yang mengganggu fikirannya. Dia memulakan perbualan tentang kerja, rakan-rakan pejabat, dan rancangan percutian mereka bulan depan.

Zuri cuba menyimpan tenang. Tetapi setiap kali nama Amber muncul dalam fikirannya, hatinya terasa seperti disiat-siat.

“Dean, can I ask you something?” tanya Zuri perlahan setelah pelayan pergi meninggalkan mereka dengan hidangan.

Dean memandangnya, sedikit terkejut dengan nada serius itu. “Of course. What’s on your mind?”

“Who’s Amber?” soalan itu meluncur keluar, lebih cepat daripada yang Zuri jangka.

Dean terdiam. Dia menatap Zuri dengan wajah yang sukar ditafsir. Kemudian dia meletakkan garfu dan pisau perlahan-lahan di pinggan.

“She’s my new PA.. You chose her, remember?" jawabnya ringkas.

Zuri mengangguk kecil, cuba membaca bahasa tubuh suaminya. “Amber.. Amberlee??"

“Yea. Why asking suddenly?” Dean kelihatan ingin tahu, tetapi tidak sepenuhnya defensif.

Zuri menarik nafas dalam-dalam. Dia tidak mahu terus melontarkan soalan tentang mesej itu. Dia mahu melihat sejauh mana Dean akan membuka cerita dengan sendirinya.

Defeated To HerWhere stories live. Discover now